السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, 25 October 2019

Resepi Cucur Jawa - Senang je Rupanya!

Cik R ni sukar dijangka. Kadang datang sendiri tanpa di duga. 

Tapi kalau di cari, tak kunjung tiba.

Jadi, di pagi Jumaat yang indah ni, maka muncul cik R ni menyebabkan terhasilnya cucur jawa ni.
orang Kedah kata 'coq jawa' 😂 atau ada orang gelar cucur topi.

owh Cik R tu = Rajin

Ha sukati la, yang penting benda yang sama.

Cucur Jawa ni memang all time feveret Niza la. Tambah zaman sekaran ni susah beno nak jumpa. Kalau sebelum ni nak makan, memang Niza cari je kalau ada jual. Kalau ada tu, rezeki la. Kalau tak ada, pasrahkan saja.😆

Tak pernah terfikir nak buat pun sebab ingatkan susah bebeno. Ye la, tengok rupa yang complicated tu dah seram nak cuba.


cucur topi


Sampaikan ada sahabat tanya, bentuk dia tu guna acuan karipap ke jadi macam tu?

Tergelak Niza dibuatnya. Kreatif betul soalan.

Ok jadi, itu lah kejadiannya cucur Jawa dari seorang beginner yang baru keluar dari 'gua' ingatkan susah nak buat cucur jawa.

Dah, sebelum Niza merapu lagi panjang, jom tengok resepi senang yakmaaattt yang mana korang pun bole cuba buat kat rumah ok!

BAHAN-BAHAN :
1. 1 Cawan air suam
2. 1 Cawan Gula putih (bole guna 3/4 cawan je kalau nak kurang manis)
3. 1 Cawan Gula merah
4. 2 Cawan Tepung gandum
5. 2 Cawan Tepung beras
6. 1 sudu teh garam


CARA-CARA:
1. Satukan gula putih, gula merah, dengan air suam. Kacau hingga larut gulanya dan tapis.

2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam ke dalam adunan air gula tadi. Kacau dan pukul sebati. Kalau pekat sangat adunan, boleh lah tambah air suam sikit demi sikit hingga adunan tidak terlalu pekat.

3. Peram adunan sekurang-kurangnya 3 jam. Lebih baik, semalaman. Niza bancuh adunan semalam dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah yang biasa tu. 

Keesokannya dah boleh menggoreng!

Owh ya, kalau dah peram semalaman dalam peti sejuk, biasanya adunan akan jadi kembali pekat. Jadi, sebelum menggoreng, korang boleh lah tambah sikit demi sikit air suam untuk kurangkan kepekatan adunan tu.

4. Untuk menggoreng, gunakan 2-3 senduk minyak je. Asalkan cucur nak di goreng tu sedikit tenggelam dek minyak.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana, bila dah panas boleh perlahankan api. Tuang adunan menggunakan senduk saiz sederhana. Biarkan cucur terbentuk dengan sendirinya sambil tu, boleh kuis minyak di sekeliling cucur ke bahagian atas cucur.

Dah agak-agak masak, bole terbalikkan cucur dan biarkan sekejap untuk masak bahagian bawah. 

6. Dah siap, boleh angkat dan letak atas redai atau lapik tisu untuk serap minyak.

Kemudian, siap di makan! Sambung la menggoreng cucur jawa korang tu sampai puas hati.😋

Disebabkan ini first time buat, maka Niza tak ada gambar atau video yang dirakam semasa proses membuat kuih ni.

InsyaAllah kita cuba lagi lain kali okeh!

Dah cuba jangan lupa komen 😎

Selamat Mencuba!


Friday, 23 August 2019

Resepi Tart Cheese Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum & Hi!


Kalau semalam Niza dah share Resepi Tart Shell yang mudah wa senang yakmat untuk korang cuba buat kat rumah, hari ni Niza nak Share Resepi Tart Cheese pulak !


Dah ada Tart Shell, nak buat apa?


Boleh laa buat tart Cheese ke tart Telur ke. Tapi hari ni Niza share version Tart Cheese dulu ye.


ok, jom mula!


Untuk Tart Shell korang bole refer sini resepinya.sekarang jom skip terus untuk buat filling Cheese untuk tart tu. ><



BAHAN-BAHAN:


1. 250gm cream cheese
2. 50gm gula kastor / gula halus
3. 1 biji telur Saiz B
4. ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


CARA-CARA:

1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


4. Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Nota kaki :Untuk korang yang suka tart cheese yang versi berperisa blueberry ke, strawberry ke boleh lah piping dulu jem sedikit ke dalam tart sebelum piping Cheese tu ye. 


* Kemudian boleh la korang hiaskan ikut sesedap mata memandang. Kalau hiasan tu berbentuk buah ke, coklat ke, bakar la dulu tart selepas piping Cheese tu.Kemudian baru tempek coklat ke buah-buahan ke ikut sukahati korang.


Kalau sekadar nak loretkan atau lukis menggunakan pewarna, maka bole terus loretkan dan bakar. 😉


5. Bakar pada suhu 160 darjah selama 7-10minit je.

Soo... tadaaaa!


Dah siap pun Tart Cheese..

Senang kan?

Dah cuba jangan lupa tinggalkan feedback ye. 😉

Thursday, 22 August 2019

Resepi Tart Shell

Teringin nak makan Cheese Tart? Di pasaran dah banyak sangat yang menjual Tart Shell yang dah siap kan? 

Namun, mesti kadang datang keraguan untuk beli. Betul tak? 

Sebabnya kita sendiri tak dapat pastikan apakah kandungan bahan yang digunakan, siap pula pembuatnya dan bagaimana proses pengeluar mengendalikan buatan Tart Shell tersebut dari sudut kebersihan dan seumpamanya.

Jadi, kenapa tidak korang cuba buat sendiri je? mudahhhh yakmat nak buatnya! Perlukan sedikit kerajinan je.😉



So, Jom Niza belanja korang cara nak buat Tart Shell yang mudah simple lagi senang! 




Bahan-bahan
*adunan untuk +/-50pcs Tart Shell saiz kecil

1. 170gm marjerin atau Butter
2. 50gm gula aising
3. 1 biji telur Gred C

4. 290gm tepung gandum

5. 1 sudu kecil esen vanilla

6. acuan tart



Cara-cara

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan pukul lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. pukul lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

**Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

**Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 

Selamat Mencuba! 


So, nah Niza belanje sikit gambar tart shell yang siap dibakar.
Mudah kan?

Dah cuba, jangan lupa tinggalkan feedback 😉

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved