السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Cara Mengatasi Gastrik. Show all posts
Showing posts with label Cara Mengatasi Gastrik. Show all posts

Friday, 15 July 2016

18 Cara Atasi Gastrik Secara Semulajadi


Assalamualaikum wbt.

Menjadi suatu ‘kesengsaraan’ apabila GASTRIK menyerang kan?
Sepanjang bergelar mahasiswa di universiti, Allah temukan saya dengan ramaiiii sahabat-sahabat yang mengalami masalah Gastrik ni. Lewat makan, masuk angin dan mula lah gastrik menyerang. Sakitnya gastrik tu tak dapat saya bayangkan kerana Alhamdulillah saya bukan salah seorang dari mereka. Jadi, bagi orang-orang yang tergolong dalam kalangan pernah dan selalu mengalami Gastrik, apa yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah ni? Semoga 18 Cara Atasi Gastrik ini mampu membantu anda. ^^


Gastrik










1. Jangan tinggal Sarapan!


- Bagi anda yang selalu mengalami Gastrik, biasakan dan amalkan ambil sarapan awal pagi. Jangaaannn tinggal sarapan. Ini kerana, perut yang kosong akan menjadi asid yang dirembeskan dalam perut menjadikan perut pedih dan memberi ruang untuk Gastrik menyerang



2. Elakkan sarapan/makan dengan makanan berasid(masam) atau pedas

- Jika anda seorang penggemar makanan masam/pedas, belajarlah untuk kurang-kurangkan kesukaan anda tu ^^ . Makanan yang masam dan pedas akan meninggalkan kesan ketidakselesaan pada perut.



3. Biasakan makanan yang bersifat alkali

- Makanan yang bersifat alkali sangat membantu untuk meneutralkan asid dalam perut.





Sayur-sayuran bersifat alkali 




4. Makan lebih kerap (dengan kuantiti yang sedikit)


- Makan dengan kadar yang kerap akan mengurangkan keasidan di dalam perut. Asid yang dirembeskan dalam perut dapat digunakan untuk mencerna/memproses makanan yang dimakan.



5. Elakkan makan yang mempunyai bahan pengawet

- Elakkan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makan yang diperap dan dijeruk. Makanan saperti ini mempunyai pH keasidan yang agak tinggi.

- Walaupun mustahil untuk mendapatkan makanan tanpa pengawet pada zaman yang serba ‘mudah’ ini, namun anda punyai pilihan untuk memilih makanan yang KURANG bahan pengawet.



6.Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa


- Makan terlalu banyak pada satu masa akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut seperti sneak,kembung dan seumpamanya.



7. Berhenti mengambil ubat tahan sakit (pain killer)


- Kita selalu dibiasakan dengan ubat tahan sakit. Sakit sikit painkiller yang di cari. Dos ubat tahan sakit yang tidak terkawal akan memberi kesan pada perut disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam ubat tahan sakit tersebut.



8. BERHENTI Merokok, minuman beralkohol & minuman bikarbonat


- Buat anda yang biasa dengan rokok atau minuman beralkohol, perlahan-lahan tinggalkan tabiat yang tidak sihat ini! Kandungan rokok dan alcohol sangat memberi kesan yang bahaya pada tubuh anda.
- Minuman bikarbonat atau bergas bersifat tajam dan mampu memberi kesan pada perut.



9. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari

- Tubuh kita memerlukan air yang banyak untuk memfungsikan sistem dalam tubuh dengan baik.
- Air yang banyak mampu mengurankan pH asid dalam perut/tubuh



10. Makan/minum air bersumberkan halia

- Halia sangat membantu membuang angina dalam tubuh.



11. Minum Susu

- Susu bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid dalam perut.



12. Makan Bawang putih bakar

- Bawang putih sangat membantu melawas, membuang angina akibat gastrik.
- Cara-caranya, bakal seulas bawang putih selama 1-2 minit, kemudian kupas kulitnya dan basuhkan sedikit bahagian kehitaman akibat dibakar dan kunyah begitu sahaja. Walaupun rasanya kurang enak, namun ianya sangat bagus untuk mengatasi gastrik. ^^



13. Menggigit bunga cengkih

- Dengan menggigit bunga cengkih mampu menghasilkan air liur yang sangat membantu untuk penghadaman.



14. Minum air bersama Habbatus Sauda’

- Habbatus sauda’ merupakan makanan sunnah yang dipercayai mampu mengubati pelbagai penyakit.



15. Amalkan meminum air kelapa dan buah-buahan segar


- Air kelapa dan buah segar seperti pisang mempunyai pH yang tinggi yang mampu menutralkan asid dan melindungi perut dari asid dalam perut.



16. Belajar untuk mengawal tekanan

- Tekanan mampu menganggu hormone dan sistem tubuh. Sistem tubuh yang tidak stabil mampu menjejaskan kesihatan anda.



17. Ambil Vitamin B12, Vitamin E dan Vitamin C

- Semasa gastrik menyerang, vitamin-vitamin akan rosak dan dimusnahkan. Jadi, ambillah makanan yang mempunyai vitamin-vitamin tersebut untuk menggantikannya semula.



18. Lewatkan bersahur

- Bagi anda yang ingin berpuasa, lewatkanlah waktu bersahur sekitar +- 1jam sebelum waktu imsak supaya makanan yang diproses mampu memberi tenaga untuk anda bekerja sepanjang hari.


Kesimpulannya, amalkan lah pemakanan dan gaya hidup sihat untuk hidup yang berkualiti dan produktif! Selamat beramal dan semoga anda dikurniakan kesembuhan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. ^^

Niza Ahmad,
014-5671920


Thursday, 14 July 2016

Set Gastrik


Assalamualaikum wbt

ANDA MEMPUNYAI GASTRIK?
PEDIH PERUT SAAT GASTRIK MENYERANG?
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pantang lewat makan, pedih perut!
Pantang makan pedas, pedih perut!
Pantang salah makan, pedih perut!
Pantang makan masam, pedih perut!

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan risau, Alhamdulillah ramai yang dah berjaya ikhtiar bersama produk Selamat,Semulajadi dan Berkesan dari syarikat Hijau ni! >_<
Apa yang sesuai di ambil oleh pesakit Gastrik?

1. Energy Soy Protein (ESP)
2. Peppermint-Ginger Plus
3. Alfalfa

Kenapa 3 Produk ni??


ESP

·         ESP
- Pembekal tenaga segera
- Mengandungi Protin : merupakan bahan utama dalam pembentukan tisu > organ > sistem penghadaman
- Mempunyai indeks glisemik yang rendah : melepaskan glukos perlahan-lahan dalam tubuh (memberi efek kenyang dalam jangka masa yang panjang)





Peppermint-Ginger Plus

·         Peppermint-Ginger Plus
- Mencegah masalah gastrik dan masalah penghadaman
- Mencuci usus dan perut
- Membantu penghadaman





Alfalfa

·         Alfalfa
- Membantu dalam perubahan patologi dalam usus & perut
- Membaiki masalah penghadaman

- Bersifat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut.



Gabungan ketiga-tiga produk ini mampu membantu mengatasi masalah Gastrik anda! Jom dapatkan segera. ^^


Niza Ahmad,
014-5671920.
Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved