السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 28 August 2019

Cara Menghilangkan Parut Chicken Pox

Assalamualaikum!

Alhamdulillah since dua tiga menjak ni, ramaiii yang bertanya Niza macam mana nak hilangkan parut Chicken Pox, maka Niza throwback sikit kisah Chicken Pox Niza beberapa bulan lepas.

Dah tetua ni baru nak muncul Chicken Pox ni memang agak merisaukan la.. kan?
Lelaki ke perempuan sama je. Tapi kerisauan tu lebih berganda pada kaum perempuan.😆

Kenapa? Semestinya Chicken Pox akan pergi meninggalkan 'kesan' parut yang makan masa untuk hilang!

Kalau ada orang yang Chicken Pox nya menerjah semasa usia kanak-kanak, sampai sekarang dah menginjak dewasa pun masih ada parutnya, apakan yang baru terkena di usia dewasa ni kan?
Scarry kan? Diri sendiri pun scarry tengok cermin ><



Semestinya begitulah kegusaran yang melanda Niza beberapa bulan lepas ><

Jadi, since Chicken Pox ni melanda saat Niza masih di rumah bujang. Hanya boleh wasap je Bonda. Dan maca-macam petua dan pantang larang bonda dan kawan-kawan bagi.

Dan yes! Semuanya memang membantu. 😇

So, untuk korang yang sedang dilanda Deman Campak atau Chicken Pox ni, boleh la cuba.

PETUA DARI DAPUR UNTUK CHICKEN POX

  1. Banyakkan minum air kosong
  2. Banyakkan minum sup. (Lebih baik kalau dapat Ayam kampung)
  3. Elakkan makanan berunsur kicap (untuk elakkan tinggalan parut)
  4. Minum air kelapa muda
  5. Tempek bedak sejuk (untuk hilangkan gatal)
  6. Jaga tangan dari merayap garu atau korek kuping-kuping Chicken Pox tu!

Ha.. Jadi sepanjang hampir 2 minggu diserang Chicken Pox ni. *Walaupun Niza tak demam!*, Tinggallah parut-parut tu..

Seperti kebiasaan, Niza tak pernah tinggalkan dalam jangka waktu yang lama makan tambahan Niza like Vitamin C, Energy Soy Protein.

Tambah pulak macam-macam kena pantang tak boleh makan selagi tak hilang Chicken Pox tu, Maka ESP sangat lah membantu untuk Niza gain Instant Energy.

So, tik tok tik tok.

After a month! tadaaaa..

Alhamdulillah dah gain Confident nak belek Cermin dah :P

So, Alhamdulillah tsumma alhamdulillah.

Tiada la kita ni berkemampuan nak halang apa yang Allah dah tetapkan untuk kita kan?

Termasuklah diri Niza untuk terus kekal setia one phase to one phase dalam hidup bersama Shaklee.
gittew sekali palsapahnya.

Korang takyah risau lagi kalau tetiba ada parut scarriest kat muka ke apa.
Benda boleh settle. Jangan risau. InsyaAllah.

Kalau nak tau kebaikan ESP yang sangat membantu kehidupan seharian kita termasuklah hilangkan parut-parut ni, Niza kena buat lain entry la.

Tapi, yang Niza long story cut to adalah ESP ni bantu kulit kita renew sel yang lebih sihat dan cantik untuk kulit setiap 30 hari.

Scientifically? Niza share di lain entry okeh...

So, Semoga bermanfaat buat korang.
Any suggestion or enquiries, korang boleh contact Niza tau. klik je bawah ni 😉



Semoga Bermanfaat!

Continue Reading

Sunday, 25 August 2019

Alternatif Berhenti Merokok

Assalamualaikum!

Sesambil mengemas folder gambar, Niza jumpa pulak Testimoni Customer yang berhenti merokok dengan Vivix!

So, hairan tak? Apa istimewanya sangat Vivix ni sampai boleh membantu orang untuk berhenti merokok.

Ok tapi sebelum tu.. Jom ambil tahu dulu apa kandungan rokok yang menyebabkan ketagihan dan susah nak berhenti tu dan kenapa perlu berhenti merokok?


BAHAYA ROKOK YANG ANDA PERLU TAHU

1. Tembakau adalah satu-satunya bahan pengguna yang dibenarkan di sisi-sisi undang-undang tetapi boleh mendatangkan ketagihan dan membunuh separuh dari penghisapnya

2. Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun.

3. Lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan barah

4. Berkait secara terus dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit sistem pernafasan, kanser dan jantung.




APAKAN KANDUNGAN ROKOK YANG MENYEBABKAN KETAGIHAN?

1. Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain

2. Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan




** Disclaimer :
Vivix ni BUKAN UBAT yang mampu 'MERAWAT', tapi ianya adalah ALL IN ONE SUPPLEMENT.

Jadi, bagaimana Vivix bantu 'menghilangkan' ketagihan merokok?

Niza taknak hurai apa yang Vivix mampu buat untuk tubuh badan kita lebih sihat, cergas #LiveYoungerLonger, Tapi Niza straight forward je macam mana Vivix membantu untuk anda berhenti merokok.

First, apa yang menjadikan seorang perokok ketagihan adalah kandungan Nikotin yang terdapat dalam rokok tersebut.

Jadi, fungsi Vivix adalah membaik pulih sel dari peringkat sellular DNA secara umumnya. Maka, Vivix membantu seorang perokok berhenti merokok dengan cara membuang nikotin yang ada pada DNA.
DNA yang tercemar dengan nikotin akan dipulihkan dan dimurnikan apabila nikotin yang melekat padanya ditanggalkan.

Jadi, jangan hairan jika selepas anda ambil Vivix secara berterusan hanya selama 2minggu akan menyebabkan anda terasa rokok itu sebenarnya pahit!
Dah bersedia untuk berubah?

Jom layan testimoni kawan-kawan yang dah berjaya bebas Rokok 


Testimoni 1




Testimoni 2






Testimoni 3




Testimoni 4



DAPATKAN HARI INI DARI PENGEDAR SHAKLEE BERDEKATAN ANDA HARI INI !



atau dapatkan melalui atas talian dengan mudah!
👇



Semoga Bermanfaat! 😊


Continue Reading

Friday, 23 August 2019

Resepi Tart Cheese Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum & Hi!


Kalau semalam Niza dah share Resepi Tart Shell yang mudah wa senang yakmat untuk korang cuba buat kat rumah, hari ni Niza nak Share Resepi Tart Cheese pulak !


Dah ada Tart Shell, nak buat apa?


Boleh laa buat tart Cheese ke tart Telur ke. Tapi hari ni Niza share version Tart Cheese dulu ye.


ok, jom mula!


Untuk Tart Shell korang bole refer sini resepinya.sekarang jom skip terus untuk buat filling Cheese untuk tart tu. ><



BAHAN-BAHAN:


1. 250gm cream cheese
2. 50gm gula kastor / gula halus
3. 1 biji telur Saiz B
4. ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


CARA-CARA:

1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


4. Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Nota kaki :Untuk korang yang suka tart cheese yang versi berperisa blueberry ke, strawberry ke boleh lah piping dulu jem sedikit ke dalam tart sebelum piping Cheese tu ye. 


* Kemudian boleh la korang hiaskan ikut sesedap mata memandang. Kalau hiasan tu berbentuk buah ke, coklat ke, bakar la dulu tart selepas piping Cheese tu.Kemudian baru tempek coklat ke buah-buahan ke ikut sukahati korang.


Kalau sekadar nak loretkan atau lukis menggunakan pewarna, maka bole terus loretkan dan bakar. 😉


5. Bakar pada suhu 160 darjah selama 7-10minit je.

Soo... tadaaaa!


Dah siap pun Tart Cheese..

Senang kan?

Dah cuba jangan lupa tinggalkan feedback ye. 😉
Continue Reading

Thursday, 22 August 2019

Resepi Tart Shell

Teringin nak makan Cheese Tart? Di pasaran dah banyak sangat yang menjual Tart Shell yang dah siap kan? 

Namun, mesti kadang datang keraguan untuk beli. Betul tak? 

Sebabnya kita sendiri tak dapat pastikan apakah kandungan bahan yang digunakan, siap pula pembuatnya dan bagaimana proses pengeluar mengendalikan buatan Tart Shell tersebut dari sudut kebersihan dan seumpamanya.

Jadi, kenapa tidak korang cuba buat sendiri je? mudahhhh yakmat nak buatnya! Perlukan sedikit kerajinan je.😉



So, Jom Niza belanja korang cara nak buat Tart Shell yang mudah simple lagi senang! 




Bahan-bahan
*adunan untuk +/-50pcs Tart Shell saiz kecil

1. 170gm marjerin atau Butter
2. 50gm gula aising
3. 1 biji telur Gred C

4. 290gm tepung gandum

5. 1 sudu kecil esen vanilla

6. acuan tart



Cara-cara

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan pukul lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. pukul lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

**Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

**Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 

Selamat Mencuba! 


So, nah Niza belanje sikit gambar tart shell yang siap dibakar.
Mudah kan?

Dah cuba, jangan lupa tinggalkan feedback 😉

Continue Reading

Friday, 9 August 2019

Lambatkan Penuaan pada Tahap Sellular

Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang penuaan sellular dan perkongsian penyelidikan bertahun-tahun dengan saintis terkemuka telah menghasilkan VIVIX yang merupakan penemuan Saintifik yang hebat dari Shaklee.

Hanya VIVIX mengandungi adunan fitonutrien propietri, yang memanfaatkan kuasa Anggur Muscadine yang jarang ditemui dan Polifenol, menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari Resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan sellular.



4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular


1. Kerosakan DNA

Setiap hari, seriap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sellular DNA.


2. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terbaru menunjukkan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.


3. Pengeluaran Tenaga yang Kian Merosot oleh Sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.


4. Penimbunan Protein AGE

Penimbunan Protein AGE (Advanced Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari Resveratrol atau Polifenol (kandungan Unik dalamAnggur Muscadine) untuk melambatkan pembentukan Protin AGE.

Continue Reading

Tuesday, 6 August 2019

Tips Melembap Dan Menyegarkan Kulit Berminyak Secara Semulajadi

Kulit berminyak boleh dikategorikan sebagai kulit yang perlu di jaga dengan rapi seperti kulit sensitif.

Secara ilmiahnya, kaedah terbaik untuk merawat kulit berminyak adalah dengan menggunakan daun Pudina untuk mengatasi masalah ini.


BAHAN-BAHAN :
1. 2 Sudu makan Daun Kari
2. 2 Sudu makan Daun Pudina
3. 3 Cawan air

CARA-CARANYA:
1. Kisarkan daun kari dan daun pudina bersama air dan didihkan.
2. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk.
3. Tapis air tersebut untuk mengambil 'extract'nya sahaja.
4. Simpan dalam botol untuk digunak sebagai 'toner'.
5. Bersihkan wajah dengan air dan tuala bersih selepas memakainya.

Selamat Mencuba!
Continue Reading

Cactus Survivals

Kenapa kaktus berduri banyak?

Uniknya kaktus ni Allah ciptakannya boleh survive walaupun di padang gurun yang panas.

Disebabkan pokok kaktus yang tumbuhnya di kawasan yang kurang air, duri kaktus ni berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air. Sekaligus menyekat aliran udara berhampiran.

Jika tumbuhan lain mempunyai liang-liang kecil pada kulit dan daun untuk mengumpul karbon dioksida,dan menjalani fotosintesis di siang hari, kaktus pula terlepas dari proses ini disebabkan liangnya dibuka pada malam hari.

Bukaan liang-liang pada kaktus di malam hari pada suhu yang sejuk, kekurangan matahari dan angin lebih tenang membantu kaktus mengekalkan air untuk keperluannya dalam masa yang panjang.
Duri pada badanya pula membantu melindungi diri kaktus dari haiwan yang dahaga mencari minuman dari tumbuhan.



Jika tumbuhan yang kukuh lagi utuh lain mempunyai akar yang mencengkam ke tanah untuk mencari bekalan air bawah tanah, lain pula kisahnya dengan kaktus!

Kaktus mempunyai akar yang pendek dan mengembang di bawah permukaan tanah. Akar ini lah yang bersedia menyerap sebanyak mungkin air ketika hujan!

Apabila hujan, akar kaktus akan mengeluarkan lebih banyak cabang akar.

Kesimpulannya, tiap apa pun hidupan yang Allah ciptakan pasti ada keistimewaan yang Allah sertakan bersama.

Jadilah kita insan-insan yang bijak mengambil ruang dan peluang di setiap kesempatan mahupan kesempitan hidup.

Terus menjadi survivor!
Continue Reading

Thursday, 1 August 2019

Polifenol Sumber Anti-Oksidan Terbaik!

Resveratrol adalah sejenis Polifenol yang terdapat dalam tumbuhan.


Tapi, apakah pulak Polifenol ni?


Polifenol adalah sejenis fitokimia atau zat kimia yang sangat kaya dengan anti-oksidan.


Polifenol ni biasanya ditemui dalam tumbuhan dan banyak ditemui dalam kulit buah.


Fungsi Polifenol adalah untuk melindungi sel kulit dari serangan radikal bebas.
Disebabkan itulah, orang-orang di Eropah(bukan muslim) sangat gemar meminum Wine Merah kerana Wine Merah mengandungi Polifenol yang sangat tinggi (berasaskan anggur merah).


Di Malaysia pula, jika korang buat carian tentang Polifenol atau Resveratrol, korang akan jumpa produk-produk 'long-life'.


Tak percaya? Cuba lah ><


Mengapa dan apa kaitan Polifenol dengan 'long-life' sebenarnya?


Disebabkan sifat Polifenol yang tinggi anti-oksidan ini, Polifenol berupaya dalam melindungi sel tubuh dari serangan penyakit dan kerosakan akibat radikal bebas.
Jadi, tidak hairanlah makanan yang tinggi anti-oksidan mampu mencegah penyakit seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan seumpamanya.
Antara tumbuhan yang tinggi Polifenol adalah
  •  kekacang
  •  coklat hitam (dark chocolate)
  • buah-buahan berkulit cerah (merah seperti delima dan strawbery)
  • anggur merahsayur-sayuran hijau (bayam, kangkung, brokoli) dll


Muscadine Grape antara yang tinggi kandungan Polifenol.


Polifenol ni dikalsifikasikan kepada 4 kelompok:
  • fenolik asid
  • lignan
  • flavonoid
  • stilben (Resveratrol)
Berbalik pada mukadimah tadi, Polifenol sejenis Resveratrol ni lah yang terdapat dalam Vivix Shaklee!

Continue Reading

Tuesday, 23 July 2019

TESTIMONI OSTEMATRIX

Segala kandungan testimonial atau penulisan dalam laman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk dapatkan nasihat pakar kesihatan. 
 Segala bentuk set yang di iklankan adalah set cadangan semata-mata. Cadangan set boleh berubah mengikut kesesuaian pengguna.
















Continue Reading

Wednesday, 15 November 2017

TIPS : Makan Untuk Kurus

Assalamualaikum uolls!

Lama rasanya tak ziarah rumah agam ni.
Muncul je tetiba bagi tips.
*nampak sangat sebelum ni bz nk kurus* eh! 😆

Nah, Niza share tips dan antara 'idea' menu untuk awak eh anda eh kita 😝 yang nak kuquihh tak kuquih2 tu.

Haha.

1. Jaga Pemakanan
2. Build high metabolism
3. Bakar Kalori

*****
1. Jaga pemakanan.
Part ni yang konon agak challenging.
Tapi challenging memula je..

Percaya la! Once dah jadi habit, tak jadi masalah pun la. Don't say no sebelum mula ☝

Dan tolong la buang 'mindset' diet = tak makan.

Tak makan tu puasa uolls😪

Diet yang sihat adalah = Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sikit. Sebab apa? Ini membantu untuk tips ke-2.

Ok? 👌


2. Build high metabolism

Macam mana nak build high metabolism.  Ada certain makanan yang bole 'menaikkan' kadar metabolism tubuh. Lain kali la ai share. Tapi yang mudahnya adalah baca tips 1 tadi?

Ini lah sebabnya.

Setiap kali kita makan, metabolism tubuh akan naik disebabkan sistem tubuh kita 'bekerja' untuk cernakan makanan.

Kenapa kadar metabolism yang tinggi penting untuk kurus?
Sebab metabolism yang tinggi membantu anda untuk tips ke-3! 😘

3. Bakar Kalori
Setiap kali kau makan, tu kalori masuk.
Kalau tak bakar balik, macam mana nak kurus? Simpan kalori jadi lelemaks berlapis.

Jadi, silalah bakar. 🔥🔥🔥

Macam mana nak bakar? Bersenam la.
*ada la tu bagi alasan takda masa la apa la*

Belum apa-apa dah bagi alasan!
Tak perlu masa 4-5jam hang nak bersenam. Tinggal motor kereta, pergi kerja jalan kaki. Kan dah bersenam tu 😆

Ala, jalan kaki, naik turun tangga pun bersenam jugak.. Take it easy. Yang penting BUAT!


Nah amik ni idea menu kalau taktau nak makan apa.

Credit : akak Farahin Farhan







Ok. Dah berjaya loss KG nanti toger tau! 😝

Niza Ahmad,
014-5671920
Founder of MME.


Continue Reading

Monday, 25 September 2017

Resepi Kuih Keria Gula Melaka-Mudah!

Assalamulaikum!
Alhamdulillah.  Bersiaran lagi rupanya dalam ni.  😅 Lately bersiaran je pasal resipi.  Nak buat cemanee..  Macam-macam je ngidamnya.  😝

So,  taknak panjang-panjang.  Niza pun nak tampal sini Resepi Kuih Keria Gula Melaka Buat pedoman sendiri dan anda di dapur.  #MyDapurIdaman
#MyDreamKitchen 💚

Bahan-Bahan :
-Ubi Keledek (Niza guna Sweet Potato Japanese Yellow.  tak sempat berkeria lagi dah hilang seketul dua 😅)
Sweet Potato Japanese Yellow

-Tepung Gandum
-Gula Melaka
-Gula Pasir Putih
Tepung gandum takkan tak kenal?
+ Gula Melaka Comel 😜


Cara-Cara :
1. Kupas ubi keledek dan rebus dalam air sehingga empuk.
Sebab niza guna Sweet Potato Japanese Yellow.  Maka Ubinya jadi warna kuning.  Jangan hairan ye.  

2. Lenyek-lenyekkan ubi keledek tu sampai hancur dan gaulkan dengan tepung + secubit garam dan gula.  Tepung agak-agak je supaya ubi tak terlalu lembik untuk digoreng.  Kalau terlebih tepung kang keras pulak kerianya.

3. Dah siap adunan keria,  bulat-bulat kan keria tu dan lubangkan tengahnya.  ikut kreativiti memasing ye part ni.  ada nk guna acuan donut la apa la.  ikut sukahati.  Niza guna manual je.  😉 *tips : nak mudah bentukkan,  sapu sikit minyak di tangan bagi yang guna cara 'manual' ye.
Ni hasil tangan yang tak berapa nak berseni sangat  ni 🙊


4. Setelah siap bentukkan kuih keria korang, Boleh goreng keria dengan gembiranya.  Niza goreng dengan minyak yang banjir + panas supaya keria tak serap minyak.
Biarkan keria lemas dalam banjiran minyak panas sampai jadi golden brown. 

5. Dah siap menggoreng,  bole angkat dan ketepikan.

6. Dalam kuali yang lain,  ambil gula melaka,  sedikit gula pasir putih + sedikit air.  sukatan?  agak-agak 2ketul gula melaka comel ni + satu sudu gula pasir putih + 5sudu air . (sebab xde cup nak ukur,  kita guna sudu je la. 😜)
Air jangan banyak,  nanti gulanya cair sangat dan tak bersalut dengan keria.
Cairkan semua bahan di atas dengan api yang perlahan.  Jangan kuatkan api,  kang hangus gulanya pahit pulakk..

7. Dah cair dan pekat adunan gula korang tadi, boleh lah ambil keria yang tersadai tadi dan gaulkan.
Salutkan keria tadi dengan adunan gula. 

8. Dah siap salutkan rata,  bole angkat dan sejukkan.

9. Boleh nikmati hasilnya dengan Bismillah.  😉

Sekian.  Selamat bersilat di dapur masing-masing!  😉
Continue Reading

Tuesday, 19 September 2017

Resepi Bubur Puteri Mandi-Mudah-Simple!

Assalamualaikum! 

Lamanyaaa tak masuk sini Ya Allah..
Alhamdulillah masih jumpa 'jalan pulang' oi..

Since cuti ahad lepas niza bertukang kat dapur mengemas apa yang patut.  tetiba terjumpaaa pulak Tepung pulut!
Fikir punya fikir maka niza pun dengan pantasnya p beli santan. dan terhasilll la  bubur ni. 

Dan disebabkan ada juga yang request resepi,  nah niza payung resepi untuk tatapan dan 'pedoman' korang di dapur 😝

**************

Bubur Puteri Mandi
Bahan-Bahan:
- Tepung pulut
- Santan
- Gula
- Garam

Cara-cara:
1. Bancuh tepung pulut,  sedikit garam dengan air sehingga menjadi 'doh'. (Kalau nak ada kaler-kaler,  bole letak pewarna sikitt). Jangan terlalu lembik,  atau terlalu keras.  cukup sekadar bole di gentel-gentel dan tak melekat di tangan.

2. Gentel adunan tepung pulut td sebesar 'guli' atau ikut sukahati korang nak saiz besar mana.  😂

3. Didihkan air atas dapur.  Selpas air dah mendidih,  boleh masukkan tepung pulut yang korang dah gentel td dengan gembiraanya.  Macam mna nak tahu tepung pulut tu dah masak ke belum?
Tepung pulut td akan terapung atas permukaan air..

4. Selepas tepung pulut tadi dah masak,  bole kaut guna penapis ke,  jaring ke,  jala ke sukahati la. Ketepikan.

5. Masak santan + sedikit air + secubit garam (tujuan nak bagi rasa lemak je)  + gula (kalau korang suka,  bole ganti gula putih dengan gula merah.)
Kalau nk guna gula merah,  pastikan gula merah td dimasak/dicairkan asing dan ditapis dulu untuk elak rasa berpasir. Then bole campur dengan santan td.
Kalau nak sedap lagi,  letak daun pandan sikit 😉 (Tujuan?  nak bagi wangi je bubur korang nanti.  Niza tak letak sebab ku redah apa yang ada kat dapur je 😜)

6. Kacau sampai masak/mendidih,  kemudian masukkan tepung pulut yang diketepikan tadi. Kacau 2-3minit,  Tutup api.

7. Ambil mangkuk,  cedok 'puteri mandi' korang tu dan bole disantap dengan gembiraaa lagi.  

Tips penting!  jangan lupa baca Bismillah dan doa makan. 

Sekian Resepi yang mudahhhh yang amaattt untuk dicuba. 

Terima Kasih! 😉
Versi Gula Merah😜

Versi Gula Putih 😉

#MyDreamKitchen
#MyDapurIdaman
Continue Reading

Saturday, 31 December 2016

11 Punca Bibir Kering

Assalamualaikum wbt.

Bibir kering dan pecah?
Mesti tak selesa kan? Dan bertambah parah dan perit lagi kalau bukan sekadar kering, tapi juga pecah dan luka.
Ini disebabkan oleh lapisan kulit bibir kita sangat lah nipis.


Pernah terjadi kan? Sebelum nak cari penyelesaian, wajibb tahu punca dulu 😎
Jadi, apa punca yang menyebabkan bibir kering ni?

💦Pencemaran udara dan debu adalah salah satu punca yang mejadikan bibir kering. Udara dan debu-debu kotoran yang terdedah boleh menjejaskan lembapan bibir dan membei infeksi melalui kuman.

💦Perubahan suhu yang mendadak juga boleh menyebabkan bibir tidak mampu adaptasi dengan suasan dan perubahan suhu.

Selain itu, 💦Makanan yang terlalu masam dan masin juga boleh menjadi puncanya.

💦Tabiat Merokok, minum kopi berlebihan serta pengambilan alkohol juga menyebabkan bibir kering.

💦Penggunanan bahan kosmetik yang tinggi bahan kimia  akan memberi kesan pada kulit bibir apabila bahan kimia meresap ke dalam kulit.


💦Penggunaan Ubat Gigi yang mengandungi detergen berlebihan mampu mengahlis kulit bibir yang sedia-sedia nipis tu.!

💦Suka menjilat bibir dengan air liur? Ini juga menjadikan bibir anda kering dan mudah merekah.

Tambahan, 💦kurangnya Vitamin A, B, C, zat besi dan essential fatty acid juga sangat memberi kesan dalaman dan menjadi punca yang menjadikan kulit bibir kering. Hal ini juga sangat berkait dengan 💦kurangnya pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Kurang nutrisi dalam tubuh akan memberikan kesan pada sistem tubuh dan kesan pada fizikal. Ini kerana 💦sistem Imun yang rendah akan mudah dijangkiti kuman.

Akhir sekali, punca yang terbiasa kita dengar adalah 💦kurang pengambilan air masak. Apabila tubuh kekurangan air, tubuh akan mula dehidrasi dan menyebabkan suhu badan meningkat dan bibir menjadi kering.

Jadi, niza taknak memanjangkan post ni. Dah tau punca yang menyebabkan bibir kering dan merekah? dah ada ilmu pasal punca nya? Tiba masa untuk beramal untuk mengelak dari punca-punca tersebut. Semoga anda, anda, anda teruss diberi kesihatan berpanjangan.

InsyaAllah niza akan share cara mengatasi masalah bibir kering ni di lain post. 😉




Continue Reading

Monday, 5 December 2016

Resepi Keropok Lekor

Assalamualaikum.


Berapa laaammmaaa bertangguh nak tepek sini  resipi kepok leko ni haa..
Ghinduuu kepok leko t'ganu! 😍 Sebab takdapat kepok lekor t'ganu kena laa rajiinnkan diri cuba-cuba nasib buat. >_<

Resepi asal tak hengaatt.. tepek-tepek di fb,sudahnya masa nak buat, tak jumpa.
Mujur tepek tu baca dulu. Jadi ingat bahan n agak-agak aje la  sukatan 😂
Resepi ni untuk 2-3orang makan aje sebab beli ikan sikit aje untuk testing. Jadi, kalau korang nak buat banyak, gandakan la sukatan bahan ye..

Jadi, takmo panjang lebar nah amik resepi ni p buat. Bismillah. semoga jadi la noh 😉


BAHAN-BAHAN

500gm Isi Ikan (mentah)
2cawan Tepung ubi kayu 
Sedikit air sejuk
Sedikit garam
Sedikit gula

CARA-CARA

1. Siangkan ikan tu buang segala perut dan sisa yang takperlu tu.. Kemudian siat amik isi aje. Macam ni ha.



2. Blend semua isi ikan tu dengan 4-5sudu air sejuk. Kalau nak mudah, bole guna food processor. tp sebab Niza takde food processor bagai, jadi blend aje la. 

3. Lepas blend, gaul dengan tepung. Masukkan sikit garam n gula untuk balancekan rasa. Dah siap gaul n uli sebati. Memang lembut (lembik) sikit adunannya, abaikan. normal aje tu. 😋

4. Tabur sikit  tepung pada papan penguli. Kemudian, gentel dan gelek lah adunan jadi kepok leko ha..
Sambil tu, bole didihkan air ye.

5. Masukkan kepok leko dalam air mendidih td tu. Cemana nak tau dah masak ke belum? Kepok tu akan terapung atas permukaan air kalau dah masak.

Cenggini ha.. 


6. Lepas masak, toskan.. siap!

Abaikan saiz kecik besar kecik besar Niza buat tu😆

Lepas dah siap, bole la nak goreng ke, nak makan gitu aje pun bolee.. 

Siap di goreng! 😉



** noted : kenapa guna air sejuk? air sejuk tu untuk mudahkan proses menguli supaya tak melekat di tangan. 

Sekian. Selamat menchoooba! 💓


Continue Reading

Sunday, 20 November 2016

7 Cara Tingatkan Kadar Metabolisme

Assalamualaikum wbt.
Ramai antara kita yang ingin tampil kurus dan sihat. Berat badan yang berlebihan akan menyukarkan pergerakan dan berkemungkinan menjadi punca kepada pelbagai rentetan penyakit lain. Pelbagai cara dan makanan kesihatan sebagaimana di iklankan di ambil. Namun, tidak membuahkan hasil sama sekali! Jadi, penting untuk anda tahu bahawa lemak dan kalori berlebihan sangat berkait rapat dengan kadar metabolisme tubuh. Kadar metabolisme yang tinggi akan membantu membakar lemak dan kalori berlebihan dalam tubuh dengan mudah.


Apa itu Metabolisme?

Metabolisme adalah proses pertukaran zat antara suatu sel atau organisma secara keseluruhan dengan linkungannya (proses chemical reaction)

Mengapa Metabolisme sangat Penting kepada Tubuh?

Metabolisme sangat penting bagi proses penyerapan nutrisi yang efektif.  Selain mengekalkan kesihatan tubuh dan fungsi organ yang normal dan seimbang, ia juga membantu dalam pembakaran kalori.

Bagaimana Meningkatkan kadar Metabolisme?

1. Minum air sekurang-kurangnya 3-4liter sehari.
Metabolisme sangat memerlukan air yang cukup untuk menjalankan fungsi metabolisme dengan baik.

2. Makan makanan yang membekalkan tenaga yang tinggi seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan karbohidrat kompleks.

3. Lakukan senaman kardio seperti Jogging, bermain badminton,  berjalam]n dll. (Alkan sekurang-kurangnya 20minit, 2-3x seminggu)



4. Pastikan tubuh mendapat bekalan protein yang cukup.
Protein memiliki complex chemical chain yang memerlukan 30% dari jumlah kalori sebelum dicerna. 
cth : Anda ingin menyingkirkan 100 kalori protein. 30 kalori protein akan digunakan untuk tujuan itu.

5. Kopi atau kafein. 
Tahukah anda mengapa anda berasa segar  dan lebih fokus setelah minum minuman berkafein? Ini kerana kafein dalam kopi dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh anda. Tapi, AWAS! Jangan berlebihan =)

6. Menambahkan otot tubuh dengan melakukan latihan angkat berat . Hal ini kerana otot juga membantu dalam pembakaran kalori!

7. Ambillah suplemen yang mempunyai leucine atau membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme! =)


Semoga Bermanfaat 💚

Continue Reading