السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Monday, 25 September 2017

Resepi Kuih Keria Gula Melaka-Mudah!

Assalamulaikum!
Alhamdulillah.  Bersiaran lagi rupanya dalam ni.  😅 Lately bersiaran je pasal resipi.  Nak buat cemanee..  Macam-macam je ngidamnya.  😝

So,  taknak panjang-panjang.  Niza pun nak tampal sini Resepi Kuih Keria Gula Melaka Buat pedoman sendiri dan anda di dapur.  #MyDapurIdaman
#MyDreamKitchen 💚

Bahan-Bahan :
-Ubi Keledek (Niza guna Sweet Potato Japanese Yellow.  tak sempat berkeria lagi dah hilang seketul dua 😅)
Sweet Potato Japanese Yellow

-Tepung Gandum
-Gula Melaka
-Gula Pasir Putih
Tepung gandum takkan tak kenal?
+ Gula Melaka Comel 😜


Cara-Cara :
1. Kupas ubi keledek dan rebus dalam air sehingga empuk.
Sebab niza guna Sweet Potato Japanese Yellow.  Maka Ubinya jadi warna kuning.  Jangan hairan ye.  

2. Lenyek-lenyekkan ubi keledek tu sampai hancur dan gaulkan dengan tepung + secubit garam dan gula.  Tepung agak-agak je supaya ubi tak terlalu lembik untuk digoreng.  Kalau terlebih tepung kang keras pulak kerianya.

3. Dah siap adunan keria,  bulat-bulat kan keria tu dan lubangkan tengahnya.  ikut kreativiti memasing ye part ni.  ada nk guna acuan donut la apa la.  ikut sukahati.  Niza guna manual je.  😉 *tips : nak mudah bentukkan,  sapu sikit minyak di tangan bagi yang guna cara 'manual' ye.
Ni hasil tangan yang tak berapa nak berseni sangat  ni 🙊


4. Setelah siap bentukkan kuih keria korang, Boleh goreng keria dengan gembiranya.  Niza goreng dengan minyak yang banjir + panas supaya keria tak serap minyak.
Biarkan keria lemas dalam banjiran minyak panas sampai jadi golden brown. 

5. Dah siap menggoreng,  bole angkat dan ketepikan.

6. Dalam kuali yang lain,  ambil gula melaka,  sedikit gula pasir putih + sedikit air.  sukatan?  agak-agak 2ketul gula melaka comel ni + satu sudu gula pasir putih + 5sudu air . (sebab xde cup nak ukur,  kita guna sudu je la. 😜)
Air jangan banyak,  nanti gulanya cair sangat dan tak bersalut dengan keria.
Cairkan semua bahan di atas dengan api yang perlahan.  Jangan kuatkan api,  kang hangus gulanya pahit pulakk..

7. Dah cair dan pekat adunan gula korang tadi, boleh lah ambil keria yang tersadai tadi dan gaulkan.
Salutkan keria tadi dengan adunan gula. 

8. Dah siap salutkan rata,  bole angkat dan sejukkan.

9. Boleh nikmati hasilnya dengan Bismillah.  😉

Sekian.  Selamat bersilat di dapur masing-masing!  😉
Continue Reading

Tuesday, 19 September 2017

Resepi Bubur Puteri Mandi-Mudah-Simple!

Assalamualaikum! 

Lamanyaaa tak masuk sini Ya Allah..
Alhamdulillah masih jumpa 'jalan pulang' oi..

Since cuti ahad lepas niza bertukang kat dapur mengemas apa yang patut.  tetiba terjumpaaa pulak Tepung pulut!
Fikir punya fikir maka niza pun dengan pantasnya p beli santan. dan terhasilll la  bubur ni. 

Dan disebabkan ada juga yang request resepi,  nah niza payung resepi untuk tatapan dan 'pedoman' korang di dapur 😝

**************

Bubur Puteri Mandi
Bahan-Bahan:
- Tepung pulut
- Santan
- Gula
- Garam

Cara-cara:
1. Bancuh tepung pulut,  sedikit garam dengan air sehingga menjadi 'doh'. (Kalau nak ada kaler-kaler,  bole letak pewarna sikitt). Jangan terlalu lembik,  atau terlalu keras.  cukup sekadar bole di gentel-gentel dan tak melekat di tangan.

2. Gentel adunan tepung pulut td sebesar 'guli' atau ikut sukahati korang nak saiz besar mana.  😂

3. Didihkan air atas dapur.  Selpas air dah mendidih,  boleh masukkan tepung pulut yang korang dah gentel td dengan gembiraanya.  Macam mna nak tahu tepung pulut tu dah masak ke belum?
Tepung pulut td akan terapung atas permukaan air..

4. Selepas tepung pulut tadi dah masak,  bole kaut guna penapis ke,  jaring ke,  jala ke sukahati la. Ketepikan.

5. Masak santan + sedikit air + secubit garam (tujuan nak bagi rasa lemak je)  + gula (kalau korang suka,  bole ganti gula putih dengan gula merah.)
Kalau nk guna gula merah,  pastikan gula merah td dimasak/dicairkan asing dan ditapis dulu untuk elak rasa berpasir. Then bole campur dengan santan td.
Kalau nak sedap lagi,  letak daun pandan sikit 😉 (Tujuan?  nak bagi wangi je bubur korang nanti.  Niza tak letak sebab ku redah apa yang ada kat dapur je 😜)

6. Kacau sampai masak/mendidih,  kemudian masukkan tepung pulut yang diketepikan tadi. Kacau 2-3minit,  Tutup api.

7. Ambil mangkuk,  cedok 'puteri mandi' korang tu dan bole disantap dengan gembiraaa lagi.  

Tips penting!  jangan lupa baca Bismillah dan doa makan. 

Sekian Resepi yang mudahhhh yang amaattt untuk dicuba. 

Terima Kasih! 😉
Versi Gula Merah😜

Versi Gula Putih 😉

#MyDreamKitchen
#MyDapurIdaman
Continue Reading

Saturday, 31 December 2016

11 Punca Bibir Kering

Assalamualaikum wbt.

Bibir kering dan pecah?
Mesti tak selesa kan? Dan bertambah parah dan perit lagi kalau bukan sekadar kering, tapi juga pecah dan luka.
Ini disebabkan oleh lapisan kulit bibir kita sangat lah nipis.


Pernah terjadi kan? Sebelum nak cari penyelesaian, wajibb tahu punca dulu 😎
Jadi, apa punca yang menyebabkan bibir kering ni?

💦Pencemaran udara dan debu adalah salah satu punca yang mejadikan bibir kering. Udara dan debu-debu kotoran yang terdedah boleh menjejaskan lembapan bibir dan membei infeksi melalui kuman.

💦Perubahan suhu yang mendadak juga boleh menyebabkan bibir tidak mampu adaptasi dengan suasan dan perubahan suhu.

Selain itu, 💦Makanan yang terlalu masam dan masin juga boleh menjadi puncanya.

💦Tabiat Merokok, minum kopi berlebihan serta pengambilan alkohol juga menyebabkan bibir kering.

💦Penggunanan bahan kosmetik yang tinggi bahan kimia  akan memberi kesan pada kulit bibir apabila bahan kimia meresap ke dalam kulit.


💦Penggunaan Ubat Gigi yang mengandungi detergen berlebihan mampu mengahlis kulit bibir yang sedia-sedia nipis tu.!

💦Suka menjilat bibir dengan air liur? Ini juga menjadikan bibir anda kering dan mudah merekah.

Tambahan, 💦kurangnya Vitamin A, B, C, zat besi dan essential fatty acid juga sangat memberi kesan dalaman dan menjadi punca yang menjadikan kulit bibir kering. Hal ini juga sangat berkait dengan 💦kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Kurang nutrisi dalam tubuh akan memberikan kesan pada sistem tubuh dan kesan pada fizikal. Ini kerana 💦sistem Imun yang rendah akan mudah dijangkiti kuman.

Akhir sekali, punca yang terbiasa kita dengar adalah 💦kurang pengambilan air masak. Apabila tubuh kekurangan air, tubuh akan mula dehidrasi dan menyebabkan suhu badan meningkat dan bibir menjadi kering.

Jadi, niza taknak memanjangkan post ni. Dah tau punca yang menyebabkan bibir kering dan merekah? dah ada ilmu pasal punca nya? Tiba masa untuk beramal untuk mengelak dari punca-punca tersebut. Semoga anda, anda, anda teruss diberi kesihatan berpanjangan.

InsyaAllah niza akan share cara mengatasi masalah bibir kering ni di lain post. 😉




Continue Reading

Monday, 5 December 2016

Resepi Keropok Lekor

Assalamualaikum.


Berapa laaammmaaa bertangguh nak tepek sini  resipi kepok leko ni haa..
Ghinduuu kepok leko t'ganu! 😍 Sebab takdapat kepok lekor t'ganu kena laa rajiinnkan diri cuba-cuba nasib buat. >_<

Resepi asal tak hengaatt.. tepek-tepek di fb,sudahnya masa nak buat, tak jumpa.
Mujur tepek tu baca dulu. Jadi ingat bahan n agak-agak aje la  sukatan 😂
Resepi ni untuk 2-3orang makan aje sebab beli ikan sikit aje untuk testing. Jadi, kalau korang nak buat banyak, gandakan la sukatan bahan ye..

Jadi, takmo panjang lebar nah amik resepi ni p buat. Bismillah. semoga jadi la noh 😉


BAHAN-BAHAN

500gm Isi Ikan (mentah)
2cawan Tepung ubi kayu 
Sedikit air sejuk
Sedikit garam
Sedikit gula

CARA-CARA

1. Siangkan ikan tu buang segala perut dan sisa yang takperlu tu.. Kemudian siat amik isi aje. Macam ni ha.



2. Blend semua isi ikan tu dengan 4-5sudu air sejuk. Kalau nak mudah, bole guna food processor. tp sebab Niza takde food processor bagai, jadi blend aje la. 

3. Lepas blend, gaul dengan tepung. Masukkan sikit garam n gula untuk balancekan rasa. Dah siap gaul n uli sebati. Memang lembut (lembik) sikit adunannya, abaikan. normal aje tu. 😋

4. Tabur sikit  tepung pada papan penguli. Kemudian, gentel dan gelek lah adunan jadi kepok leko ha..
Sambil tu, bole didihkan air ye.

5. Masukkan kepok leko dalam air mendidih td tu. Cemana nak tau dah masak ke belum? Kepok tu akan terapung atas permukaan air kalau dah masak.

Cenggini ha.. 


6. Lepas masak, toskan.. siap!

Abaikan saiz kecik besar kecik besar Niza buat tu😆

Lepas dah siap, bole la nak goreng ke, nak makan gitu aje pun bolee.. 

Siap di goreng! 😉



** noted : kenapa guna air sejuk? air sejuk tu untuk mudahkan proses menguli supaya tak melekat di tangan. 

Sekian. Selamat menchoooba! 💓


Continue Reading

Sunday, 20 November 2016

7 Cara Tingatkan Kadar Metabolisme

Assalamualaikum wbt.
Ramai antara kita yang ingin tampil kurus dan sihat. Berat badan yang berlebihan akan menyukarkan pergerakan dan berkemungkinan menjadi punca kepada pelbagai rentetan penyakit lain. Pelbagai cara dan makanan kesihatan sebagaimana di iklankan di ambil. Namun, tidak membuahkan hasil sama sekali! Jadi, penting untuk anda tahu bahawa lemak dan kalori berlebihan sangat berkait rapat dengan kadar metabolisme tubuh. Kadar metabolisme yang tinggi akan membantu membakar lemak dan kalori berlebihan dalam tubuh dengan mudah.


Apa itu Metabolisme?

Metabolisme adalah proses pertukaran zat antara suatu sel atau organisma secara keseluruhan dengan linkungannya (proses chemical reaction)

Mengapa Metabolisme sangat Penting kepada Tubuh?

Metabolisme sangat penting bagi proses penyerapan nutrisi yang efektif.  Selain mengekalkan kesihatan tubuh dan fungsi organ yang normal dan seimbang, ia juga membantu dalam pembakaran kalori.

Bagaimana Meningkatkan kadar Metabolisme?

1. Minum air sekurang-kurangnya 3-4liter sehari.
Metabolisme sangat memerlukan air yang cukup untuk menjalankan fungsi metabolisme dengan baik.

2. Makan makanan yang membekalkan tenaga yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat kompleks.

3. Lakukan senaman kardio seperti Jogging, bermain badminton,  berjalam]n dll. (Alkan sekurang-kurangnya 20minit, 2-3x seminggu)



4. Pastikan tubuh mendapat bekalan protein yang cukup.
Protein memiliki complex chemical chain yang memerlukan 30% dari jumlah kalori sebelum dicerna. 
cth : Anda ingin menyingkirkan 100 kalori protein. 30 kalori protein akan digunakan untuk tujuan itu.

5. Kopi atau kafein. 
Tahukah anda mengapa anda berasa segar  dan lebih fokus setelah minum minuman berkafein? Ini kerana kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh anda. Tapi, AWAS! Jangan berlebihan =)

6. Menambahkan otot tubuh dengan melakukan latihan angkat berat . Hal ini kerana otot juga membantu dalam pembakaran kalori!

7. Ambillah suplemen yang mempunyai leucine atau membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme! =)


Semoga Bermanfaat 💚

Continue Reading

Tips Pilih Pencuci Muka bersesuai dengan Jenis Kulit

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Lama kan tak bersiaran di 'rumah agam' ni?
Semoga lepas ni lebih 'istiqamah' bersua di sini InsyaAllah.

Hari ni nak share sikit input dari perkongsian page Health Valley ni tentang tips pemilihan pencuci muka bersesuai dengan jenis kulit.

Sekarang dah baca sangat kan.. macam-macam brand ada di pasaran pencuci muka. Yang dah sedia ada pun tak menang nak pilih, muncul lagi jenama-jenama baru bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. eh! >_<

Jadi, jom asah sikit pengetahuan tentang jenis-jenis kulit muka kita ni sebelum pilih pencuci muka yang selamat dan berkesan untuk kulit ye. <3



Penting untuk kenalpasti jenis kulit muka terdahulu sebelum melulu pilih pencuci muka di pasaran 
💙Kulit Normal
- Kulit normal di sini adalah yang tak jugak kering, tak jugak berminyak, tak jugak sensitif. biasa-biasa je. Normal la tu. 😜
Pemilik kulit wajah yang normal boleh memilih jenis pencuci muka yang normal.
Macam mana nak tahu pencuci muka tu normal ke tak? Biasanya pencuci muka bagi kulit yang normal mempunyai formula dan pH yang seimbang.

💙Kulit Kering
- Tidak sedikit yang memiliki kulit muka kering kan? kadang-kadang sampai mengelupas kulit kalau silap pilih pencuci muka. Jadi, perlu hati-hati pilih pencuci muka. Bagi yang memilili kulit muka kering, pilih lah pencuci muka yang mempunyai formula kelembapan atau lotion based.

💙Kulit Berminyak
- Kulit jenis berminyak pun masalah! Kalau tapis, bole dapat sebotol gamaknya 😅. Jadi, pilihlah pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih.

💙Kulit Sensitif
- Kulit sensitif! pantang salah cuit sikit, naik jerawat. salah pakai sikit, merah muka. Jadi, yang memiliki kulit sensitif ini elakkan memaikai pencuci muka yang mempunyai pewangi atau 'fragrance'. Ini kerana pewangi akan menyebabkan kulit muka mengalami iritasi. Dan elakkan juga memakai scrub! 
Kesimpulannya, sebelum terjahhh je beli pencuci muka di pasaran tambah-tambah lagi yang tiada sorang pun nak guide atau terangkan 'pantang larang' pencuci muka tersebut, rajin-rajin la baca ingredient dan label pada botol tu ye. 😉

Semoga bermanfaat. 🌷

Continue Reading

Saturday, 27 August 2016

7 Cara Memastikan Otak Yang Cergas

Assalamualaikum wbt,

Otak merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana otak memainkan peranan penting bagi seluruh sistem tubuh seperti mengawalatur dan memberi arahan supaya sistem tubuh berfungsi dengan normal dan baik. 

Otak yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat dan lengkap dengan nutrisi yang seimbang.

7tips otak cerdas


Bagi meningkatkan fungsi otak dan menjamin kecerdasan otak, berikut merupakan aktiviti yang boleh dilakukan :

1. Senaman Neurobic

Senaman neurobic merupakan senaman yang melibatkan otak dan menghubungkan neuron. Pelbagai aktiviti seperti menyelesaikan puzzle, bermain teka-teki, bermain catur dan pelbagai aktivti yang memerlukan  kemahiran berfikir dan melibatkan otak.

2. Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat akan menyumbang kepada perkembangan otak yang sihat. Antara makanan yag bagus untuk minda/otak adalah makanan yang mengandungi omega-3 dan omega-6.

Asid lemak Omega-3 memainkan peranan penting dalam mengawalatur perembesan & keupayaan neurotransmitter dalam otak (meningkatkan keupayaan otak untuk bekerja)

Asid lemak Omega-6 pula memainkan peranan dalam peningkatan kekuatan daya ingatan.

Ketidakseimbangan asid lemak ini akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia dan autisme.

Selain itu, antara makanan yang menggalakkan fungsi otak adalah seperti telur, avocado, tomato, kobis merah dan halia.

3. Mencuba sesuatu yang baru

Sesuatu aktiviti yang terbiasa dilakukan akan disimpan dalam memori otak dan menjadikan kita kurang mengoptimumkan penggunaan otak. Aktiviti baru dapat meransang otak untuk berfikir sekaligus menyambung neuron dalam otak. 

Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah dengan mempelajari bahasa asing, memahami karya-karya tulisan dan seumpamanya.

4. Bersosial dengan orang ramai

Aktiviti bersosial seperti berbual, bertukar-tukar pendapat dan idea, perbincangan tentang suatu penyelesaian masalah dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan keupayaan berfikir.

5. Tidur yang cukup

Tidur merupakan kerehatan bagi otak setelah seharian bekerja. Rehat yang cukup dapat meningkatkan fungsinya dan menghindari otak dari tekanan yang berlebihan.

6. Bersenam

Senaman juga membantu dalam peningkatan fungsi otak. Kajian menunjukkan dengan membuat senaman seperti berjoging, berbasikal, berenang atau berjalan pantas dapat membantu pengaliran darah yang baik ke otak sekaligus mmbekalkan oksigen yang cukup untuk fungsi otak.


7. Pengambilan ubat-ubatan yang terkawal

Pengambilan ubat-ubatan hendaklah dalam pantauan ahli perubatan. Hal ini kerana ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan yang menghalang neurotransmitter atau pembentukannya akan membantutkan fungsi otak.


Secara kesimpulannya, keberhasilan dan peningkatan otak dapat dipertingkatkan dengan gaya hidup yang sihat dan berkesan, Keupayaan otak yang baik mampu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan kemahiran kognitif seperta daya ingatan, menganalisa, penyelesaian masalah dan seumpama dengannya.

Niza Ahmad,
014.567.1920
Continue Reading