السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Promosi. Show all posts
Showing posts with label Promosi. Show all posts

Thursday, 11 August 2022

Kehamilan Sihat & Cergas dengan Set Hamil Shaklee

 

Set Hamil Shaklee

Tempoh Kehamilan merupakan tempoh yang mencabar buat ibu-ibu tak kira kehamilan yang keberapa kali sekalipun kerana setiap kehamilan mungkin memberi pengalaman dan cabaran berbeza bagi setiap Ibu. 

Terutama buat pengalaman kehamilan yang pertama, banyak yang perlu dipelajari sebagai persiapan dan kesediaan dalam menghadapi tempoh  yang bermakna bergelar ibu ini.


CABARAN SEMASA KEHAMILAN

Lain kehamilan, lain pengalaman nya. Kebanyakan cabaran semasa kehamilan termasuklah :

1. Alahan
2. Loya/Pening/Muntah
3. Kegatalan
4. Tiada selera makan
5. Letih/Lesu/Malas
6. Sesak nafas
7. Anemia/Pitam

Namun begitu, setiap pengalaman dan cabaran yang dialami si ibu kemungkinan kerana perubahan hormon yang berlaku dan ia hanyalah sementara dan mampu di atasi dengan pemakanan Sihat dan lengkap nutrisi untuk kesihatan ibu dan bayi yang di kandung.


MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA KEHAMILAN

1. Makanan Segera dan Diproses
Makanan segera dan makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang boleh membahayakan kesihatan ibu dan bayi. Selain itu, makanan ini mempunyai kandungan  nutrisi yang sangat rendah dan kemungkinan mempunyai kalori, kolestrol, gula yang tinggi.

2. Makanan Laut
Kebanyakan makanan laut mempunyai kadar merkuri yang tinggi yang mampu membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan. Walaupun ianya mempunyai kandungan protein dan Omega-3 yang baik untuk kandungan, ibu hendaklah memilih makanan laut yang selamat dan mempunyai kadar merkuri yang rendah.

Elakkan dari mengambil ikan seperti todak, Kerang serta makanan laut mentah seperti tiram mentah,sashimi kerana mempunyai risiko pencemaran 'Listeria' dari Bakteria Lesteria monocytes dan kurangkan pengambilan ikan tuna, salmon dan tenggiri.

Jangkitan akibat bakteria ini boleh menyebabkan :
-Kecacatan Kelahiran
-Keguguran
-Kematian Bayi
-Kelahiran pra-matang
-Jangkitan lain yang mengancam nyawa bayi

3. Makanan Yang bergula
Ibu Hamil memerlukan kalori makanan yang lebih tinggi berbanding biasa untuk menampung tumbesaran bayi. Namun makanan yang mengandungi gula yang tinggi sangat berbahaya untuk kandungan dan berisiko mendapat diabetes semasa kehamilan.

4. Kafein
Ibu hamil perlu elakkan makanan dan minuman berkafein seprti kopi, teh dan coklat.

Kafein berlebihan boleh menyebabkan gugup, resah, sukar tidur dan mudah marah.


RISIKO KEKURANGAN NUTRISI KETIKA KEHAMILAN

Kecukupan nutrisi semasa kehamilan sangat penting untuk menggalakkan tumbesaran janin dan bayi dalam kandungan.

Kekurangan nutrisi boleh menjejaskan kandungan samada kepada ibu atau bayi.

1. Kekurangan Zat besi dalam pemakanan boleh menyebabkan hb low atau anemia yang boleh merisikokan ibu untuk mudah pengsan atau pitam

2. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan gigi ibu rapuh bahkan berisiko untuk mengalami Osteoporosis.

3. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan saraf atau tiub neural bayi yang membentuk tulang belakang dan otak bayi.


Spinal Bifida



SET HAMIL SHAKLEE

Set kehamilan shaklee yang di syorkan terdiri daripada Nutrisi penting yang diperlukan oleh semua golongan bahkan ibu hamil memerlukan lebih lagi nutrisi untuk menyokong tumbesaran janin dan bayi dalam kandungan.

Set Hamil Shaklee


1. ESP
Energizing Soy Protein - ESP merupakan sumber protein soya non-GMO yang lengkap dengan 9 Jenis Amino Asid Perlu yang penting untuk membentuk otot dan organ bayi.
Protein juga merupakan blok asas yang penting untuk pembaharuan dan pembinaan sel-sel, hormon dan enzim tubuh.

Protein juga menjadi sumber tenaga kepada ibu hamil selain membantu pembentukan bayi yang sihat.


2. Vita-Lea Iron Plus
Vita-lea merupakan Multivitamin yang lengkap 28 jenis Vitamin dan Mineral yang mana ia penting untuk mencukupkan nutrisi yang diperlukan badan semasa kehamilan.

Multivitamin sangat penting untuk ibu hamil terutama ibu-ibu yang sering muntah dan kurang selera makan.

3. B-Complex with Folic Acid
B-complex mengandungi 8 jenis Vitamin B termasuklah asid folik yang penting untuk perkembangan janin.
B-complex membantu  menukarkan makanan yang di ambil kepada tenaga dan membantu meringankan stress, sakit kepala atau migrain.

Ibu hamil memerlukan sekurangnya 400mcg asid folic untuk perkembangan janin. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan tiub neural.

4. Ostenutrix
Ostenutrix mengandungi kalsium, magnesium, Vitamin D, Zinc dan beberapa mineral penting untuk tubuh dan membantu penyerapan Kalsium secara efektif.

Ibu hamil memerlukan kalsium lebih dari biasa keranan kalsium dari ibu juga digunakan untuk tumbesaran bayi. Kekurangan kalsium akan menyebabkan gigi rapuh dan tulang rapuh (osteoporosis)

5. Sustained Release Vitamin C Plus
Vitamin C penting untuk fungsi tubuh terutamanya dalam pembentukan enzim. Selain anti-oksian terbaik, Vitamin c juga membantu pembentukan Kolagen dan meningkatkan sistem imun tubuh.

Vitamin C juga membantu mengurangkan parut dan stretchmark.

Kesimpulannya, Nutrisi yang cukup amat penting untuk kedua ibu dan bayi dalam menjamin kehamilan yang sihat dan cergas.

Sempena Bulan Ogos ini, Dapatkan Promosi Set hamil dengan Penjimatan sehinggan RM218 disini!



Sumber :

https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/lain-lain/makanan-dilarang-ketika-hamil/

Continue Reading