السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Teh Hijau. Show all posts
Showing posts with label Teh Hijau. Show all posts

Saturday, 12 December 2020

Waktu Terbaik Minum Teh Hijau

Teh Hijau dikenali dengan pelbagai manfaatnya untuk kesihatan baik yang mengidamkan tubuh yang slim dan cantik, ada juga mengamalkan teh hijau untuk kulit yang awet muda.

Tidak hairan lah orang-orang Jepun suka mengamalkan teh hijau sebagai minuman utama mereka.

Teh hijau yang Niza maksudkan di sini adalah teh hijau asli yang belum di campur dengan pewarna, creamer dan sebagainya tu tau! Yang tu lain cerita =D

Ok, jadi sepatutnya waktu bila terbaik untuk kita minum teh hijau ni? Ada yang minum teh hijau sepanjang hari sebagai 'air detox', ada juga yang minum ketika sarapan pagi dan sebagainya.

Sebenarnya waktu terbaik dan berkesan untuk minum Teh Hijau adalah bergantung pada tujuan dan manfaat utama yang ingin kita dapatkan daripada Teh Hijau ni.


Teh Hijau Sebagai Anti-oksidan 

Jika anda mengamalkan teh hijau sebagai anti-oksidan yang tinggi, waktu terbaik untuk minum adalah di antara waktu makan utama. Sebaiknya selang 1-2 jam sebelum atau selepas makan. Hal ini untuk memastikan 'catechin' (salah satu major anti-oksidan) tidak bertindak balas dengan 'casein' yang terdapat dalam susu atau mana-mana protein haiwan yang kita makan.

Penjarakan waktu ini juga untuk mengelakkan kandungan kafein dalam teh hijau dari menghalang penyerapan kalsium & non-heme iron (zat besi dari tumbuhan) yang akan menyebabkan masalah untuk pnghidap penyakit anemia.


Teh Hijau sebagai Penggalak Penurunan Berat Badan

Teh hijau mampu meningkatkan metabolisme badan dan menghalang penyerapan lemak.
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan dengan teh hijau, bolehlah mengambil teh hijau bersama ketika waktu makan. 

Teh hijau bersifat alkali dan akan menggalakkan rembesan gastric acid. Jika perut anda tidak sensitif, bolehlah ambil teh hijausebelum makan berat.

Waktu Terbaik Minum Teh Hijau


Waktu Terbaik Minum Teh Hijau Tanpa Kesan Sampingan

1. Elakkan minum teh hijau awal pagi ketika perut kosong . Ini akan menyebabkan anda dehidrasi kerana kandungan kafein dalam teh hijau akan menyebabkan sakit perut akibat rembesan gastric acid.

2. Elakkan minum teh hijau ketika makan kerana teh hijau akan mengurangkan penyerapan Vitamin Thiamin ( Vitamin B1)


Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved