7 Tips Mengatasi Kulit Kering & Bersisik

Assalamualaikum wbt,

Dipasaran hari ini terdapat pelbagai produk kosmetik dan penjagaan kulit dan tidak kurang yang menkategorikan produk mengikut kesesuaian kulit.

Jadi, mudah untuk pengguna untuk meneliti produk yang bersesuaian dengan jenis kulit masing-masing.

Namun hari ini, Niza nak share tentang Kulit Kering dan mengelupas je!

Ada yang sedang mengalami kulit kering, mengelupas dan bersisik?


cara atasi kulit kering dan bersisik



Ha.. selain pemilihan produk yang bersesuaian, ada tips dan petua yang mudah untuk di amalkan untuk atasi masalah kulit kering dan bersisik ni. ><

Apa yang boleh dilakukan adalah :



1. Menjaga pemakanan. Tingkatkan pengambilan sayur dan buah-buahan.

Bagi sesetengah orang mungkin ianya bunyi cliche kan? Tapi percayalah dengan pengambilan ekstra dari biasa mampu 'merawat' kulit kering tu dengan cara memberi lembapan.

Nice idea to share with adalah, mungkin boleh jadikan buah atau sup sayuran sebagai snek! Menarik bunyi nya kan?



2.  Banyakkan minum air putih

Dalam kebanyakan penjagaan kesihatan pun memang disarankan untuk meningkatkan pengambilan air putih seharian iaitu sekurang-kurangnya 8gelas sehari.

Air putih mampu melancarkan proses sistem dalam tubuh kita. Apatah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita, air putih mampu mengelakkan dehidrasi salah satu puinca kulit kering.



3. Elakkan mandi dengan menggunakan air panas.

Elakkan mandi dengan air panas atau terlalu dingin. Kedua suhu ini mampu menghilangkan lembapan kulit. Seeloknya, mandi menggunakan air suam.



4. Hindari menggosok muka terlalu kerap.

Sesetengah orang menjadi habit untuk menggosok muka tanpa sengaja. Ianya tidaklah salah, tetapi elakkan terlalu kerap menggosok muka tanpa sebab. 

Sebaiknya jika ingin menggosok atau mengelap muka, jangan digosok kerana kulit muka sangat sensitif. Cukuplah sekadar di'dap dap' menggunakan tisu atau tuala yang bersih.


masalah kulit kering



5. Pilih pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit.

Terdapat banyak rangkaian produk penjagaan muka di pasaran hari ini. Dapatkan konsultasi atau teliti terlebih dahulu sebelum membeli.

Sebaiknya pilihlah pencuci muka yang kurang atau tidak berbuih.
Ini kerana pencuci muka yang terlalu berbuih akan menghilangkan lembapan kulit melalui bahan yang terdapat di dalamnya.


6. Sentiasa memakai Pelindung UV (sunblock) semasa di luar dan rajin memakai masker secara berkala.

Pelindung UV hendaklah sentiasa dipakai setiap kali keluar dari rumah tidak kiralah bekerja di bawah terik mentari atau di dalam penghawa dingin yang sejuk!

Cuaca terlalu panas atau terlalu sejuk akan menyebabkan kulit hilang lempbapan dan akan terhidrasi.

Jadi pastikan anda sentiasa memakai pelindung UV. Lebih baik jika pelindung Uv yang juga bertindak sebagai pelembap.💝



Post a Comment

0 Comments