السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Isu Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Isu Shaklee. Show all posts

Monday, 11 August 2014

Shaklee Sokong Israel??!

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera.

Menjadi Hot Isu Boikot barangan Israel kebelakangan ini berikutan kekejaman Zionis yang menyerang suadara-saudara Islam kita di Gaza sana.
Ya. InsyaAllah boikot mereka! #boikotsampaiguling apa-apa sahaja yang menyumbang kepada ekonomi mereka. Itu merupakan jihad kecil kita. InsyaAllah. Tapi Wajib di ingat, boikot ini BUKAN BERMUSIM.

Sampai ada segelintir dari kita bila di sebut,boikot McD! ok. jom boikot. boikot Nestle! ok. jom boikot. Ikut-ikutan..
connntohhh... Perlulah kita ambil tahu. CAKNA KENAPA perlu boikot.

ok lah, tak nak saya panjang-panjangkan perkara ini.
Berbalik kepada title.

Beberapa hari lepas, panas jugak d FB, d whatsapp dan laman sosial lain yang menimbulkan isu bahawa SHAKLEE MENYOKONG ISRAEL. *tarik nafas
Sebagai seorang distributor Shaklee, saya rasa menjadi kewajipan saya untuk ambil tahu dan selidik perkara ini. Mananya tidak, SEANDAINYA benar perkara tersebut, masakan saya hanya boleh goyang kaki tengok saja sedangkan saudara seakidah saya terus di tindas?

Alkisahnya kenyataan dari Laman FaceBook UZAR beberapa hari lalu sedikit mencetus kepanasan isu Boikot Shaklee bagi segelintir insan yang tidak sempat menghadam persoalan yang ditimbulkan pada link yang di share oleh UZAR.

bagi saya, ianya merupakan PERSOALAN. Bukan lah sebuah PENYATAAN.




tak dapat saya pautkan link ke fb beliau berikutan link yang d share telah di lupuskan dari page tersebut.

Hal ini agak menimbulkan kontroversi dalam kalangan manusia-manusia yang pro-anti SHAKLEE ini. pesan pada diri, JANGAN CEPAT MELATAH.
andai dapat sesuatu berita, selidik, selidik, dan selidik lah sehingga dapat bukti yang benar. dan kemudian terserah untuk memegang hujah tersebut atau sebaliknya.
Seperti yang di petik juga dari blok UZAR. *sejujurnya UZAR merupakan tokoh yang saya hormati dalam bidang ilmu Muamalat beliau.



Kenyataan dan hujah beliau ini boleh di baca melalui blog beliau UZAR.

Jelas. Perlu ada bukti untuk MENUDUH sesebuah agensi/syarikat itu menjadi funder kepada israel atau sebaliknya.

 Untuk menuduh CEO Shaklee ; Mr. Roger Barnett sebagai penyokong israel pun tiadalah BUKTI yang nyata hanya di sebabkan Mr. Roger Barnett merupakan anggota dalam pertubuhan The Ellie Wessel Foundation For Humanity yang membuat tuduhan buruk terhadap hamas. Hal ini andai di fikirkan secara logiknya, MUNGKIN LOGIK Pertubuhan The Ellie Wessel Foundation For Humanity ini menyokong Israel. Mungkin. saya ulang, MUNGKIN.

Dan satu lagi kenyataan yang perlu di hadam adalah, Mr. Roger Barnett merupakan seorang tokoh yang  berjaya dan di segani oleh kaum bangsa beliau. Bahkan, beliau bukan sekadar CEO Shaklee, anggota pertubuhan The Ellie Wessel Foundation For Humanity, tapi merupakan anggota atau chairman bagi banyaaakkk lagi company dan pertubuhan kemanusiaan (baca: humanity). Jadi ini adalah inisiatif individu Mr. Roger Barnett sendiri, adakah fakta ini layak dan sepatutnya di sandarkan kepada Shaklee ? *ini merupakan soalan. bukan kenyataan.


Walaubagaimanapun putar belit yang MUNGKIN di buat oleh SEGELINTIR insan yang MUNGKIN ANTI Shaklee, merujuk kepada kenyataan UZAR dlm link yang saya pautkan di atas, "HARUS jual beli...........selagi mana ; d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi....*bole rujuk link/foto di atas


Maka dengan itu, saya sebagai pengedar rasmi Shaklee, ingin HEBAHkan  PENYATAAN dari Pihak Shaklee sendiri.


sekian sekadar Berkongsi/ SHARE hebahan dari Shaklee sendiri.

*PERLU anda CAKNA di sini adalah; SHAKLEE merupakan sebuah SYARIKAT. Bukan individu.



p/s: segala tulisan di dalam entri ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri dan saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang KECEDERAAN yang berlaku semasa atau selepas  menjelajah entri ini. sekian terima kasih. :)

wallahua'lam.

NizaAhmad


Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved