السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Gaya Hidup Sihat. Show all posts
Showing posts with label Gaya Hidup Sihat. Show all posts

Saturday, 29 August 2015

5 Sebab Anda Perlu Ambil Vitamin dari Usia Muda!

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t,

"Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan".

Ha.. Begitulah umpamanya produk-produk suplemen, vitamin, kesihatan dan kecantikan yang ada di pasaran hari ini.

Hal ini membuktikan bahawa manusia kini kian 'terancam' dengan gaya hidup dan tahap kesihatan diri sehingga menyebabkan kita akur dan sedar bahawa kita memerlukan nutrisi/vitamin/suplemen tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh,

KENAPA anda perlu mengambil Vitamin/suplemen/nutrisi tambahan dari usia muda?

1. Pemakanan seharian yang tidak seimbang dan makan makanan yang terlebih masak. (hilang zat dan nutrien)



- Kecenderungan kita memilih makanan yang hanya 'sedap' pada selera kita tanpa menghiraukan nutrisi yang diperlukan tubuh menjadikan kita mengamalkan pemakanan seharian kita yang tidak seimbang mengikut piramid makanan menjadikan tubuh kekurangan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh,

- Selain itu, makanan yang dimasak terlalu lama di atas dapur juga akan kehilangan zat semasa proses memasak yang disebabkan oleh suhu yang panas.


2. Buah-buahan dan sayuran yang tercemar dengan racun perosak.


"Saya selalu masak di rumah!". "Hari-hari saya pastikan family saya makan sayur-sayuran dan  buah-buahan".. Syabas! Ini menunjukkan anda sangat komited untuk berikan yang terbaik buat keluarga anda. Tapi tahukah anda sejauh mana sayur-sayuran dan buah-buahan kita di pasaran segar dan bebas dari racun dan juga bahan kimia? * thinking :3 *


- Tidak sedikit yang kita tahu petani atau peladang-peladang yang menggunakan racun serangga bagi menjaga 'kebajikan' tanaman mereka dari serangga perosak bukan? melainkan anda menanam sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri =)

- Tidak kurang juga yang menggunakan  teknik GMO (Genetically Modified Organism) bagi mempercepatkan 'tumbesaran' tanaman dan haiwan. Ini menghasilkan sayur-sayuran atau buah-buah yang pra-matang. Adakah kita yakin juga tentang zat dan nutrisi yang terkandung di dalamnya??


3. Makanan segera (diproses)


Fast food merupakan makan 'feveret' yang last long bagi setiap lapisan masyarakat khusus di Malaysia. Sebut aje KFC, McD, SubWAY, bla bla bla.. jarang orang tak tahu :3
Tapi sejauh mana kita ambil peduli bagaimana makan tersebut di proses? Sebersih mana makanan tersebut disediakan? Paling utama, sebanyak mana zat dan nutrisi penting di salurkan ke dalam tubuh kita?

- Sesuai nama nya 'fast food' = makanan segera, setiap makanan yang disediakan dengan cara 'mudah' dan 'segera'. Bahan-bahan yang di awet, di 'kitar guna semula'. 

"Kasihani buah pinggang anda"

4. Tekanan stress/ fizikal



- Tekanan / stress sering 'menghantui' sesiapa saja tak kira usia dan bangsa. heh.
Tekanan dengan kerja, belajar, orang sekeliling dan apa jua penyebabnya boleh memberi impak kepada musnahnya vitamin-vitamin penting dalam tubuh seperti B2, B5, B6 dan vit C.

- Jelas lagi nyata tanpa kita sedar zat dan nutrisi yang sambil lewa 'kita jaga' di dalam tubuh mampu termusnah dan merencatkan aktiviti-aktiviti sel dalam tubuh. Kesannya mungkin tak keihatan esok atau lusa. Tapi saat kita tak mampu berbuat apa melainkan menangung akibatnya.


5. Pengambilan ubat-ubatan menganggu penyerapan zat makanan.



- Pengambilan ubat-ubatan seperti painkiller, antibiotik dan seumpamanya mampu menganggu kadar serapan zat dan nutrisi dari makanan. 

- Kenapa ia berlaku? Ini disebabkan ubat-ubatan yang diperbuat dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya walaupun sedikit akan 'kekal' ataupun mengambil masa yang lama untuk disingkirkan dari buah pinggang. Hal ini yang akan menjadikan zat dan nutrisi yang bakal diserap terganggu.


* Tarik nafasssss....hembus! Pejam mata sekejap dan fikir adakah salah satu senarai di atas dalam senarai 'gaya hidup' kita? Bertindak sekarang!

Semoga Bermanfaat buat pembaca budiman. =)










Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved