السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Protein. Show all posts
Showing posts with label Protein. Show all posts

Thursday, 21 July 2016

13 Makanan Tinggi Protein


 Assalamualaikum wbt

Mengapa Protein dikatakan bagus untuk DIET berbanding Karbohidrat?

Protein Berfungsi :


1. Bertindak sebagai sumber tenaga
2. Mengatur keseimbangan kadar asid dalam sel
3. Mampu meningkatkan kadar metabolisme
4. Membentuk dan mempernbaiki otot yang rosak
5. Memperbaiki di peringkat sel
6. Protein juga mampu meransang pengeluaran hormon yang menenggelamkan rasa lapar
7. Tubuh membakar lebih banyak kalori ketika makan makanan yang tinggi PROTEIN                berbanding KARBOHIDRAT


Jenis-jenis Protein:



1. Protein Nabati (Protein berasaskan tumbuhan)
 - cth : Tauhu, tempe, kacang badam dll


2. Protein Hewani (Protein berasakan haiwan)
 - cth : ikan, telur, susu kambing dll




Makanan Mengandungi Tinggi Protein:


1. Dada Ayam (28gm/100gm)
- Dada Ayam mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak berbanding bahagian ayam yang lain.

2. Daging Kambing (24gm/100gm)

3. Daging Lembu (20.3 gm/100gm)

4. Udang (20.3 gm/100gm)

5. Ikan Salmon (20.35gm/100gm)
- Ikan Salmon mengandungi omega-3 yang baik untuk tubuh dan kandungan kalori yang Rendah.

6. Ikan Tuna (29gm/100gm)

7. Telur (12.6gm/100gm)

8. Susu Kambing(3.5gm/100gm)

9. Keju (21gm/100gm)

10. Kacang Soya (36.49gm/100gm)

11. Kacang Badam (21.22gm/100gm)

12. Brokoli (2.82gm/100gm)

13. Bayam (3.6gm/100gm)



Pilihlah makanan yang mengandungi protein tinggi berbanding karbohidrat kerana Protein akan memberi kesan kenyang dalam jangka masa yang panjang.

Semoga entry kali ini bermanfaat! ^^



Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved