السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 29 January 2014

Muqaddimah Penuh Cinta

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum wbt buat Habibuna ya Rasulullah s.a.w.
dan Sekalian pendamping setia Baginda serta
seluruh Ummat Muhammad sehingga hari pembalasan.


Alhamdulillah,
saat saya menarikan jemari di atas keyboard ini,
saat anda melarikan pandangan bait demi bait coretan ini,
masih sudi Dia hadiahkan kita nikmat penuh Rahmat dan Kasih.
Nikmat menghirup nafas, nikmat melihat, mendengar malah menggerakkan walau seinchi tubuh.
ya. Semua pinjamanNya.
Apakan lagi yang kita dustakan.?

Berbicara soal 'Muqaddimah Penuh CINTA'
kenapa perlu saya highlightkan perkataan CINTA?
ya. kita bermula dengan cinta.
Apakah bisa kita menjengah tanpa cinta Sang Pencipta?
FIkirkan kembali.

Kala ini, bermain-main di minda untuk ku kongsikan secebis madah buat muhasabah kita bersama yang dapat ku kutip sepanjang kembara ini..

iaitu?

MUQADDIMATUL QURAN



Apakah?
Muqaddimah :Permulaan

Muqaddimatul Quran bererti Permulaan Al-Quran.
Kenapa apabila di selak lembaran Naskhah cinta kita,
Surah Pertama tercetak adalah Surah Al-Fatihah.

dan Surah Al-Fatihah di gelar : Ummul Kitab.

kenapa?
kenapa?
kenapa?

pernah terfikir?

Ketahuilah,
Islam datang membawa kita 
mengenal Tuhan.
mengajar Pengabdian diri kepada Tuhan. 
dan
melangsungkan amanah sebagai Khalifah.

Maka, permulaan Al-Quran sendiri telah merangkum seluruh isi al-Quran.
Apa yg terkandung dalam mukjizat Agung yg dipelihara sampai hari Qiamat ini?

3 perkara yang dibawa dalam Islam:
*Akidah
*Ibadah
*Akhlak (Sistem-sistem/ Panduan-panduan Kehidupan)

Maksudnya, Muqqddimatul quran ini adalah mukadimah keseluruhan isi al-Quran tu sendiri.

Bagaimana?

  • Peringkat pertama (ayat 1-3) {membicarakan soal akidah}


 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
                                             Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.  

           الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
                                                Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

                  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
                                                   Yang menguasai di Hari Pembalasan.

  • Peringkat kedua (ayat 4)  {membicarakan soal ibadah }

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.


  • Peringkat ketiga (ayat 5-7) {membicarakan soal panduan kehidupan}

   اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
                                                   Tunjukanlah kami jalan yang lurus,            


  صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ
(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka


 غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

 bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Betapa hebat ,unik dan agungnya aturan Dia.
Buat kita bergelar MUSLIM, sehari semalam berapa banyak kali kita ulang, ulang, ulang dan ulang surah ni dalam harian kita.
Paling kurang 17x kita ulang surah ini dalam solat.

Namun, tanya pada diri berapa kali kita menitiskan air mata menghayati kalam Allah Maha 
Agung ini?


P/s: Segala content dan sharing di atas merupakan tazkirah buat diri ini al-faqir ilallah.
Juga buat kamu. ya, kamu yang di rahmati Allah untuk meluangkan masa meniti sebuah lembaran muhasabah bersama.

Wallahu'alam.
Wassalam.


NizaAhmad
29012014





Continue Reading

Tuesday, 8 October 2013

Demi Masa, Sesungguhnya..!

Assalamua'alaikum wbt,
Salam dan selawat bt junjungan mulia Muhammad s.a.w,
Para sahabat, mujahiddin dan sekalian umat manusia..


Tiada kata mampu terlarik melainkan segala puji bagi Allah
Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha segalanya.
Alhamdulillah. 
Dengan izinNya yang menggerak hati hambaNya yang kerdil lgi dhaif ini menarikan tinta d laman ini 
demi satu tjuan. InsyaAllah. mardhatillah.
Walau lama terpisah dek masa, kekangan yang tak pernah putus menjengah. demi menguji 
praktikalnya erti 'Pengorbanan'.
Samapai bersawang, berhabuk laman ini tanpa secebis kata ingatan Cinta dari Nya. Allahu.
Lemah. Lemah. Lemah.
Sungguh lemah hambaMu ini dalam mengejar erti khalifah dalam perjalanan ini.

Masa ini miliknya.
ya. Mungkin ini yang ingin di kongsikan saat ni.
Walaupun diri ini bukan lah insan yang selayaknya bermadah tinta soal ini.
Sedang kan masih banyak kekurangan yang perlu diperbetulkan.
Tapi insyaAllah. mari sama-sama berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Bimbang hajat tertunda tak sempat ditunai sehingga Ilahi menjemput pulang.



Masa. Demi Masa.
al maklumlah... student life..

Beberapa persoalan sahabat-sahabat menjengah telinga.
terimbau di ingatan beberapa kali juga menjengah fikiran soalan yang sama pernah d ajukan sahabat yang lain..

A : B, jom malam ni?free tak? ada majlis ilmu di surau. 
B : errr... sory la A.. aku busy laa.. assignment tak siap lagi ni.. lusa dah due date. tutorial lagi nak bincang 
     esk.. bla bla bla bla.. boleh tak lain kali je aku ikut kau? :3

C : B, jom malam ni join aku tengok movie? ngeh ngeh ngeh..
B : movie?? movie apa? jom.. jom.. dah beku otak aku hadap assignment ni. heuheuheu..

begitulah ke lain kalinyaaa seterusnyaa..
________________________________________________________________________________

tinta biasa yang mungkin luar biasa. errkk? =]

inilah hakikat sebuah kehidupan.
Seringkali. 

kita di lema antara dua pilihan. yes, Allah titipkan kita dalam sebuah pilihan.
bukan sebuah. malah the whole of d life kita akan berhadapan dengan pilihan.

Berikutan dialog d atas, apa pandangan kalian?
ok. Saya tidak menidakkan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pelajar.
Tapi di mana letaknya rasa kebertanggunjawaban kita sebagai hamba? hamba.
ya sekali lagi HAMBA.

segalanya. ya segalanya yang menjadi kepunyaan kita saat ini adalah pinjaman. even tenaga, ilmu, kesihatan dan masa. walau sesaat. cuma pinjaman.

“Dua kaki anak Adam tetap (tidak akan bergerak) pada Hari Kiamat di sisi Tuhannya sehinggalah dia ditanya tentang empat perkara; tentang umurnya ke mana dia pergunakan, tentang masa mudanya bagaimana dia menghadapinya, tentang harta dari mana ia memperolehi dan ke mana serta bagaimana dia membelanjakannya, tentang ilmu apakah ia beramal dengannya.” (H.R. Ahmad)


Jadi, terlalu yakinkah kita mampu menjawab segala persoalan-persoalan ni nanti?
Allahu.. T_T


kita sibuk mengurus masa depan, bekal kehidupan di dunia ini kehadapan dan kehadapan..
Tapi kita lupa dalam mengurus bekal kita di dunia hakiki.
dunia yang suka saya kenalkan sebagai "Kampung Halaman".
Destinasi utama kita.

Kadang-kadang, ada di antara kita yang ingin mendapatkan kedua-duanya.
Tapi mungkin tidak berpeluang. Namun, bukan kah setiap permasalahan ada solusinya?
dan bukankah mukmin yang cemerlang adalah yang tersusun dalam urusan.? 
Mungkin. Time management perlu diperkemaskan lagi. Mungkin. 

Apakah ujian dan godaan nafsu + bisikan iblis terlalu kuat ataukah IMAN kita yang terlalu lemah melawannya?
fikirkan.
Apalah erti pengorbanan tanpa buktinya,
masa ini milikNya apakah rugi sehingga blacklist andai d luangkan secebis ruang buat mengisi hati-hati yang tandus dengan siraman bait-bait cintaNya?
apakah berat kaki melangkah bagai mengheret sebuah gunung untuk ke majlis ilmu yang di sertai para malaikatNya,
Wahai.. lemahnya kita!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah,
lemahnya kami dalam kembara ini.
Kurniakan kami secebis kekuatan buat bekalan meneruskan perjalanan hingga tiba dengan selamat ke destinasinya.
Ya Allah,
hinanya kami ini.
muliakan kami denga agama Mu. 
Gelapnya jalan kami. Terangkan dengan sinar taufik dan hidayahMu ya Allah.
Maha Pemilik segala Hati.
Tautkan hati-hati kami atas jalan menuju Mu ya Rabb.
Ameen ya Rabb al-Ameen..

p/s: tulisan ini tidak bertujuan menuding jari kepada sesiapa. malah lebih kepada memuhasabah diri kita terutamanya diri sendiri sebagai hamba & Khalifah.

Wallahu'alam..
Continue Reading

Tuesday, 24 September 2013

Musafir di Bumi ILahi.

Assalamualaikum wbt..
Salam kasih Ilahi buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Keluarga Baginda, Para sahabat, mujahiddin dan seluruh ummatnya 
hingga akhirzaman.

Kembara sebgai hamba.
Kembara sebgai khalifah.
Bergelar anak, pelajar,masyarakat dan pelbagai tanggunjawab bukan amanah yang mudah hendak di galas.
Dalam usaha mematangkan diri menelusuri tarbiyyah diri,
memajukan diri di pentas ini. lelah kadang terasa.
Namun tekad terus gah berdiri.
Bukankah rehat yang hakiki hanya ada d dunia abadi?

wahhaaaiii..

Bermadah berhelah la pulak.
Alhamdulillah.
Sesak jugak rasanya dada kala ini.
Mengenangkan betapa Rasul mulia lebih lagi tanggunjawab dan amanah di pikulnya.
Namun, x lupa dirinya ada hak untuk ummat.
Sedang aku?
Alhamdulillah kerana Allah msih lagi melimpahkan rahmat dan Kasihnya untuk kita bertemu lgi di ruangan ini.
Berkongsi suka dan duka.. cehhh -_-

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(AlQamar :49)


Alkisah 3 hari berlalu dengan penuh dasyatnya. *hiperbola
Perjalanan merentas laut, membuat ku terfikir. betapa hebat.gah.besar. nya kuasa Dia.
Sedang langit dan bumi yang terhampar luas tidak satu pun terlepas dari pengetahuanNya.

lalu.. Nikmat Tuhan Yang Mana lagi Kamu dustakan?
Syahdu rasa memandang ke bawah. laut dan daratan.
Kecilnya kita ini sebagai hamba. seringkali ingkar,
Cuai menunaikan amanah dan tanggungjawab.
Muhasabah ini melebar lagi..
Melihat gunung, kembali terkenang

“Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. " (Al-Ahzab: 72 )

Ya. Manusia itu zalim. Zalim kerana mengikat janji sudahnya memungkiri.
Namun, Allah mengingatkan semula 
bahawa manusia makhluk paling mulia berbanding makhluk yang lain di atas muka bumi ni. tapi, dengan syaratnya yang menunaikan janji denganNya untuk Mengabdikan diri padaNya dan menjadi Khalifah yang memakmurkan bumiNya.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At-Tin :4)



Sungguh. terkesan. mentadabbur alam punya kuasa yang hebat bagi yang mahu berfikir.
Jadilah Hamba, Khalifah, Ummat, Anak, masyarakat yang hebat. 
Yang bersegera berusaha menuju kejayaan.

"Beza Manusia dan makhluk lain adalah kurniaan Akal. Maka gunakanlah pada tempatnya."
Moga terhindar dari golongan yang di perkatakan Allah. Zalim  & Bodoh. Nau'zubillahi min zalik.


wallahu'alam.

wasslam wth.

Continue Reading

Tuesday, 17 September 2013

Kebaikan ESP Shaklee

Assalamua'laikum wbt..

 ESP = Energy Soy Protein.

Untuk apa?

meh baca ni..

KEPENTINGAN PROTEIN


Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, Setiap organ kita memerlukan protein .

AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN


Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan , masalah penghadaman , masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


Protein boleh di dapati dalam pemakan seharian kita seperti ikan, bijirin, daging bla bla bla..
tapi, persoalannya apakah hidangan harian kita mengandungi protein (terutama pada yang tidak menitik beratkan khasiat dalam makanan). ok, kalau ada bagus. alhamdulillah. tapi, persoalan lagi apakah kuantitinya cukup untuk di 'consume' kan ke seluruh badan kita.

Jadi, di sini fungsi suplemen tambahan.






MANFAAT UTAMA YANG ANDA DAPAT DARI ESP.


1. Awet Muda 

- Asid Amino penting untuk membina otot ,kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dll.. Pengambilan yang kerap adalah KUNCI kepada AWET MUDA. InsyaAllah. ^^


2. Baik untuk Hormon 

- Kacang Soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita . Ia membantu merendahlan paras kolestrol, mencegah risiko Osteoporosis dan Sakit Jantung.


3. Baik untuk Prostat

 - Geinstein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser . Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menularkan sel DNA kepada sel kanser . Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Kulit Remaja

 - Meransang pembentukan semula kulit dan otot , mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot , percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal Tenaga

 - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, makan ia baik untuk kekal bertenaga, MENCEGAH MIGRAIN, INSOMNIA dan TEKANAN.


6. Membaiki Pigmentasi 

- Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


7. Membaiki Memori 

- Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.



:: Produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi. :: 



Berminat?

Niza : 0145671920
         : https://www.facebook.com/nnizaahmad (PM)
         : nizaahmad192@gmail.com (email)



w'salam.

Continue Reading

Saturday, 3 August 2013

Set Bersalin Shaklee

Assalamualaikum wth.
Salam rindu buat Nabi Junjungan s.a.w.

Beberapa hari "berehat"
mengumpul kekuatan untuk menarikan lagi jemari di keyboard untuk melayangkan tinta untuk kongsian bersama pembaca setia. (perasan u)

Wahai.

Tajuk hari ni tentang Set bersalin.
Hamboi kau. 

Even, sy xde la berpengalaman sendiri dalam bab ni. tp,pengalaman tu ada through my sister n their client y claim,"wah..rasa bertenaga even tengah berpantang.Jiran-jiran datang melawat pun hairan : Sape yang bersalin ni?" alhamdulillah.. Dengan izin Allah jua setelah berusaha kan?
this is Set asas untuk Ibu lepas bersalin.
1. Vitalea
2. Vit-C
3. B-Comlex
4. Zinc Complex

Apa yang beeeessssttt sangat set bersalin ni buat ibu-ibu yang lepas bersalindan dalam berpantang ni??



Saya x la pro dan hevaatt pn nak ber "pung pang pung pang" bab ni..
tapi jom layan je laaa...


"Tahun lepas Syamimi lahir pada 1 Ramadhan. Malam sebelum puasa tu, memang saya dah ada sikit2 contraction. Tapi saya buat bodoh je sebab saya pernah dapat false alarm masa week 24. Masa false alarm tu, siap keluar darah lagi. Siap warded kat Columbia Asia lagi 3 days. Masa tu Allah saja yang tahu. Doa doa doa je keje saya. Sebab saya tak mau bersalin awal. Aiman pon beza 7 bulan je dengan adik dia yang kat dalam perut masa tu. Saya tak ready lagi untuk baby kuar. Masa tu, saya tetapkan jugak lagi consume vitamin Shaklee for preggy mommies termasuk ESP. Memang saya tak tinggal. Dan alhamdulillah everything kembali normal...Memang saya sahur minum 2 sudu ESP dan semua vitamin Shaklee masa tu selain daripada makanan2 lain especially kurma. Alhamdulillah dengan izin Allah ia membantu saya kekal bertenaga. Masa kak hawa datang visit saya lepas bersalin pon..dia cakap saya bertenaga tak macam orang bersalin. Seronok! Dahla dapat baby girl. So anak saya sekarang dah sepasang.:)




Actually saya nak cerita pasal saya menggantikan puasa sebulan tahun ni sebab berpantang bermula 1 Ramadhan tahun lepas. Walau pon saya berpuasa, susu saya tetap maintain. Saya sangatlah suka. Sebab susu saya ni je yang saya bagi kat anak saya Syamimi yang berusia 11 bulan. Tak bagi susu formula lagi. Saya tekad untuk continue bagi susu ibu untuk syamimi sampai 2tahun. Ni dia susu saya untuk satu hari pump kat ofis masa puasa.
Susu ibu untuk anakanda syamimi:)
Saya amalkan Performance drink,ESP dan Shaklee breastfeeding set serta osteomatrixuntuk memastikan saya boleh menggantikan puasa sebaik mungkin tanpa terlalu penat. Performance drink boleh mengurangkan dehydration badan kita sewaktu berpuasa. ESP kekal memberikan tenaga kepada kita sepanjang hari. Osteomatrix adalah kalsium yang boleh memberikan 100% keperluan kalsium yang diperlukan untuk badan kita. Begitu juga dengan vitamin Shaklee set breastfeeding. Ia mengandungi B compleks, Vitamin C, Vitalea dan Alfafa sebagai milk booster. Syamimi minum sikit pon memang dah kenyang sbb saya amik ESP..dalam sehari sekarang ni dia cuma minum 9 oz. Tupon dalam 3-4 kali minum. Yelah kan..syamimi pon dah start makan dah."


done?

alhamdulillah, manusia tugasnya berusaha.
jadi, berusahalah.
belum cuba belum tahu kan? ^^
Selamat buat mommies2 sume atau bakal2 mommies ye.






Continue Reading

Wednesday, 31 July 2013

Bulan Kerinduan..



Bulan kerinduan
Kini kian berlalu pergi
sedang aku masih meniti hari
mencari diri dalam redhaMu Ilahi

Ya Allah..
apa cukup bekal kami?
Perjalanan ini masih jauh menanti
Sedang kami masih tercari-cari
Sedang kami entah bila esok atau sebentar lagi
di jemput kembali kepada Mu ya Rabbi

Ya Allah..
Lemahnya kami ini
Mengharap redha dan rahmat Mu Ilahi
Sedang diri ini sarat dengan dosa yang menghantui
Apa masih ada keampunan bagi kami?

Ya Allah..
aku yakin akan janjiMu
Peliharalah diri ini dari kejahilan yang membelenggu 

Ya Allah..
Apakah layak kami persembahkan amal kami buatMu?
Sedang adakala kami kabur dengan nafsu..
Allah..
kurniakan kami keampunanMu
tiada yang kami rayu
tiada yang kami sandarkan harapan melainkan Mu..

Bulan kerinduan..
beransur pergi
meninggalkan kami dengan persiapan sendiri
menempuh hari-hari penuh onak duri
berbekalkan iman yang entah bisa atau tidak terus memuncak tinggi
dengan benteng taqwa yang kami harapkan layak kami persembahkan buatMu

Hanya PadaMu..
Aku mohon ya Ilahi
kurniakan kami cinta AgungMu
Agar kami bisa terus mujahadah diri 
dengan keyakinan akan kembali ke kampung abadi
Sungguh perjalanan kami jauh
sedang bekal kami tidak seberapa

Di celahan waktu yang ada,
sebelum ia pergi melabuhkan tirainya..
temukan kami ya Rabbi..
dengan malam penuh kerahmatan dari Mu..
agar bisa menjadi sedikit bekal perjalan dalam meraih cinta hakiki..

ameen ya Rabbi.. 

Nukilan Cinta,

 .Whitedove.

Continue Reading

Monday, 22 July 2013

Cara menghilangkan jerawat dengan cepat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


JERAWAT. 
Satu perkataan yang boleh membuat ramai yang stress menghadapinya dan tercari-cari cara menghilangkan jerawat ni terutama kaum wanita.

Apa-apa yang terjadi pasti ada puncanya,
jadi, jom telaah dulu

Faktor Penumbuhan Jerawat


1. Hormon

Ada apa dengan hormon?
Umumnya, pada usia remaja, kelenjar sebaceous sedang rancak mengembang dan mengeluarkan sebum di bawah pengaruh hormon Androgen. Sementelah itulah wanita kerap mengalami masalah jerawat terutamanya peringkat awal dan pertengahan remaja..

What causes acne - diagram

2. Bakteria

Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.

3. Pemakanan

Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher.

4. Stress

Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.

5. Alat Solek

Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda. Ini kerana alat solek lazimnya mengandungi bahan kimia yang meninggalkan kesan pada wajah.

6. Matahari./ sinaran UV

Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.

7. Pakaian

Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belenggu jerawat.

ok. sudah hadam lumat-lumat?
^_^
Jadi, bagaimana nak kekalkan kulit cantik dan sihat tanpa jerawat ni?
Secara amnya,
silalah bersedia lagi untuk amalkan petua-petua di bawah........

Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah dan Cepat

1. Kurangkan Pengambilan Gula

Pengambila gula yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat semakin teruk.

2. Banyakkan makanan yang bersumberkan ikan (minyak ikan)

Khasiat yang terkandung di dalam ikan atau lebih di kenali dengan Omega 3 dapat memberi kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan kulit sekali gus dapat mencegah pertumbuhan jerawat.

3. Ambil Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting yang utama dan pertama untuk kecantikan kulit adalah vitamin A, Vitamin E, Vitamin B-complex dan Vitamin C. (Nantikan post akan datang untuk makluman kandungan vitamin tersebut untuk kesihatan dan kecantikan kulit.. stay tuned.....) 

4. Ambil 'Zink' untuk merawat jerawat sedia ada.

Zink?? ha.. jgn ambil Zink rumah pulakkkkkk...
Zink ni adalah makanan yang mengandungi nutrient zink. cth: telur,bijirin,cendawan dan bla bla bla..
lbih mudah lagi, ambil lah Zink omplex dari Shaklee..(^_^)v

5. Jangan ragu-ragu untuk melabur duit.

eh eh.. amboii kauu..
heh, Ramai yang mampu menghulur duit untuk produk kecantikan yang mahal-mahal.
Tapi, di sini kami hanya menyarankan untuk mengambil nutrisi sebagai ambilan rutin kalian yang mementingkan kecantikan dan kesihatan. Nutrisi bukan hanya sekadar kecantikannn. tp juga untuk kesihatan menyeluruh..

InsyaAllah, moga Allah berkati usaha kalian dalam memastikan gaya hidup sihat.

"Cantik tidak menjamin untuk sihat, Tapi, sihat menjamin untuk tampil lebih cantik"

Bagi pelanggan setia Shaklee, kami mengeSYORkan untuk mengambil.....



1. Vit-C
2. Vit-E
3. B-Complex


“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159)

taraaaa.. ini testimoni dari pengguna produk Shaklee,
*Hak Cipta Terpelihara. Shaklee only.(^_^)v
Perlu di ingat, Produk ini hanyalah sebagai wasilah atau medium kita dalam berusaha.



P/s: Sekian saja entry kali ni..
Terima kaseh daun keladi kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entry kali ni.
Entry dah habis d baca.. berminat dan teruja? Sila hubungi saya di 



sekian saja.
Selamat menjalani bulan pesta ibadah, Ramadhan Kareem.


Wallahua'alam..
wassalam wth.




Continue Reading