Thursday, 11 August 2022
Kehamilan Sihat & Cergas dengan Set Hamil Shaklee
![]() |
Tempoh Kehamilan merupakan tempoh yang mencabar buat ibu-ibu tak kira kehamilan yang keberapa kali sekalipun kerana setiap kehamilan mungkin memberi pengalaman dan cabaran berbeza bagi setiap Ibu.
Terutama buat pengalaman kehamilan yang pertama, banyak yang perlu dipelajari sebagai persiapan dan kesediaan dalam menghadapi tempoh yang bermakna bergelar ibu ini.
CABARAN SEMASA KEHAMILAN
MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA KEHAMILAN
Sumber :
https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/lain-lain/makanan-dilarang-ketika-hamil/
Saturday, 6 August 2022
Glisemik Indeks : Apa Kaitan dan Pengaruhnya untuk Diet bagi yang ingin Kurus
DAH MAKAN SIKIT TAPI TAK KURUS JUGAK?
Betul ke makan sikit boleh kurus?
Kenapa makan sikit tak kurus?
Sebab nya, yang sikit tu mungkin makanan yang berminyak, tinggi garam, tinggi gula.
Kenapa makan banyak tak semestinya gemuk?
Boleh jadi sebab yang di makan tu makanan yang rendah glisemik indeks, yang kurang garam, yang tiada gula.
Jadi, hari ni Niza nak story kat korang tentang Glisemik Indeks (GI).
Pernah ambil tahu tak makanan yang kita ambil hari-hari tu tinggi ke rendah GI?
Jujurnya, dulu Niza pun tak pernah ambik tau!
Haha. bila dah komit dengan #ExcellentNewYouChallenge ni baru ambil tau banyak benda.
Glisemik indeks ni mengukur seberapa cepat makanan yang ada glukos kita ambil meningkatkan kadar gula dalam darah.
GI ni dikira dari 1-100
GI yang rendah adalah <55
GI sederhana adalah di antara 56-69
GI tinggi adalah >70
Macam mana GI ni mempengaruhi 'kegemukan' kita?
GI Tinggi : Menyebabkan kadar gula darah meningkat dengan cepat.
Dengan meningkat secara mendadaknya 'serangan' gula dalam darah, maka badan kita akan bagi arahan kepada tentera insulin yang 'ramai' jugak untuk berperang dengan gula tadi. Gula ni akan di angkut ke sel-sel badan dan juga ditukarkan kepada sel lemak.
Hal ini akan menyebabkan gula dalam darah akan drop dengan cepat. Dan sekali lagi badan kita akan bagi signal ke otak yang badan kita memerlukan gula (makanan).
Itu yang jadi baru je lepas sejam dua makan dah rasa laparrr laparrr laparrr tu.
Pastu kita pun cari lagi makanan untuk memenuhi permintaan 'craving' kita tadi tu, sedangkan gula atau tenaga yang ditukar ke sel lemak tadi ada lagi dan belum digunakan pun.
Jadi, bila kita keep on dengan eating habit yang macam ni, cycle yang berulang-ulang ini lah yang menyebabkan sel lemak kita tadi banyak berkumpul.
Sel lemak ni berkumpul di abdomen dan jadi lemak-lemak yang 'menyelimuti' organ-organ kita dan dikenali sebagai "Visceral Fat".
Lemak-lemak ni lah jugak yang menjadikan kita buncit!
Ha.. apa jadi kalau Glisemik Indeks Makanan yang kita ambil sederhana atau rendah?
Nak tau tak?
Bila makanan yang kita ambil tu rendah GI, kadar gula yang dilepaskan ke dalam darah adalah perlahan.
Bila gula dilepaskan perlahan ke dalam darah, still ada insulin yang dirembeskan untuk buat keje-keje dia. Tapi di tak kucar kacir kelam kelibut ajak 'geng' insulin yang banyak untuk tolong buat keje sekali dek banyak nya tetamu bernama glukos tu masuk secara tiba-tiba ke dalam darah.
Jadi bila insulin boleh bekerja secara slow n steady, badan akan reserved more energy untuk dikitar guna semula apabila kadar gula dalam darah tadi dah drop semula.
Berbeza dengan makanan yang tinggi GI. Dah la simpan banyak lemak, pastu asyik laparrrr je manjang.
Tu la kesilapan kita bila kita tak faham how our body works.
So sekarang nak pilih makanan yang tinggi GI ke rendah GI?
Tuesday, 30 November 2021
Resepi Nasi Kerabu
Nasi Kerabu ni nak kata feveret all the time tidak jugak. Tapi being a 'Woman' ni memang ada mood nak makan sesuatu tu secara spesifik kan?
Kisahnya, Jadilah Nasi Kerabu versi Hari Jumaat (sebab kaler hijau)
Padahal sebab takde bunga telang atau pewarna biru. Dulu ada kat tepi rumah, habis ku racun sekali rumput. Sekarang mencari, takde. Adan uke.
So, kalau uolls nk mencuba bole la cuba resepi pestime Niza ni selepas menggodek resepi dari chef google.
Anggaran 2-3orang makan je
Bahan²:
#Sambal1
- 3sudu bawang besar/merah blender
- 1 sudu bawang putih blender
- 1batang serai dititik
- 2 sudu makan budu
- 1/2 cawan santan (niza guna santan kotak kara)
- sedikit garam, perasa, gula
- sedikit air
- minyak untuk menumis
- halia 1 inci cincang atau blender dengan bawang tadi.
- 1sudu setengah cili kering yang di blender (ikut tahap kepedasan yang uoll nak)
Cara²:
- Tumis bawang besar, bawang putih, halia.
- Masukkan serai, kacau sampai wangi. Masukkan cili kering sampai pecah minyak
- Masukkan santan, dan sedikit air. Kacau rata. Jgan biarkan lama tak dikacau takut santan tu berketul.
- Masukkan budu, kacau lagi.
- Masukkan gula, perasa, garam(letak sikit dulu n rasa takut terlebih masin sebab budu dah masin).
- Masak sampai mendidih, dah siap.
#Sambal2
Bahan² :
- 10-12tangkai cili padi
- setengah ruas jari kelinking belacan

- sedikit garam, gula
Cara² :
- blend semua, dah siap. Part ni paling suka sebab senang


#KelapaIsiIkan (maafkan den oqhang kedah. Ku taktau apo namanya benda ni

Bahan² :
- 1 cawan kelapa parut di goreng tanpa minyak sampai kering
- 4 ekor ikan direbus dengan sedikit garam
- 2batang serai potong halus
- 3 sudu bawang blender ( atau 3biji bawang merah)
- sedikit gula, garam, perasa
Cara²:
- Tumbuk kesemua bahan. Agak tak muat, tumbuk la sikit². Last sekali gaul semua bagi rata.
#Nasi
Bahan²:
- beras
- air bunga telang/pewarna biru/hijau (Niza guna pewarna hijau je)
- 50ml susu cair (optional)
- 2 helai daun pandan ikat tepi

Cara²:
- basuh beras n masukkan susun air ikut sukatan macam masak nasi biasa aje laa..
- masukkan daun pandan untuk bau wangi.
- secubit garam, kulit kayu manis, bunga lawang sekuntuk campak sekli dalam periuk. Dah tekan suis biar sampai dia msak

#SayurUlaman
Bahan²:
- kobis
- kacang panjang
- Bunga Kantan
- Daun kesum
Potong semua halus² dan gaul semuanya.
Lauk tu korang goreng la ayam ke ikan ke celup tepung terpulang la. Ikut tekak masing²
Bawang tu kebanyakan niza ikut sukatan sudu sebab kat rumah ni memang niza suka blend sesiap bawang buat paste.
Sekian resepi versi nubis

Endometriosis Punca Sukar Hamil
Sekilas Endometriosis
-Penyakit tisu bahagian dalam Rahim
(endometrium)yang tumbuh di luar Rahim (tempat lain).
-Menyebabkan tisu endometrial menebal dan
‘berdarah’ (datang bulan) pada setiap kitaran haid. Tisu ini jika tidak
disingkirkan akan menyebabkan terjadinya keradangan pada kawasan tersebut.
-Darah haid yang terkumpul di kawasan tadi
boleh menjadi punca kepada cyst.
Punca Endometriosis
- Retrogade Menstruation
Period terlalu banyak dan darah haid ‘naik’
balik ke tiup fallopian & keluar ke bahagian abdomen.
Pesakit endometriosis menghasilkan darah haid
lebih banyak berbanding orang biasa.
- Coelamic metaplasia
Sel dalam pelvis boleh bertukar dengan
sendirinya kepada sel endometrium.
Bagaimana Endometriosis boleh menyebabkan
ketidaksuburan?
- Berlakunya keradangan (inflammation) pada
kawasan terlibat (kawasan terdapat sel endometrium selain Rahim).
- Keradangan yang kronik akan menganggu
struktur dan fungsi organ di dalam kawasan pelvis (organ peranakan di dalam
pelvis akan melekat satu sama lain)
1. KESAN TOKSIK
- terhasil ‘cytokine’ dari keradangan yang
berlaku yang menyebabkan ketidaksuburan.
2. CYTOKINE YANG TINGGI
- Menganggu fungsi ovary dalam penghasilan
ovum.
3. KERADANGAN YANG KRONIK
- Menyebabkan struktur dan lokasi organ
peranakan seperti Rahim, ovary,tiup fallopian berubah dan tersumbat (sperma
tidak mampu menembusi dan bersenyawa dalam ovary).
Cara Mengatasi Endometriosis
Endometriosis asasnya tidak dapat diubati secara semulajadi melainkan dengan rawatan perubatan. Namun, Endometriosis dapat di elakkan dengan beberapa perubahan gaya hidup yang sihat.
1. Menjaga Pemakanan
Ada teori yang mengatakan bahawa pemakan yang berlemak mempnegaruhi penghasilan Prostaglandin dalam tubuh wanita. Penghasilan Prostaglandin yang tinggi akan mempengaruhi paras estrogen yang tinggi dan sekaligus mempengaruhi pemebentukan Endometrium.
Terdapat juga kajian yang menyatakan individu yang gemar memakan sayuran hijau dan buah segar membantu dalam penurunan risiko endometriosis. Wanita yang gemar memakan daging merah lebih memiliki risiko yang lebih tinggi.
Makanan seperti makanan proses, produk tenusu (seperti keju, dll) juga gula akan meningkatkan risiko keradangan dalam tubuh.
Selain dari memperbanyakkan makan sayuran hijau dan buah-buahan segar, kajian juga menyatakan mengurangkan makan yang menyebabkan keradangan jugak membantu menurunkan risiko menghidapi Endometriosis.
Makanan atau Suplemen anti-radang juga membantu dalam menurunkan risiko Endometriosis.
2. Bersenam secara berkala
Satu kajian menyatakan Wanita yang kerap bersenam secara berkalaseperti joging, aerobik dan berbasikal mempunya risiko yang lebih rendah untuk terkena endometriosis.
Bagaimana bersenam dapat membantu mengurangakn risiko endometriosis?
a) Melancarkan pengaliran darah ke seluruh organ tubuh
b) Mememlihara nutriri dan aliran oksigen ke sistem tubuh
c) mengurangi stress
d) Membawa hormon Endorfin ke dalam otak yang dapat mengurangkan rasa sakit.
3. Hindari Stress
Gejala Endometriosis akan bertambah teruk jika seseorang dalam keadaan stress. Pengawalan stress dengan teknik pernafasan, menghindari situasi yang stress dan bertenang dapat mengurangkan penghasilan hormon stress.
Kuncinya disini adalah, seseorang harus mengubah gaya hidup yang lebih sihat.
Thediagnosis.com
Myhealth.gov.my
Hellosehat.com
Tuesday, 10 August 2021
Azizul Hasni Awang di Olimpik Tokyo 2020
Tahniah Malaysia! Masih belum reda demam Olimpik Tokyo 2020 yang di tunda ke Tahun ini akibat Pandemik Covid19.
Alhamdulillah hari ini kita nak bercerita tentang Pingat Perak yang dimenangi oleh Dato' Azizul Hasni dalam acara Keirin.
Apa acara Keirin ni sebenarnya?
Keirin ni berasal dari Jepun yang membawa maksud 'Perlumbaan Beroda' yang mana acara ini mulanya dimainkan sebagai acara Perjudian pada tahun 1948 seperti acara lumba kuda.
Acara Keirin mula diiktiraf sebagai acara rasmi oleh Union Cycliste International (UCI) - Persekutuan Basikal Antarabangsa.
Pada Tahun 1996, acara Keirin dimasukkan ke dalam mesyuarat jawatankuasa Olimpik untuk diundi sama ada hendak dimasukkan sebagai acara rasmi Olimpik dan secara rasmi nya acara Keirin dimasukkan sebagai acara rasmi Olimpik.
Pada Tahun 2000 di Olimpik Sydney, acara Keirin mula dimenangi Pengayuh dari Perancis, Florian Rousseau. Dan diikuti oleh Sir Chris Hoy dari Britain yang memenangi Pingat emas sebanyak dua kali semasa Olimpik 2008 dan 2012.