السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Monday, 26 October 2020

Welcome Back!





Alhamdulillah! Setelah hampir 7Bulan Niza tak dapat access dan buka blog ni gara-gara pindahkan domain ke domain provider lain. 

Last-last Sangkut! Hampir 6-7x contact both domain provider untuk cari solution. Dah ubah setting perlu tunggu lagi 24-48jam untuk tunggu result samada it works atau sebaliknya. 

Since Niza pun bekerja time tu, memang benda-benda gini renyah dah perlu spend time untuk fokus ngadap dia je >< Jadi bertabah la sampai ke hari Jumaat lepas. 

Bila fikiran dah 30% untuk buat blog baru je, dan dah setup pun blog baru tu cuma belum publish. 

Baru lahhh boleh settlekan masalah teknikal sejak 6bulan lalu itu. 

MasyaAllah. dugaan betul. 

Korang pun mesti dah rindu nak dengar Niza bebel lagi kan? Since hampir 7bulan tak jumpa, banyak laaaa story mory yang Niza nak tinggalkan jejak kat sini. Korang, Stay tuned okeh! ^^

Saturday, 29 August 2015

Menuju Tahun Akhir : 8 Tips Hadapi Projek Tahun Akhir Dengan Senyuman.

Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

Menghabiskan minggu-minggu akhir Latihan Industri sangat mendebarkan. 
*ewah.
kerana berakhirnya Latihan Industri adalah indikator kepada 'Pintu Gerbang' Tahun Akhir sedang melambai sambil tersenyum ngeri. 
** beginikah sikap prejudisnya mahasiswa Gen-Y? heh.

Tahun Akhir adalah satu perkataan yang mampu membuat sesiapa saja bakal mengunjungi nya berbaur dengan segala perasaan. Gembira! Mestilah gembira bagi yang tak sabar nak habiskan zaman kampus. Takut! Saaangaatt menakutkan bagi yang biasa di'momok'kan dengan kisah-kisah ngeri senior dengan pelbagai masalah terutamanya Projek Tahun Akhir (FYP)/ Projek Sarjana Muda (PSM).

Untuk makhluk yang suka mem'positive'kan segala benda disekeliling seperti saya ni, kekadang terfikir bagaimana nak 'turns' ke'ngeri'an tersebut kepada suatu yang memajukan diri dan sesiapa saja yang berjaya mengawal minda dari awalnya.

Jadi, Belum terlambat untuk kita siapkan minda sebelum melangkah ke tahun Akhir. Semoga yang bakal kita hadapi juga seperti yang di bayang dan dirancang dengan bantuan dan izinNya. InsyaAllah.


8 Tips Menghadapi FYP/PSM


1. Bijak memilih Tajuk Projek

Ramai pelajar yang tidak menyukai tajuk projek sendiri atau mudah katanya bosan di pertengahan jalan tentang projek sendiri. Di sebabkan itu anda perlu bijak memilih tajuk yang betul-betul memenuhi minat anda dan anda mampu komited menyiapkan tugasan sehingga akhir.

Tidak di nafikan juga pendapat sesegelintir yang menyatakan memilih pensyarah pembimbing (supervisor = sv) lebih utama kerana sv tersebut yang bakal memberi tunjuk ajar dan markah kepada pelajar. Benar. Jika ini mudah bagi anda untuk memilih sv, maka itu bonus. 

Jika sebaliknya yang tidak berpeluang memilih sv, maka yang terbaik bagi anda adalah memilih tajuk berkenaan bidang yang anda minat dan arif tentangnnya. 


2. Menggunakan masa secara 'flexible'

Pertamanya adalah menjadualkan dan meletakkan target bagi suatu tajuk atau bab untuk di siapkan dalam sekian-sekian tempoh masa.

Kemudian, disiplinlah! Disiplin menyiapkan tugasan mengikut masa yang ada secara fleksible. Manfaatkan masa yang ada mengikut jadual masing-masing. Tahun akhir adalah tahun yang di sibukkan dengan kelas, projek, program dan komitmen lain. Jadi, gunakan masa yang ada dengan sebaiknya! Jangan tunggu hingga saat akhir baru nak siapkan. 

3. Manfaatkan masa yang 'banyak' terluang

FYP/PSM adalah subjek yang jarang atau tak pernah listed dalam jadual kelas. 
Yes. Jadi, pelaksanaannya adalah 'full time'. bila sebut 'full time' atau sepanjang semester, 'banyak' la kenkonon kan masa yang ada. 

Konon. Belum tolak masa nak siapkan tutorial, assignment etc etc..
itu sikit. Masa selebihnya kemana? manage time wisely. haa. gitu.. pesan depan cermin ni.
*tak perlu cliche sangat, budak engine tak lari dari kerja last minit bagai.*

4. Jangan 'mengelat' nak jumpa SV

Tidak kurang juga 'sejarah' mencatatkan yang pelajar gemar mengelat dari berjumpa dengan sv. Kenapa? Antara top alasannya adalah
1. Projek belum ada progress. malu nak jumpa
2. SV selalu sibuk *padahal belum deal meeting pun*
3. Tak tahu nak present/tanya apa pada sv

hah. gitu.. kenapa projek belum ada progress? ada masalah troubleshoot atau apa?
Itu persoalan yang menjadikannya 'alasan' untuk sokmo-sokmo jumpa sv deh..
Show your effort. 

Hakikatnya, sv mempunyai berguni-guni pengalaman sebelum beliau bergelar 'super'visor.
Maka, jangan lepaskan peluang  'ambil kesempatan' untuk up kan diri anda dan timba, baldi, telagakan ilmu dari mereka. hokey?

5. Selesaikan 'bottle neck' secepatnya.

Dalam 'journey' nak menyiapkan projek, anda akan jumpa bermacam-macam masalah versi 'bottle neck' atau 'bump' yang hakikatnya jika tidak diselesaikan segera akan menyebabkan tertundanya tugasan anda! contoh-contoh 'bottle neck' adalah seperti Equation yang tak sesuai, instrument yang gagal di 'connect', atau software yang selalu pulak ERROR!.

Selesaikan segera. Boleh rujuk kepada sv, atau artikel, kajian, sahabat-sahabat dan pelbagai sumber yang boleh dapat 'celah gigi' je zaman sekarang ni. ewah?

6. Jangan lupa mencatat!

Kadang-kadang ramai cenderung untuk menyiapkan projek sepenuhnya sebelum mula menyiapkan report. Menyiapkan projek sepenuhnya baru mula dengan menulis report adalah tergolong dalam kategori LAST MINUTE. Harap Maklum.

Jadi, sementara menunggu progress projek siap, maka silalah ringankan tangan untuk menulis report. Hal ini kerana, penulisan report bahagian teori tidak banyak melibatkan hasil dari projek. Jadi, siapkan yang boleh disiapkan dahulu tanpa bertangguh!

7. Biasakan diri dengan 'repeat action'.

Repeat Action di sini ditujukan khas bagi perkara-perkara yang nampak remeh tapi PENTING! seperti format penulisan report. Kalau boleh, settingkan dari awal penulisan report mengikut format yang di sediakan. Atau biasakan diri dengan Repeat Action.
Check semula format setiap kali habis menulis report.

8. Tips Akhir : Have Faith!

Tips Akhir tapi patut di 'apply' sejak awal. Ini yang cuba saya ingatkan, ajak diri sendiri dan anda untuk sama-sama Yakin! Man jadda wa jada. Siapa berusaha, dia berjaya. 
Kita hidup berTuhan. Maka, letakkan sepenuh harapan dan pergantungan hanya pada Dia yang Maha Pemurah. Memudahkan urusan dan perjalanan kembara kita sebelum, semasa dan selepas alam dunia.

Maka, biasakan diri mengadu kepadaNya, Semoga dengan sifat Ar-Rahim Nya memudahkan urusan khusus Projek Tahun Akhir ini dengan ikhlas, dan kekal dengan senyuman. 

Don't Stress ok! ^^



*Segala perkongsian dalam halaman ini bertujuan sebagai peringatan dan persediaan diri sendiri yang bakal melangkah ke tahun akhir!

** Ambil yang jernih-jernih aje ok. Semoga bermanfaat buat anda pembaca budiman. =)

*** Perkongsian ini juga di adaptasi dari sini mengikut pengalaman setahun jagung saya.

Wallahu'alam.

Kias ...

Bismillah.

Kias Cinta - Suhaimi


Seandainya dunia tiada warna 
tetap kan ku kagumi 
indah maya alam ciptaanNya 
kudratNya ku agungi 

Namun jalin warna zahirlah sang pelangi 
menyisih mendung menambat seri 
terbias semua cahaya 
nyata ilham di alam mimpi 
betapa ku syukuri nikmatNya 
ku pasti 

Begitu kias cinta 
hadir menghuni jiwa 
menyatu sejuta rasa 
kurnia penuh bermakna 

Tika dalam gelita 
atau sepi kembara 
dihadirkan rasa cinta 
sisih segala duka 
anugerah dariNya 

Hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan 
tiada lain yang jadi rayuan 
namun Dia Maha Mengerti 
tak mampu insan bersendiri 
menempuh dugaan yang menguji 
naluri 

Begitu kias cinta 
hadir menghuni jiwa 
menyatu sejuta rasa 
kurnia penuh bermakna 

Tak akan ku persia 
limpah rahmat yang Esa 
bagaikan jalinan warna 
yang menyulam cahaya 
biasan kasihNya 

Moga tak diuji asyik cinta duniawi 
mengharap teduh redha Ilahi 
kerna segala kurnia 
hadirnya hanyalah pinjaman 
sungguh ku syukuri kesempatan 
bahagia



Mengharap teguh Redha Ilahi.
29/8/2015, 11.56 am.

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved