السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sunday, 20 November 2016

7 Cara Tingatkan Kadar Metabolisme

Assalamualaikum wbt.
Ramai antara kita yang ingin tampil kurus dan sihat. Berat badan yang berlebihan akan menyukarkan pergerakan dan berkemungkinan menjadi punca kepada pelbagai rentetan penyakit lain. Pelbagai cara dan makanan kesihatan sebagaimana di iklankan di ambil. Namun, tidak membuahkan hasil sama sekali! Jadi, penting untuk anda tahu bahawa lemak dan kalori berlebihan sangat berkait rapat dengan kadar metabolisme tubuh. Kadar metabolisme yang tinggi akan membantu membakar lemak dan kalori berlebihan dalam tubuh dengan mudah.


Apa itu Metabolisme?

Metabolisme adalah proses pertukaran zat antara suatu sel atau organisma secara keseluruhan dengan linkungannya (proses chemical reaction)

Mengapa Metabolisme sangat Penting kepada Tubuh?

Metabolisme sangat penting bagi proses penyerapan nutrisi yang efektif.  Selain mengekalkan kesihatan tubuh dan fungsi organ yang normal dan seimbang, ia juga membantu dalam pembakaran kalori.

Bagaimana Meningkatkan kadar Metabolisme?

1. Minum air sekurang-kurangnya 3-4liter sehari.
Metabolisme sangat memerlukan air yang cukup untuk menjalankan fungsi metabolisme dengan baik.

2. Makan makanan yang membekalkan tenaga yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat kompleks.

3. Lakukan senaman kardio seperti Jogging, bermain badminton,  berjalam]n dll. (Alkan sekurang-kurangnya 20minit, 2-3x seminggu)



4. Pastikan tubuh mendapat bekalan protein yang cukup.
Protein memiliki complex chemical chain yang memerlukan 30% dari jumlah kalori sebelum dicerna. 
cth : Anda ingin menyingkirkan 100 kalori protein. 30 kalori protein akan digunakan untuk tujuan itu.

5. Kopi atau kafein. 
Tahukah anda mengapa anda berasa segar  dan lebih fokus setelah minum minuman berkafein? Ini kerana kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh anda. Tapi, AWAS! Jangan berlebihan =)

6. Menambahkan otot tubuh dengan melakukan latihan angkat berat . Hal ini kerana otot juga membantu dalam pembakaran kalori!

7. Ambillah suplemen yang mempunyai leucine atau membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme! =)


Semoga Bermanfaat 💚

Continue Reading

Tips Pilih Pencuci Muka bersesuai dengan Jenis Kulit

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Lama kan tak bersiaran di 'rumah agam' ni?
Semoga lepas ni lebih 'istiqamah' bersua di sini InsyaAllah.

Hari ni nak share sikit input dari perkongsian page Health Valley ni tentang tips pemilihan pencuci muka bersesuai dengan jenis kulit.

Sekarang dah baca sangat kan.. macam-macam brand ada di pasaran pencuci muka. Yang dah sedia ada pun tak menang nak pilih, muncul lagi jenama-jenama baru bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. eh! >_<

Jadi, jom asah sikit pengetahuan tentang jenis-jenis kulit muka kita ni sebelum pilih pencuci muka yang selamat dan berkesan untuk kulit ye. <3



Penting untuk kenalpasti jenis kulit muka terdahulu sebelum melulu pilih pencuci muka di pasaran 
💙Kulit Normal
- Kulit normal di sini adalah yang tak jugak kering, tak jugak berminyak, tak jugak sensitif. biasa-biasa je. Normal la tu. 😜
Pemilik kulit wajah yang normal boleh memilih jenis pencuci muka yang normal.
Macam mana nak tahu pencuci muka tu normal ke tak? Biasanya pencuci muka bagi kulit yang normal mempunyai formula dan pH yang seimbang.

💙Kulit Kering
- Tidak sedikit yang memiliki kulit muka kering kan? kadang-kadang sampai mengelupas kulit kalau silap pilih pencuci muka. Jadi, perlu hati-hati pilih pencuci muka. Bagi yang memilili kulit muka kering, pilih lah pencuci muka yang mempunyai formula kelembapan atau lotion based.

💙Kulit Berminyak
- Kulit jenis berminyak pun masalah! Kalau tapis, bole dapat sebotol gamaknya 😅. Jadi, pilihlah pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih.

💙Kulit Sensitif
- Kulit sensitif! pantang salah cuit sikit, naik jerawat. salah pakai sikit, merah muka. Jadi, yang memiliki kulit sensitif ini elakkan memaikai pencuci muka yang mempunyai pewangi atau 'fragrance'. Ini kerana pewangi akan menyebabkan kulit muka mengalami iritasi. Dan elakkan juga memakai scrub! 
Kesimpulannya, sebelum terjahhh je beli pencuci muka di pasaran tambah-tambah lagi yang tiada sorang pun nak guide atau terangkan 'pantang larang' pencuci muka tersebut, rajin-rajin la baca ingredient dan label pada botol tu ye. 😉

Semoga bermanfaat. 🌷

Continue Reading

Saturday, 27 August 2016

7 Cara Memastikan Otak Yang Cergas

Assalamualaikum wbt,

Otak merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana otak memainkan peranan penting bagi seluruh sistem tubuh seperti mengawalatur dan memberi arahan supaya sistem tubuh berfungsi dengan normal dan baik. 

Otak yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat dan lengkap dengan nutrisi yang seimbang.

7tips otak cerdas


Bagi meningkatkan fungsi otak dan menjamin kecerdasan otak, berikut merupakan aktiviti yang boleh dilakukan :

1. Senaman Neurobic

Senaman neurobic merupakan senaman yang melibatkan otak dan menghubungkan neuron. Pelbagai aktiviti seperti menyelesaikan puzzle, bermain teka-teki, bermain catur dan pelbagai aktivti yang memerlukan  kemahiran berfikir dan melibatkan otak.

2. Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat akan menyumbang kepada perkembangan otak yang sihat. Antara makanan yag bagus untuk minda/otak adalah makanan yang mengandungi omega-3 dan omega-6.

Asid lemak Omega-3 memainkan peranan penting dalam mengawalatur perembesan & keupayaan neurotransmitter dalam otak (meningkatkan keupayaan otak untuk bekerja)

Asid lemak Omega-6 pula memainkan peranan dalam peningkatan kekuatan daya ingatan.

Ketidakseimbangan asid lemak ini akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia dan autisme.

Selain itu, antara makanan yang menggalakkan fungsi otak adalah seperti telur, avocado, tomato, kobis merah dan halia.

3. Mencuba sesuatu yang baru

Sesuatu aktiviti yang terbiasa dilakukan akan disimpan dalam memori otak dan menjadikan kita kurang mengoptimumkan penggunaan otak. Aktiviti baru dapat meransang otak untuk berfikir sekaligus menyambung neuron dalam otak. 

Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah dengan mempelajari bahasa asing, memahami karya-karya tulisan dan seumpamanya.

4. Bersosial dengan orang ramai

Aktiviti bersosial seperti berbual, bertukar-tukar pendapat dan idea, perbincangan tentang suatu penyelesaian masalah dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan keupayaan berfikir.

5. Tidur yang cukup

Tidur merupakan kerehatan bagi otak setelah seharian bekerja. Rehat yang cukup dapat meningkatkan fungsinya dan menghindari otak dari tekanan yang berlebihan.

6. Bersenam

Senaman juga membantu dalam peningkatan fungsi otak. Kajian menunjukkan dengan membuat senaman seperti berjoging, berbasikal, berenang atau berjalan pantas dapat membantu pengaliran darah yang baik ke otak sekaligus mmbekalkan oksigen yang cukup untuk fungsi otak.


7. Pengambilan ubat-ubatan yang terkawal

Pengambilan ubat-ubatan hendaklah dalam pantauan ahli perubatan. Hal ini kerana ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan yang menghalang neurotransmitter atau pembentukannya akan membantutkan fungsi otak.


Secara kesimpulannya, keberhasilan dan peningkatan otak dapat dipertingkatkan dengan gaya hidup yang sihat dan berkesan, Keupayaan otak yang baik mampu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan kemahiran kognitif seperta daya ingatan, menganalisa, penyelesaian masalah dan seumpama dengannya.

Niza Ahmad,
014.567.1920
Continue Reading

Saturday, 30 July 2016

Bagaimana Akhirnya Saya Sign Up?

 Assalamualaikum wbt.

Bagaimana akhirnya saya sign-up dengan company Hijau ni?



Its had been almost 3 years ago. <3

Kadang rezeki kita tak tahu pun dimana dan bagaimana kita nak ‘jemput’ kan?

As a student yang menerima pinjaman P***N, memang every sem akan semput di hujung-hujung sem dengan pelbagai kos sebagai student nak di tanggung kan?

Saya diperkenalkan dengan syarikat hijau ni melalui ‘lifestyle’ di rumah. Di rumah memang saya telan segala bagai suplemen dari syarikat Hijau ni sebab that time sistur sy memang SID, sikit-sikit jatuh cinta dengan Produk ^^

Slow-slow jugak saya ‘perhati’ dan searching bagaimana sistem syarikat Hijau.
Saya teruja!

1. Family Business


- Bisnes based on ‘give more’. Banyak memberi. Setiap kali attend talk atau bengkel tentang bisnes ni, saya impress. They teach to help others, motivated people, bantu tambah nilai hidup orang.  Jarang saya jumpa bisnes yang mengutamakan orang lain dari kehendak sendiri sedangkan inilah nilai yang Islam ajar. ‘Bantu mudahkan urusan orang, Allah bantu mudahkan urusan kamu.’

- Setiap hari dihidangkan dengan ingtan tentang kebergantungan rezeki pada Allah. Bantu tambah nilai hidup orang lain, bagaimana nak go with this bisnes. Setiap hariiiii tips membina. Bukan sekadar tips growth bisnes, tapi tips untuk develop diri sendiri untuk jadi lebih baik.

- Bisnes group yang saya boleh katakan sebagai family. Sangat mesra dan tak lokek memberi, memberi, memberi. Group bonding yang umpama keluarga sendiri. Family day, rewards untuk anak-anak bisnes pun memotivasikan!
Ini sebab kenapa saya Jatuh cinta!


2. Less Price up to 15-20% untuk produk Syarikat Hijau


- Selalu saya dengar mahalnya produk ni! Bagi saya, ianya tak lah mahal mana berbanding nilai dan nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan ni kan? Saya ditemukan dengan SLE, kanser, stroke survivor. Face to face. Dengar sharing dari mereka buat menitik ayaq mata! Sungguh priceless! Mungkin kita belum merasa nikmat tu hingga kita kehilangannya barangakali?

- Dengan join syarikat Hijau, saya dapat nikmati 15-20% diskaun hanya dengan RM80 keahlian seumur hidup. Produk berkesan, semulajadi. Sape tak nak? Dengan harga lebih murah dan banyakkkk lagi kelebihan lain langsung dan tak langsung.


3. Cashback bonus every months


- Dengan sign-up sebagai ahli ‘keluarga’ syarikat Hijau, saya dapat cashback setiap pertengahan bulan berdasarkan pembelian setiap bulan. Banyak saya beli, besauu lagi cashback saya dapat. Belum include insentif sebagai ‘leader’ bilamana kita bekerja dalam kumpulan ‘family bisnes’ kita ni.
- Family bisnes yang kita develop, itulah kumpulan dan kumpulan yang jadi tanggungjawab untuk kita pimpin untuk sesama berjaya dalam bisnes.
‘Kalau nak cepat jalan la sorang, tapi kalau nak berjalan lama maka jalanlah beramai-ramai’
Ini lah value nya yang saya sayang sangat. Bisnes ni ajar ‘its not about me. But, its about us’  <3


4. Car Bonus insentif


- Setiap orang berpeluang! Bonus kereta. Setimpal dengan usaha, Company reward pulak dengan bonus kereta setiap bulan. Kereta apa? Anda pilih kereta apa, tapi setiap bulan company bayarkan berdasarkan effort anda.  Sapa lagi nak tolong bayaq kereta hang pakai free-free??


5. Percutian 5 ***** Dalam dan Luar Negara.


- Tak cukup dengan bonus kereta, company bawa pulak bercuti. Bukan anda sorang, tapi angkut sekali suami/isteri, mak, ayah, anak-anak! <3  Setiap tahun destinasi menarik menanti. Umrah? Italy? London? There are suprises for those deserved. Maka nikmat Tuhan yang mana lagi kamu dustakan? Laluan dah tersedia, tinggal nak bergerak je. ^^


6. Sistem online purchase yang awesome!




- Time by time, company selaluuu improve untuk mudahkan customer mahupun SID (baca; Shaklee Independent Distributor). Hingga la lahirnya sistem Shaklee2u! Klik-klik je semua beres.


Bagaimana Sistem online mudahkan dan membantu dalam mengembangkan bisnes ni?

a) Tak Perlu simpan stok (keluar modal riban-riban)
- Untuk permulaan, saya sign-up semasa di tahun 2 pengajian. Sebagai student memang takde modal nk simpan stok banyak-banyakkk. Jadi, bila customer-customer kesayangan saya order, saya hanya perlu buka website, klik-klik dan buat bayaran, siap! Company yang tolong poskan sampai ke customer. Mudah kerja!

b) Customer pun boleh klik-klik sendiri produk pilihan melalui sistem e-sell. Hanya dengan klik link, pilih produk pilihan, masukkan data seperti alamat dan no. fon, buat bayaran, done! Betapa ianya memudahkan saya sebagai SID untuk menyampaiiikan produk pada pelanggan. =D

c) Melalui sistem online Shaklee2u juga, saya boleh daftarkan ahli keluarga baru dengan mudah! Tak perlu lagi isi boring, faks dan segala bagai. I appreciate that. Zaman tu dah berlalu.. ;) Sekarang hanya klik-klik ja dah rasmi jadi ‘family baru’ kami =)

d) Tak habis lagiiii.. Ada lagi, setiap hari, minggu, saya update ‘level’ saya untuk lebih lajuuu untuk kejar target. Macam manaaa? Melalui GI (baca: Genealogy Inquiry) saya boleh check ‘di mana’ status bisnes saya, maka ianya membantu saya kerja lebih kerass untuk achieve aim. Begin with end in mind kan? Setiap orang ada aim yang hendak di capai. Maka GI ni membantu saya ‘muhasabah diri’ >_<

e) Lagi! Shaklee2u juga selalu update news terbaru. Segala information tentang event terdekat, bengkel, dan promosi produk juga selalu di update. Kalau kat kampus, we all gelar ‘portal’ lah. :p


So,lengkap! Semuanya di hujung jari. Duduk rumah pun boleh buat bisnes ;D

Sebab tu saya pilih <3 SHAKLEE <3

Banyakkk sangat nak list apa yang membuatkan saya akhirnya ‘surrender’ untuk tengok saja. Saya pilih untuk turut serta. Mungkin anda orang seterusnya bakal ‘ahli keluarga’ kami? Welcoming u in advanced <3


Niza Ahmad,

014-5671920
Continue Reading

Tuesday, 26 July 2016

12 Beza Ubat dan Suplemen Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum wbt


"Banyak nya suplemen kena makan? Tak pe ke makan banyak-banyak ni?"



Selalu saya di tanya soalan ni bila buka lemari suplemen saya. Almaklum di situ la letak 'khazanah' Vit c, Vita-lea, B-complex, GLA, Vit E, ESP dan segala bagai lagi yang jadi 'suppliear tambahan' saya setiap hari. 

Manakan tidak, makan sehari-hari yang saya ambil belum tentu cukup dengan keperluan nutrisi tubuh saya. Jad, bagi membetulkan persepsi dan kefahaman 'ramai orang' tentang beza ubat dan suplemen ni, makanya Speciaaaalll saya tulis entry ni! Semoga membantu ^^





Tahniah sebab berjaya habiskan bacaan! semoga jadi ilmu yang bermanfaat untuk anda =D



Continue Reading

Thursday, 21 July 2016

13 Makanan Tinggi Protein


 Assalamualaikum wbt

Mengapa Protein dikatakan bagus untuk DIET berbanding Karbohidrat?

Protein Berfungsi :


1. Bertindak sebagai sumber tenaga
2. Mengatur keseimbangan kadar asid dalam sel
3. Mampu meningkatkan kadar metabolisme
4. Membentuk dan mempernbaiki otot yang rosak
5. Memperbaiki di peringkat sel
6. Protein juga mampu meransang pengeluaran hormon yang menenggelamkan rasa lapar
7. Tubuh membakar lebih banyak kalori ketika makan makanan yang tinggi PROTEIN                berbanding KARBOHIDRAT


Jenis-jenis Protein:



1. Protein Nabati (Protein berasaskan tumbuhan)
 - cth : Tauhu, tempe, kacang badam dll


2. Protein Hewani (Protein berasakan haiwan)
 - cth : ikan, telur, susu kambing dll




Makanan Mengandungi Tinggi Protein:


1. Dada Ayam (28gm/100gm)
- Dada Ayam mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak berbanding bahagian ayam yang lain.

2. Daging Kambing (24gm/100gm)

3. Daging Lembu (20.3 gm/100gm)

4. Udang (20.3 gm/100gm)

5. Ikan Salmon (20.35gm/100gm)
- Ikan Salmon mengandungi omega-3 yang baik untuk tubuh dan kandungan kalori yang Rendah.

6. Ikan Tuna (29gm/100gm)

7. Telur (12.6gm/100gm)

8. Susu Kambing(3.5gm/100gm)

9. Keju (21gm/100gm)

10. Kacang Soya (36.49gm/100gm)

11. Kacang Badam (21.22gm/100gm)

12. Brokoli (2.82gm/100gm)

13. Bayam (3.6gm/100gm)



Pilihlah makanan yang mengandungi protein tinggi berbanding karbohidrat kerana Protein akan memberi kesan kenyang dalam jangka masa yang panjang.

Semoga entry kali ini bermanfaat! ^^



Continue Reading

Tuesday, 19 July 2016

Body Build dengan Shaklee?

SET BINA BADAN

Assalamualaikum wbt

Set Bina Badan pun hado?
Hadoo.. Jangan risau sebab Shaklee adalah Syarikat Suplemen yang Selamat, Semulajadi dan berkesan. Since ianya adalah suplemen, perlu kita faham dulu apa fungsi suplemen berbanding ubat. ^^ 

Suplemen, bahasa ringkasnya adalah makanan tambahan yang membantu untuk 'support' kekurangan nutrisi dalam badan. Kebiasaanya nutrisi boleh didapatkan daripada makanan yang dimakan seharian. Namun, kekurangan nutrisi bisa terjadi kerana pemakanan yang kurang berkhasiat, tidak seimbang dan tidak asli (GMO-Genetically Modified Organism) yang di ambil kita hari ini. Jadi, setiap permasalahan insyaAllah ada jalannya untuk di ikhtiarkan bersama Shaklee kerana Produk Shaklee melalui ujian klinikal khas oleh pakar-pakar nutrisi.

Untuk Cadangan bagi anda yang ingin bina badan (Body builder), anda di sarankan untuk mengambil :

1.       ESP/Cinch Shake
2.       Mealshake
3.       Ostematrix

·         ESP/Cinch Shake

- Mempunyai GI yang rendah
- Memberi tenaga segera
-Diperkaya dengan Leucine yang membantu memelihara otot semasa menurunkan berat badan (Cinch Shake)
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi

Cinch Shake



·         Mealshake

- Mempunyai nutrisi lengkap (24 jenis vitamin, mineral & zat yang diperlukan)
- Membantu tumbesaran (mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang & sel-sel semasa proses tumbesaran
- Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut & usus.

Mealshake



·         Ostematrix

- Memelihara metabolisma kerangka & pertumbuhan otot
- Menguatkan tulang
- Mengaktifkan enzim tubuh & menghasilkan tenaga.


Ostematrix


Dah go through kenapa 3 produk ni sangaatttt best untuk anda yang ingin bina badan?

Nice. 

Jom dapatkan hari ini produk oseemm ni! ^^


Niza Ahmad,
014-5671920

Continue Reading