السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 8 December 2020

Kisah Niza : Malam Tu (Part 3)

 MALAM TU (Part 3)

Inilah Permulaan kesetiaan dan #ShakleeEffect journey Niza. 🥰
Sejak eksiden, Niza memang tak skip #ESP, #VitaminC dan #ZincPlus.
Kalau ingat Niza cerita pada previous part, Niza perlu jumpa Dr setiap hari untuk cuci luka dan ambil MC kan?
Ada satu hari ni, sahabat yang teman Niza ni borak dengan Dr. Almaklum masa tu banyak yang Niza cakap, dorang tak faham. Yela cakap gaya 'bisu' sebab luka tak hilang lagi kan atas bibir.
So, baiknya Niza diam dan dengar je 😂
A : Kenapa tak bole dapat MC seminggu je terus doktor?
Dr : Sebab dia tak de kecederaan / patah dalaman. Jadi, memang tak bole bagi MC lama. Saya tau, susah jugak kawan awak nak pergi kelas dengan luka macam ni, tapi tu la.. Datang je cuci luka tiap hari, saya boleh bagi MC sehari since luka tak ok lagi.
A : Agak-agak berapa lama bole full recover luka ni?
Dr : Mungkin ambil masa la. Dalam 2-3bulan untuk full recover. Sebab luka ni lubang dalam jugak. Nanti jahit dah kering bole datang buka.
A : ...
Perasaan masa tu? FEELINGLESS uolls. 😂
Seminggu dua jugak berulang alik pergi klinik cuci luka.
After that Dr cakap tak perlu dah datang hari-hari.
Since that Niza pun mula attend kelas. Dengan muka separuh bertopeng camtu khennn 😶
Luka kat muka makin kering dan tangan Niza pun gatal cabut sikit-sikit 😂
Begitulah. Sehingga selepas 3 minggu, parut semua dissapear! (refer gambar Disember) 😂
Allahuakhbar.
Kulit masih merah-merah since sel kulit baru kan. Tapi langsung hilang!
Had u tried imagine that? Niza tak pernah imagine pun. Sebab time tu seriously memang tak de perasaan sungguh-sungguh.
Kot la nak rasa cepat la sembuhhh. Nak kulit cantikkk bla bla bla. Serious tak da langsung perasaan tu. Niza just like 'follow the flow'.
Semakin hari, sel kulit baru pun makin matang dan hilanglah 'blusher' sebelah tu.
It left nothing di muka Niza kecuali parut di kening😎
Dan parut di tangan dan kaki
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
2-3minggu jugak Niza fobia bawa motor. .
Nak kemana kena ada orang escort jadi rider. 😂
Lepas tuu, ni antara motor Sahabat yang Niza pernah pinjam lepas eksiden tu.
Tetiba berjodoh dengan tuan motor tu sekarang😆
Opss🤭
Iklan. Haha.
Lepas tuuuu, sesudah kakak Niza selesai berpantang agaknya, family pun datang Perlis jenguk Niza. Dan dapat sponsor pulak #CollagenPowder.
Begitulah prosesnya hingga kini masih setia dengan Shaklee 💕
Sape follow sampai habis cerita Niza ni?
Meh drop komen. ❤




Continue Reading

Kisah Niza : Malam Tu (Part 2)

MALAM TU (Part 2)
.
"Tolong tanggalkan cincin dia."
"Tahan sikit ye, saya nak bius.."
"Niza mak nak cakap (melalui call).."
Yang Niza pulak mampu angguk-angguk geleng-geleng je sebab mulut terasa sakit nak bergerak.
Malam yang sama kak
Ani Ahmad
selamat masuk Labour room melahirkan Ahmad Ammar nun di Terengganu.
Memang family tak dapat datang ke Perlis jenguk masa Niza eksiden.
Being a mom, tentu lah risau kan anak eksiden. Itu lah bonda call lepas sahabat Niza maklumkan. Tapi Niza pulak tak terdaya nak buka mulut sebab bibir atas dah tercium tar sama.
Nun di asrama Niza lain pulak kisahnya.
Lepas sahabat Niza maklumkan Niza eksiden, Birthday Girl ingat ianya satu prank!
Sabo je laa 🥴
Lepas di Convince, baru lah percaya.
Dan selesai doktor jahit luka dan sempat Niza lelap di wad untuk beberapa jam sebelum esoknya di jemput oleh classmates Niza.
Bermula la episodnya seorang Niza yang perlu berpantang makan itu ini sebab luka di wajah, tangan dan kaki.


Beruntungnya seketui Niza, Allah hadirkan sahabat-sahabat yang sangatt lah caringg. Setiap hari tak miss ada orang bawakan Niza ke klinik cuci luka dan dapatkan MC setiap hari!
Sebelum dorang ke kelas, dorang dah tolong Shake kan ESP untuk Niza alas perut sementara menunggu dorang habis kelas dah belikan bubur.
Selalu share gambar kecik combine dengan selepas sembuh kan? Ni original punyo.
Inilah permulaan kesetiaan dan perjalanan #ShakleeEffect Niza.
Sambung Part 3

#Backtoyears2013 

Continue Reading

Kisah Niza : Malam Tu (Part 1)

MALAM TU

.

Niza ada meeting dengan Junior di Kolej Kediaman di Kangar while Niza dari Kolej Kediaman di Kuala Perlis.
Zaman study ni kita rempit je uolls.
Student sekarang untung. Student lagi dah angkat Honda, Toyota. Untung kenal Shaklee muda-muda 😆
Ok balik ke cerita tadi. Sebelum meeting malam tu, Niza singgah kedai kek beli kek konon nak surprise kan Birthday housemate malam tu.
Settle meeting, Niza meneruskan perjalanan nak jemput sahabat Niza yang ada group discussion jugak malam tu di satu tempat lain area Kangar jugak.
So berbekalkan sekotak kek, dan satu helmet Niza pun teruskan perjalan nak ambil sahabat sorang ni.
Tapi tak sempat sampai sebab.. Niza celik mata ayat first dengar
"Tolong tanggalkan cincin dia."
"Tahan sikit ye, saya nak bius.."
"Niza mak nak cakap (melalui call).."
Yang Niza pulak mampu angguk-angguk geleng-geleng je sebab mulut terasa sakit nak bergerak.
Seterusnyaaa..
Sambung part 2 😂
*gambar sekadar hiasan 🤣



Continue Reading

Wednesday, 28 October 2020

Covid19 : Kajian Keberkesanan Vitamin C Terhadap Pesakit

 Kes Covid-19 kian meningkat hari demi hari. Kerajaan pun sedang menggiatkan SOP supaya rantaian wabak ini dapat diputuskan. Kita masih belum menjumpai Vaksin untuk menangani Covid-19 secara menyeluruh. Justeru, apa yang mampu kita lakukan adalah dengan menjaga kesihatan keluarga dan mengelak dari bersesak di khalayak ramai tanpa keperluan dan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Namun, baru-baru ini pihak KKM telah terbitkan kajian berbentuk PDF mengenai ujian yang dijalankan ke atas Pesakit Covid-19 menggunakan Vitamin C!


Kajian Vitamin C terhadap pesakit Covid19


Menariknya mereka telah menggunakan Vitamin C untuk menguji kadar kesembuhan Pesakit Covid19 berbanding yang tidak dibekalkan dengan Vitamin C.

Satu golongan dibekalkan rawatan tambahan dengan Vitamin C 100% manakala satu golongan lagi hanya bergantung kepada ubat-ubatan lain.


Kajian Mengenai Vitamin C dan Covid19


Hasilnya, purata kadar kematian bagi pesakit yang diberi rawatan tambahan Vitamin C adalah hanya 14% berbanding pesakit yang tidak diberi rawatan tambahan Vitamin C adalah sebanyak 71%.

Manakala lebihan 57% lagi bagi Pesakit yang diberi rawatan tambahan dengan Vitamin C mampu untuk discaj dengan sihat.

Lagi Mengejutkan, keputusan mendapati Pesakit yang dibekalkan dengan 100% Vitamin C:

  1. 57% lebih rendah dari kadar kematian
  2. 9 hari lebih awal dibolehkan discaj dari wad
  3. 5.6 harilebih cepat bebas dari Extubation
  4. 7.5 hari lebih cepat bebas dari menggunakan bantuan pernafasan Oksigen
Ini adalah perbezaan ketara yang didapati melalui kajian ini.

Mengapa Vitamin C?

Berdasarkan kajian ini, Viamin Cbertindak sebagai antioksidan dimana Antioksidan ini mampu memberi tindak balas terhadap tekanan oksidatif (Oxidative stress).

Tindak balas ini sangat penting untuk mengurangkan risiko kecederaan paru-paru sekaligus mengelakkan organ lain dari gagal berfungsi.

Jadi, Niza sangat sarankan untuk kita cukupkan keperluan Vitamin C setiap hari untuk meningkatkan sistem pertahan badan kita.

  • Vitamin C bertindak sebagai antioksidan yang mampu mengawal serangan radikal bebas dalam badan
  • Vitamin C juga mampu meningkatkan sistem imun dari mudah diserang oleh virus, bakteria dan kuman
  • Vitamin C sangat penting untuk tindak balas kimia dalam badan untuk memastikan organ dan sistem tubuh berfungsi dengan baik.
Even Niza dan keluarga sendiri amalkan Vitamin C sebagai ikhtiar untuk kesihatan mneyeluruh apatah lagi di musim Covid19 belum berakhir.

Semoga membantu setiap keluarga dalam mengurangkan jumlah jangkitan. InsyaAllah.

Klik sini untuk dapatkan Suplemen Vitamin C! 😊


Kajian Vitamin C terhadap pesakit Covid19
Rujukan artikel lengkap


Feedback pesakit Covid19
Perkongsian dari salah seorang Pesakit Covid19



Niza Ahmad

Pesan dari Hati 💗


Continue Reading

Tuesday, 27 October 2020

Happily Married! Alhamdulillah

 Dari 2011 camtu berblogging, 2020 tetiba  muncul header blog berdua dah kan?😆

Alhamdulillah. 2/11/2019 selamat diijab kabulkan dengan pemuda pilihan hati (cia cia cia).

Kenal since 2013 se-Fakulti di UniMAP. Tak Pernah bersembang melainkan urusan kerja, program dan seumpamanya sahaja. 

Dikenalkan dalam satu majlis taaruf oleh sahabat senior pada penghujung 2015.

Kemudian lost contact setahun lebih. Tapi kalau dah jodoh~

Bertemu kembali 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 13/8/2019 dan decide untuk mendirikan rumahtangga bersama 2/11/2019 bersamaan 5 Rabiulawwal 1441H.


AimranxNiza








ok dah la tu belanje gambar sikit-sikit :p

Alhamdulillah untuk perjalanan yang baru bermula. Mohon doanya semua semoga ikatan yang dibina diirnigi sakinah, mawaddah wa rahmah juga dibekalkan sabar dan tabah mengharungi bahtera bersama. 💓


#Countingfor1stAnniversary


Continue Reading

Monday, 26 October 2020

Welcome Back!





Alhamdulillah! Setelah hampir 7Bulan Niza tak dapat access dan buka blog ni gara-gara pindahkan domain ke domain provider lain. 

Last-last Sangkut! Hampir 6-7x contact both domain provider untuk cari solution. Dah ubah setting perlu tunggu lagi 24-48jam untuk tunggu result samada it works atau sebaliknya. 

Since Niza pun bekerja time tu, memang benda-benda gini renyah dah perlu spend time untuk fokus ngadap dia je >< Jadi bertabah la sampai ke hari Jumaat lepas. 

Bila fikiran dah 30% untuk buat blog baru je, dan dah setup pun blog baru tu cuma belum publish. 

Baru lahhh boleh settlekan masalah teknikal sejak 6bulan lalu itu. 

MasyaAllah. dugaan betul. 

Korang pun mesti dah rindu nak dengar Niza bebel lagi kan? Since hampir 7bulan tak jumpa, banyak laaaa story mory yang Niza nak tinggalkan jejak kat sini. Korang, Stay tuned okeh! ^^
Continue Reading

Friday, 10 April 2020

Cara Hilangkan Biji Kolestrol di Muka

Biji Kolestrol atau nama lainnya Biji Milia  merupakan benjolan lemak yang berkembang di bawah kulit



set shaklee biji kolestrol


Kewujudannya tentunya merimaskan empunya badan terutamanya tumbuh sekitar muka, bawah mata, pipi dan kawasan lain sekitar tubuh. Ada ssesetengah nya juga tumbuh di alat kelamin. Biji kolestrol wujud di bahagian badan yang mempunyai kelenjar Pilosebaceus (kawasan folikel rambut/bulu tumbuh), sama seperti jerawat. Ketumbuhan biji kolestrol ini bersaiz 1 hingga 2 mm kebiasaanya.


shaklee

Punca Tumbuhnya Biji Kolestrol

Walaupun salah satu penyebab utama biji kolestrol adalah tahap lipoprotein berkepadatan rendah yang tinggi (LDL atau ‘kolesterol’ jahat) di dalam badan, ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti :
  1. Kolestrol Tinggi
  2. Perubahan hormon
  3. Penyakit Kencing Manis
  4. Masalah hati

Ketumbuhan biji kolestrol ini tentunya merimaskan dan mengurangkan keyakinan diri terutamanya apabila tumbuh di kawasan muka.

Bolehkan biji kolestrol di hilangkan?

Kebiasaanya biji kolestrol ini hanya boleh dihilangkan dengan rawatan laser dan pembedahan. Oleh kerana biji kolestrol ini kebanyakannya tumbuh di kawasan mata di mana ia sangat berisiko, maka biji kolestroliboleh dihilangkan secara perlahan-lhan dengan mengatasi puncanya yang boleh dikawal. Kebanyakan biji kolestrol ini adalah disebabkan Kolestrol tinggi.



Maka untuk menghilangkan biji kolestrol ini, langkah yang boleh di ambil adalah dengan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan seperti :



cara hilangkan biji kolestrol

  • Biji Halba
Biji halba mampu meratakan biji kolestrol ini secara perlahan-lahan. Caranya, Rendamkan 2 sudu teh biji halba dalam segelas air semalaman. Anda boleh meminum air rendaman biji halba ini keesokan harinya semasa perut kosong untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Selain itu, anda juga boleh sapukan air rendaman ini pada biji kolestrol dan urutkan kawasan tersebut perlahan-lahan supaya ianya meresap ke dalam kulit.





hilangkan biji kolestrol

  • Kulit Pisang
Kulit Pisang boleh digunakan secara semulajadi bagi menghilangkan biji kolestrol. Ini kerana kulit pisang bersifat antioksidan yang mampu menghilangkan biji kolestrol. Caranya sangat mudah, sapukan kulit pisang pada biji kolestrol. Biarkan selama 30minit, bilas dengan air.




hilangkan biji kolestrol

  • Cuka Epal
Cuka epal juga merupakan bahan yang sangat berkesanmengurangkan LDL atau Kolestrol jahat dalam badan. Sari cuka epal mampu mencairkan kolestrol dan lemak serta detoks hati. Selain itu, asid asetik yang terdapat dalam cuka epal mampu menipiskan biji kolestrol.
Caranya, anda hanya perlu merendam kapas dengan cuka epal dan lekatkan dikawasan yang terdapat biji kolestrol. Biarkan selama 2 jam dan bilas dengan air suam. Lakukan sekurang-kurangnya 2kali sehari sehingga biji kolestrol hilang. Selain itu, anda juga bole meminum cuka epal (1 sudu besar) yang dicampurkan dengan sedikit madu dalam segelas air suam. Minum 2 kali sehari.




hilangkan biji kolestrol

  • Bawang Putih
Bawang putih sangat bermanfaat bagi mengurangkan paras kolestrol bahkan bawang putih juga mampu meratakan biji kolestrol. Caranya, tumbuk bawang putih sehingga menjadi pes dan sapukan paa biji kolestrol. Kemudian, tutup kawasan tersebut dengan kapas bagi mengelakkan bawang termasuk ke dalam mata.
Anda juga boleh menggantikan bawang putih dengan menggunakan tablet bawan putih (Garlic). Selain itu, bagi mengurangkan kolestrol dalam badan, bawang putih juga boleh di makan sebanyak 2-3 ulas setiap pagi semasa perut kosong, atau juga digantikan dengan tablet bawang putih sebagai alternatif menurunkan paras kolestrol.




hilangkan biji kolestrol


  • Badam
Tahukah anda? Nutrien dalam badam mampu mengawal enzim yang terlibat dalam sintesis kolesterol dan pengeluaran asid hempedu. Pengambilan badam setiap hari sangat membantu untuk mencegah penyakit kardio-metabolik.
Untuk mengilangkan biji kolestrol, tambahkan sedikitsusu bersama 1 sudu serbuk badam untuk membentuk pes dan sapukan pada biji kolestrol. Ulang lakukan setiap hari. Bahkan anda juga boleh merendam 4-5biji badam ke dalam segelas air semalaman dan minumlah di awal pagi bagi mengurangkan kolestrol anda.


Selain mengamalkan petua dari dapur ini juga, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda untuk mencapai diet seimbangg. Diet seimbang ini sangat penting untuk mengawal para kolestrol dalam badan yang mampu mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya dan berisiko.

Anda di sarankan untuk :
1. Mengurangkan makanan berlemak dan bergoreng
2. Mengambil produk tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak
3. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
4. Elakkan mengambil karbohidrat ringkas dan gula yang diproses secara berlebihan
5. Jadikan makanan tinggi serat sebagai pemakanan harian


CADANGAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU MASALAH BIJI KOLESTROL



APA KATA PENGGUNA?








BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE?

Hubungi Niza segera!😉







Continue Reading