السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Cerdas. Show all posts
Showing posts with label Cerdas. Show all posts

Saturday, 27 August 2016

7 Cara Memastikan Otak Yang Cergas

Assalamualaikum wbt,

Otak merupakan organ yang sangat penting dalam tubuh manusia kerana otak memainkan peranan penting bagi seluruh sistem tubuh seperti mengawalatur dan memberi arahan supaya sistem tubuh berfungsi dengan normal dan baik. 

Otak yang sihat lahir dari tubuh badan yang sihat dan lengkap dengan nutrisi yang seimbang.

7tips otak cerdas


Bagi meningkatkan fungsi otak dan menjamin kecerdasan otak, berikut merupakan aktiviti yang boleh dilakukan :

1. Senaman Neurobic

Senaman neurobic merupakan senaman yang melibatkan otak dan menghubungkan neuron. Pelbagai aktiviti seperti menyelesaikan puzzle, bermain teka-teki, bermain catur dan pelbagai aktivti yang memerlukan  kemahiran berfikir dan melibatkan otak.

2. Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat akan menyumbang kepada perkembangan otak yang sihat. Antara makanan yag bagus untuk minda/otak adalah makanan yang mengandungi omega-3 dan omega-6.

Asid lemak Omega-3 memainkan peranan penting dalam mengawalatur perembesan & keupayaan neurotransmitter dalam otak (meningkatkan keupayaan otak untuk bekerja)

Asid lemak Omega-6 pula memainkan peranan dalam peningkatan kekuatan daya ingatan.

Ketidakseimbangan asid lemak ini akan menyumbang kepada masalah kesukaran dalam pembelajaran, masalah sikap termasuklah gangguan disleksia dan autisme.

Selain itu, antara makanan yang menggalakkan fungsi otak adalah seperti telur, avocado, tomato, kobis merah dan halia.

3. Mencuba sesuatu yang baru

Sesuatu aktiviti yang terbiasa dilakukan akan disimpan dalam memori otak dan menjadikan kita kurang mengoptimumkan penggunaan otak. Aktiviti baru dapat meransang otak untuk berfikir sekaligus menyambung neuron dalam otak. 

Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah dengan mempelajari bahasa asing, memahami karya-karya tulisan dan seumpamanya.

4. Bersosial dengan orang ramai

Aktiviti bersosial seperti berbual, bertukar-tukar pendapat dan idea, perbincangan tentang suatu penyelesaian masalah dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan keupayaan berfikir.

5. Tidur yang cukup

Tidur merupakan kerehatan bagi otak setelah seharian bekerja. Rehat yang cukup dapat meningkatkan fungsinya dan menghindari otak dari tekanan yang berlebihan.

6. Bersenam

Senaman juga membantu dalam peningkatan fungsi otak. Kajian menunjukkan dengan membuat senaman seperti berjoging, berbasikal, berenang atau berjalan pantas dapat membantu pengaliran darah yang baik ke otak sekaligus mmbekalkan oksigen yang cukup untuk fungsi otak.


7. Pengambilan ubat-ubatan yang terkawal

Pengambilan ubat-ubatan hendaklah dalam pantauan ahli perubatan. Hal ini kerana ubat-ubatan yang mengandungi bahan-bahan yang menghalang neurotransmitter atau pembentukannya akan membantutkan fungsi otak.


Secara kesimpulannya, keberhasilan dan peningkatan otak dapat dipertingkatkan dengan gaya hidup yang sihat dan berkesan, Keupayaan otak yang baik mampu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan dengan kemahiran kognitif seperta daya ingatan, menganalisa, penyelesaian masalah dan seumpama dengannya.

Niza Ahmad,
014.567.1920
Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved