السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label alam. Show all posts
Showing posts with label alam. Show all posts

Tuesday, 6 August 2019

Cactus Survivals

Kenapa kaktus berduri banyak?

Uniknya kaktus ni Allah ciptakannya boleh survive walaupun di padang gurun yang panas.

Disebabkan pokok kaktus yang tumbuhnya di kawasan yang kurang air, duri kaktus ni berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air. Sekaligus menyekat aliran udara berhampiran.

Jika tumbuhan lain mempunyai liang-liang kecil pada kulit dan daun untuk mengumpul karbon dioksida,dan menjalani fotosintesis di siang hari, kaktus pula terlepas dari proses ini disebabkan liangnya dibuka pada malam hari.

Bukaan liang-liang pada kaktus di malam hari pada suhu yang sejuk, kekurangan matahari dan angin lebih tenang membantu kaktus mengekalkan air untuk keperluannya dalam masa yang panjang.
Duri pada badanya pula membantu melindungi diri kaktus dari haiwan yang dahaga mencari minuman dari tumbuhan.



Jika tumbuhan yang kukuh lagi utuh lain mempunyai akar yang mencengkam ke tanah untuk mencari bekalan air bawah tanah, lain pula kisahnya dengan kaktus!

Kaktus mempunyai akar yang pendek dan mengembang di bawah permukaan tanah. Akar ini lah yang bersedia menyerap sebanyak mungkin air ketika hujan!

Apabila hujan, akar kaktus akan mengeluarkan lebih banyak cabang akar.

Kesimpulannya, tiap apa pun hidupan yang Allah ciptakan pasti ada keistimewaan yang Allah sertakan bersama.

Jadilah kita insan-insan yang bijak mengambil ruang dan peluang di setiap kesempatan mahupan kesempitan hidup.

Terus menjadi survivor!
Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved