السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saturday, 29 August 2015

5 Sebab Anda Perlu Ambil Vitamin dari Usia Muda!

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t,

"Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan".

Ha.. Begitulah umpamanya produk-produk suplemen, vitamin, kesihatan dan kecantikan yang ada di pasaran hari ini.

Hal ini membuktikan bahawa manusia kini kian 'terancam' dengan gaya hidup dan tahap kesihatan diri sehingga menyebabkan kita akur dan sedar bahawa kita memerlukan nutrisi/vitamin/suplemen tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh,

KENAPA anda perlu mengambil Vitamin/suplemen/nutrisi tambahan dari usia muda?

1. Pemakanan seharian yang tidak seimbang dan makan makanan yang terlebih masak. (hilang zat dan nutrien)



- Kecenderungan kita memilih makanan yang hanya 'sedap' pada selera kita tanpa menghiraukan nutrisi yang diperlukan tubuh menjadikan kita mengamalkan pemakanan seharian kita yang tidak seimbang mengikut piramid makanan menjadikan tubuh kekurangan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh,

- Selain itu, makanan yang dimasak terlalu lama di atas dapur juga akan kehilangan zat semasa proses memasak yang disebabkan oleh suhu yang panas.


2. Buah-buahan dan sayuran yang tercemar dengan racun perosak.


"Saya selalu masak di rumah!". "Hari-hari saya pastikan family saya makan sayur-sayuran dan  buah-buahan".. Syabas! Ini menunjukkan anda sangat komited untuk berikan yang terbaik buat keluarga anda. Tapi tahukah anda sejauh mana sayur-sayuran dan buah-buahan kita di pasaran segar dan bebas dari racun dan juga bahan kimia? * thinking :3 *


- Tidak sedikit yang kita tahu petani atau peladang-peladang yang menggunakan racun serangga bagi menjaga 'kebajikan' tanaman mereka dari serangga perosak bukan? melainkan anda menanam sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri =)

- Tidak kurang juga yang menggunakan  teknik GMO (Genetically Modified Organism) bagi mempercepatkan 'tumbesaran' tanaman dan haiwan. Ini menghasilkan sayur-sayuran atau buah-buah yang pra-matang. Adakah kita yakin juga tentang zat dan nutrisi yang terkandung di dalamnya??


3. Makanan segera (diproses)


Fast food merupakan makan 'feveret' yang last long bagi setiap lapisan masyarakat khusus di Malaysia. Sebut aje KFC, McD, SubWAY, bla bla bla.. jarang orang tak tahu :3
Tapi sejauh mana kita ambil peduli bagaimana makan tersebut di proses? Sebersih mana makanan tersebut disediakan? Paling utama, sebanyak mana zat dan nutrisi penting di salurkan ke dalam tubuh kita?

- Sesuai nama nya 'fast food' = makanan segera, setiap makanan yang disediakan dengan cara 'mudah' dan 'segera'. Bahan-bahan yang di awet, di 'kitar guna semula'. 

"Kasihani buah pinggang anda"

4. Tekanan stress/ fizikal



- Tekanan / stress sering 'menghantui' sesiapa saja tak kira usia dan bangsa. heh.
Tekanan dengan kerja, belajar, orang sekeliling dan apa jua penyebabnya boleh memberi impak kepada musnahnya vitamin-vitamin penting dalam tubuh seperti B2, B5, B6 dan vit C.

- Jelas lagi nyata tanpa kita sedar zat dan nutrisi yang sambil lewa 'kita jaga' di dalam tubuh mampu termusnah dan merencatkan aktiviti-aktiviti sel dalam tubuh. Kesannya mungkin tak keihatan esok atau lusa. Tapi saat kita tak mampu berbuat apa melainkan menangung akibatnya.


5. Pengambilan ubat-ubatan menganggu penyerapan zat makanan.



- Pengambilan ubat-ubatan seperti painkiller, antibiotik dan seumpamanya mampu menganggu kadar serapan zat dan nutrisi dari makanan. 

- Kenapa ia berlaku? Ini disebabkan ubat-ubatan yang diperbuat dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya walaupun sedikit akan 'kekal' ataupun mengambil masa yang lama untuk disingkirkan dari buah pinggang. Hal ini yang akan menjadikan zat dan nutrisi yang bakal diserap terganggu.


* Tarik nafasssss....hembus! Pejam mata sekejap dan fikir adakah salah satu senarai di atas dalam senarai 'gaya hidup' kita? Bertindak sekarang!

Semoga Bermanfaat buat pembaca budiman. =)










Continue Reading

Monday, 3 August 2015

Young Entrepreneur System (YES) : Usahawan Muda Berjaya!

Assalamualaikum wbt,

YES! YES! YES!

Apobondo eh YES ni?

Young Entrepreneur System ini di wujudkan khas untuk belia-belia muda yang ingin menceburkan diri dalam program keusahawanan bersama Shaklee. 

Apakah tawaran menarik dalam program ini?

Program ini menawarkan 5 insentif hebat untuk anda rebut iaitu:

1) Sebotol Vitalea PERCUMA bernilai RM88.75

Rujuk entri saya yang lepas untuk makluman lebih lanjut.

2) Dengan mendaftar 6 orang ahli baru anda layak mendapat bayaran 100% bonus

Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Sebagai contoh melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini.
3) Pendapatan Tunai bulanan EXTRA sebanyak 10% – 50% setiap bulan selama 13 bulan.

 Contohnya bulan Jun anda layak menerima RM1000 tapi melalui YES, Shaklee akan membayar anda sebanyak RM1500 bagi bulan tersebut.


4) Pembelian PAKEJ YES yang lebih murah sebanyak 5% diskaun dengan POINTS yg lebih banyak

Anda layak membeli 4 set produk terHANGAT di Pasaran ini dengan diskaun berganda-ganda!



5.  Hadiah Tunai sehingga RM18000 bagi peserta yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system YES ni dengan cemerlang*


Amacam?? Ada berani? =) Jom! Mulakan langkah mencapai impian anda hari ini!!

Hubungi saya Rakan Bisnes Anda hari ini. <3


Continue Reading

F.O.C Vitalea

Assalamualaikum wbt.


Tengok tajuk entri macam hottt je kan. F.O.C mane tak hot.
Free Of Charge kan! sejak May lagi tawaran hot ni hah.
Tawaran apa ni??

Mai nak habaq..

Sempena ulang tahun yang ke 100 produk hot Vita-Lea ni Shaklee menawarkan produk ini free of charges! dengan setiap pendaftaran sebagai ahli baru dan pembelian apa-apa barangan shaklee! Mudah kan?



Jimat dan berbaloi-baloi!
Daftar segera dengan hanya bayaran keahlian sebanyak RM65.oo dan pembelian minima sebanyak RM30++ dan anda dapat produk hot bernilai Rm80++ dan segala kelebihan sebagai ahli termasuk program 3C.

Apakah 3C?

Sebaik mendaftar sebagai ahli, anda layak untuk dapat 

1. Cash Bonus
2. Car Bonus
3. Convention dalam dan luar negara.

Nak tahu lebih lanjut??
Klik sini dan tanya saya bagaimana ^_^

Cepat rebut adik, kakak, abang rebut peluang sehingga Oktober ini!
Peluang untuk anda side income, main income. Dengan Shaklee, segalanya mungkin.
ha.. gitu.
InsyaAllah =)

Welcoming our new Member Of "Secret Of Jutawan Ummah Empire"




Continue Reading

Thursday, 30 July 2015

Bagaimana memilih Vitamin B yang baik?

Assalamualaikum wbt.

Dewasa ini, pelbagai jenis jenama atau 'brand' melonggok di pasaran.
Samada Tiruan, Sintetik atau Semulajadi. Jadi, hari ini meh saya kongsikan bagaimana memilih vitamin B yang baik?


Bagaimana memilih vitamin B yang baik?

1.      Mengandungi kesemua 8 vitamin (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin) sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
2.      Harus mengandugi 100% RDA untuk asid folik dan biotin.
3.      Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B!2 tidak terlalu besar.
4.      Elakkan pengambilan vitamin B yang menawarkan rumusan larut air (sustain release)


#Shaklee Difference
Ø  Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability)  yang sangat tinggi  dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh, dan hamper 99% asid folik di pasaran bersifat SINTETIK!
Ø  B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik.
Ø  Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh .
Ø  Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan malah akan disingkirkan oleh sistem pencrenaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil B-Complex setiap hari.


Semoga bermanfaat buat anda! =)
Continue Reading

Wednesday, 29 July 2015

My Dapur Idaman : Resipi Cheesekut!

Assalamualaikum wbt,

Alkisah semalam, kanda di rumah minta tolong buatkan cheesekut sebab anakandanya si Umar teringin sangat nak makan. Dah lama agaknya tak jumpa cheesekut ni. Asyik disebut-sebut.

Disebabkan mood tengah rajin nak "masuk dapur", maka jadilah cheesekut ni. jeng jeng jeng!
hihi.


Ini adalah kali keberapa tak ingat saya cuba yang asalnya resipi ni diperturunkan oleh kanda saya. Dari mana kutip pun 'unknown'. hihi..

Disebabkan dah beberapa kali cuba dan ada juga sahabat-sahabat yang kadang bertanyakan resipinya, maka saya pun meringankan tangan untuk memasukkan resipi ni di ruangan My Dapur Idaman ni supaya mudah nak cari semula. >_<

Ok. Jom terjah resipi mudah + sedap dan digemari oleh saya dan anak-anak(sedara) jugak.
hehe.


  • Bahan-bahan
1. Biskut Delux Cracker (saya guna cap hup seng je)
2. Creamcheese(saya guna brand Tatura) 250gm
3. Fresh milk
4. Setengah tin susu pekat manis
5. Bahan-bahan untuk hiasan(biasa saya guna strawberi/anggur/kiwi + badam/serbuk oreo/choc. chip)


  • Cara-cara
1. Mix kan cream cheese + susu pekat manis + 3 sudu besar fresh milk(untuk lembutkan tekstur creamcheese tersebut). Pukul sebati.


2. Tuangkan fresh milk dalam sebuah bekas yang luas dan mudah untuk anda celup biskut di dalamnya.

3. Sediakan bekas untuk anda "menyusun" cheesekut nanti.



4. Sapukan creamcheese tadi tidak terlalu tebal/nipis dalam bekas tersebut menjadikannya lapisan pertama.

5. Celup biskut delux cracker tadi ke dalm fresh milk satu persatu dan susun ke atas lapisan creamcheese td. Cukup sekadar celup untuk melembapkan tekstur biskut. Tidak perlu 'rendam'.




6. Ulang step 4 dan 5 sehingga habis biskut. Lapisan akhir sekali akan di akhiri dengan lapisan creamcheese.



7. Hias permukaan dengan buah-buahan dan bahan hiasan yang di sediakan dan masukkan ke dalam peti ais selama lebih kurang 1jam. Siap untuk di hidang!



Anda suka resipi ini?

Selamat Mencuba!! =)









Continue Reading

My Dapur Idaman : Resipi Sushi

Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari lepas, teringin sangat nak makan sushi sampai termimpi-mimpi..
kronik betul. Sudahnya, saya pun men'google' resipi sushi yang mudah + simple,

Alkisahnya, terjumpa la resipi dari blog kanda Namee Roslan.

Disebabkan saya ni jenis tak suka ikut resipi sebiji-biji dan suka sangat modified ikut sedap tangan,
Maka terhasil lah resipi Sushi sukahati ni. ^^

Untuk adik kakak abang yang teringin nak cuba buat sushi kat rumah tu, bole cuba resipi ni ya! 

  • Bahan-bahan:
-Beras (saya guna beras kanji biasa aje)
-Timun (timun jepun asalnya. Tapi sebab tak sempat pegi jepun,timun malaysia saje hado)
-Crab stick (rendam dengan air panas 2-3minit) dan di toskan
-Tuna
-2biji telur ( di goreng dadar & potong jd macam fillet)
-Seaweed
-Setengah cawan cuka
-3 sudu besar gula
-1 susu kecil garam


  • Cara-cara
1. Masak nasi seperti biasa.Cuma lebihkan air supaya nasi lembik sedikit dan melekat
2. Sebatikan gula + garam dalam air cuka.
3. Bahan (2) dituang sedikit demi sedikit ke dalam nasi dan digaul sebati. Sebatian bahan(2) tidak semesti di gunakan semuanya. Cukup sekadar sesedap rasa dan tekstur mengikut kuantiti nasi.
4. Timun di belah dua,dibuang bijinya dan di potong memanjang.(rujuk gambar)
5. Step untuk menggulung sushi
- lapikkan seaweed di atas permukaan plastik (plastik bungkusan nasi lemak biasanya. Tak tahu nama apa :3)
-ratakan nasi di atas permukaan seaweed dan mampatkan
-letakkan crab stick, fillet telur dadar, timun dan tuna
-gulung perlahan-lahan dengan santunnya supaya seaweed tu tak terkoyak.
-kemudian potong ala 'lemang' dengan menggunakan pisau yang tajam.
-siap untuk dihidang. 😉




*Disebabkan ini adalah percubaan pertama saya, dan asalnya tak berniat untuk meng'arkib'kan resipi ini di sini, maka tak banyak gambar yang boleh saya semadikan di ruangan ini. 

Selamat Mecuba! =)
🎉
Continue Reading

Tuesday, 28 July 2015

7 Kandungan di dalam Collagen Shaklee

Assalamualaikum wbt.

Bertemu lagi di ruangan maya ini untuk saya kongsikan seperkara yang berkait dengan Entri saya yang lepas. Ramaiiii yang tertanya, "hebat sangat ke Collagen Shaklee?", "ada apa dengan Collagen Powder Shaklee?"..

Sehubungan itu, meh saya conteng2 sikit kat sini tentang kandungan yang terdapat dalam Collagen Powder Shaklee yang menjadikan ianya sangat AWESOME dan berbeza dengan produk collagen lain di pasaran. >_<

Ø Kolagen dari sisik ikan merah
-Sisik ikan merah adalah dari sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan






Ø Ekstrak Biji Camellia Japonica
-Biji Camellia Japonica terdiri daripada Asid Oleik ; satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.




Ø Ekstrak Pfaffia
-Pfaffia yang juga dikenali sebagai Ginseng Brazil , apabila di gabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica akan membantu formasi kolagen dan Asid Hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak , Asid Hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan 
kulit lembut , lembap dan licin.





Ø Elastin dari Kolagen Ikan
-Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit di tarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi  bersama kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastic.






Ø Vitamin C dan Vitamin B
-Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit mata
-Vitamin B turut serta dalam metabolism karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.






Ø Ekstrak Kekerang
-Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.







Ø Lactobacillus acidophilus

-Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.



Semoga Bermanfaat buat pengetahuan anda!

Niza Ahmad,
014-5671920

Continue Reading