Tips Pilih Pencuci Muka bersesuai dengan Jenis Kulit

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Lama kan tak bersiaran di 'rumah agam' ni?
Semoga lepas ni lebih 'istiqamah' bersua di sini InsyaAllah.

Hari ni nak share sikit input dari perkongsian page Health Valley ni tentang tips pemilihan pencuci muka bersesuai dengan jenis kulit.

Sekarang dah baca sangat kan.. macam-macam brand ada di pasaran pencuci muka. Yang dah sedia ada pun tak menang nak pilih, muncul lagi jenama-jenama baru bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. eh! >_<

Jadi, jom asah sikit pengetahuan tentang jenis-jenis kulit muka kita ni sebelum pilih pencuci muka yang selamat dan berkesan untuk kulit ye. <3



Penting untuk kenalpasti jenis kulit muka terdahulu sebelum melulu pilih pencuci muka di pasaran 
💙Kulit Normal
- Kulit normal di sini adalah yang tak jugak kering, tak jugak berminyak, tak jugak sensitif. biasa-biasa je. Normal la tu. ðŸ˜œ
Pemilik kulit wajah yang normal boleh memilih jenis pencuci muka yang normal.
Macam mana nak tahu pencuci muka tu normal ke tak? Biasanya pencuci muka bagi kulit yang normal mempunyai formula dan pH yang seimbang.

💙Kulit Kering
- Tidak sedikit yang memiliki kulit muka kering kan? kadang-kadang sampai mengelupas kulit kalau silap pilih pencuci muka. Jadi, perlu hati-hati pilih pencuci muka. Bagi yang memilili kulit muka kering, pilih lah pencuci muka yang mempunyai formula kelembapan atau lotion based.

💙Kulit Berminyak
- Kulit jenis berminyak pun masalah! Kalau tapis, bole dapat sebotol gamaknya ðŸ˜…. Jadi, pilihlah pencuci muka yang berasaskan air berbentuk gel atau buih.

💙Kulit Sensitif
- Kulit sensitif! pantang salah cuit sikit, naik jerawat. salah pakai sikit, merah muka. Jadi, yang memiliki kulit sensitif ini elakkan memaikai pencuci muka yang mempunyai pewangi atau 'fragrance'. Ini kerana pewangi akan menyebabkan kulit muka mengalami iritasi. Dan elakkan juga memakai scrub! 
Kesimpulannya, sebelum terjahhh je beli pencuci muka di pasaran tambah-tambah lagi yang tiada sorang pun nak guide atau terangkan 'pantang larang' pencuci muka tersebut, rajin-rajin la baca ingredient dan label pada botol tu ye. ðŸ˜‰

Semoga bermanfaat. ðŸŒ·

Post a Comment

0 Comments