السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, 24 September 2019

Kesan Jerebu kepada Kesihatan

September 2019, Malaysia dikecohkan dengan fenomena Jerebu yang melanda di kebanyakan tempat di negara kita.

Hingga kini kadar jerebu yang belum reda menyebabkan sekolah-sekolah di beberapa buah daerah di arahkan tutup untuk memastikan kesihatan dan keselamatan para pelajar.


haze in malaysia



Jerebu : Jerebu adalah satu fenomena yang terjadi disebakan kewujudan banyaka partikel kecil atau zarah kecil yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terapung-apung di udara. Zarah ini mungkin berasal secara semulajadi atau kesan sampingan dari aktiviti manusia.

Apabila zarah ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok, ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Hal ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.


Akibat jerebu ini menjadikan indeks udara negara kita diklasifikasikan sebagai tercemar. Udara tercemar ini mempunyai kandungan toksik yang berbahaya untuk kita. 

Antara Kesan jerebu kepada kesihatan kita dan keluarga :-
  1. Asthma
  2. Bronkitis
  3. Radang paru-paru
  4. Batuk berterusan
  5. Alahan/allergik
  6. Sakit mata (gatal & kemerahan)
  7. Mudah dijangkiti selesema dan demam
  8. Gatal tekak 

Kesan-kesan di atas dapat di alami sama ada warga tua, dewasa mahupun kanak-kanak.

Keratan Akhbar ketika Jerebu 2012


"PUTRAJAYA: Jumlah pesakit bagi kes berkaitan konjunktivitis (mata) meningkat 20 hingga 30 peratus di 42 hospital kerajaan seluruh negara kesan jerebu teruk sekarang.

Ketua Perkhidmatan Oftalmologi Kementerian Kesihatan, Dr Nor Fariza Ngah, berkata peningkatan itu adalah keadaan biasa setiap kali musim jerebu melanda negara.
“Kita dapati peningkatan 20 hingga 30 peratus pesakit di klinik mata kerajaan bagi mendapatkan rawatan mata akibat jerebu... "
- Berita Harian, 17 September 2019

Peningkatan penyakit berkaitan semasa jerebu.


Jadi, mari tingkatkan pengawasan anak-anak dan keluarga ketika musim Jerebu.
Amalkan juga tips-tips kesihatan yang berguna untuk anda sekeluarga.😉
Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved