السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, 10 April 2020

Cara Hilangkan Biji Kolestrol di Muka

Biji Kolestrol atau nama lainnya Biji Milia  merupakan benjolan lemak yang berkembang di bawah kulit



set shaklee biji kolestrol


Kewujudannya tentunya merimaskan empunya badan terutamanya tumbuh sekitar muka, bawah mata, pipi dan kawasan lain sekitar tubuh. Ada ssesetengah nya juga tumbuh di alat kelamin. Biji kolestrol wujud di bahagian badan yang mempunyai kelenjar Pilosebaceus (kawasan folikel rambut/bulu tumbuh), sama seperti jerawat. Ketumbuhan biji kolestrol ini bersaiz 1 hingga 2 mm kebiasaanya.


shaklee

Punca Tumbuhnya Biji Kolestrol

Walaupun salah satu penyebab utama biji kolestrol adalah tahap lipoprotein berkepadatan rendah yang tinggi (LDL atau ‘kolesterol’ jahat) di dalam badan, ia juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti :
  1. Kolestrol Tinggi
  2. Perubahan hormon
  3. Penyakit Kencing Manis
  4. Masalah hati

Ketumbuhan biji kolestrol ini tentunya merimaskan dan mengurangkan keyakinan diri terutamanya apabila tumbuh di kawasan muka.

Bolehkan biji kolestrol di hilangkan?

Kebiasaanya biji kolestrol ini hanya boleh dihilangkan dengan rawatan laser dan pembedahan. Oleh kerana biji kolestrol ini kebanyakannya tumbuh di kawasan mata di mana ia sangat berisiko, maka biji kolestroliboleh dihilangkan secara perlahan-lhan dengan mengatasi puncanya yang boleh dikawal. Kebanyakan biji kolestrol ini adalah disebabkan Kolestrol tinggi.



Maka untuk menghilangkan biji kolestrol ini, langkah yang boleh di ambil adalah dengan mengurangkan tahap kolestrol dalam badan seperti :



cara hilangkan biji kolestrol

  • Biji Halba
Biji halba mampu meratakan biji kolestrol ini secara perlahan-lahan. Caranya, Rendamkan 2 sudu teh biji halba dalam segelas air semalaman. Anda boleh meminum air rendaman biji halba ini keesokan harinya semasa perut kosong untuk mengurangkan kolestrol dalam badan. Selain itu, anda juga boleh sapukan air rendaman ini pada biji kolestrol dan urutkan kawasan tersebut perlahan-lahan supaya ianya meresap ke dalam kulit.





hilangkan biji kolestrol

  • Kulit Pisang
Kulit Pisang boleh digunakan secara semulajadi bagi menghilangkan biji kolestrol. Ini kerana kulit pisang bersifat antioksidan yang mampu menghilangkan biji kolestrol. Caranya sangat mudah, sapukan kulit pisang pada biji kolestrol. Biarkan selama 30minit, bilas dengan air.




hilangkan biji kolestrol

  • Cuka Epal
Cuka epal juga merupakan bahan yang sangat berkesanmengurangkan LDL atau Kolestrol jahat dalam badan. Sari cuka epal mampu mencairkan kolestrol dan lemak serta detoks hati. Selain itu, asid asetik yang terdapat dalam cuka epal mampu menipiskan biji kolestrol.
Caranya, anda hanya perlu merendam kapas dengan cuka epal dan lekatkan dikawasan yang terdapat biji kolestrol. Biarkan selama 2 jam dan bilas dengan air suam. Lakukan sekurang-kurangnya 2kali sehari sehingga biji kolestrol hilang. Selain itu, anda juga bole meminum cuka epal (1 sudu besar) yang dicampurkan dengan sedikit madu dalam segelas air suam. Minum 2 kali sehari.




hilangkan biji kolestrol

  • Bawang Putih
Bawang putih sangat bermanfaat bagi mengurangkan paras kolestrol bahkan bawang putih juga mampu meratakan biji kolestrol. Caranya, tumbuk bawang putih sehingga menjadi pes dan sapukan paa biji kolestrol. Kemudian, tutup kawasan tersebut dengan kapas bagi mengelakkan bawang termasuk ke dalam mata.
Anda juga boleh menggantikan bawang putih dengan menggunakan tablet bawan putih (Garlic). Selain itu, bagi mengurangkan kolestrol dalam badan, bawang putih juga boleh di makan sebanyak 2-3 ulas setiap pagi semasa perut kosong, atau juga digantikan dengan tablet bawang putih sebagai alternatif menurunkan paras kolestrol.




hilangkan biji kolestrol


  • Badam
Tahukah anda? Nutrien dalam badam mampu mengawal enzim yang terlibat dalam sintesis kolesterol dan pengeluaran asid hempedu. Pengambilan badam setiap hari sangat membantu untuk mencegah penyakit kardio-metabolik.
Untuk mengilangkan biji kolestrol, tambahkan sedikitsusu bersama 1 sudu serbuk badam untuk membentuk pes dan sapukan pada biji kolestrol. Ulang lakukan setiap hari. Bahkan anda juga boleh merendam 4-5biji badam ke dalam segelas air semalaman dan minumlah di awal pagi bagi mengurangkan kolestrol anda.


Selain mengamalkan petua dari dapur ini juga, anda haruslah menjaga pemakanan seharian anda untuk mencapai diet seimbangg. Diet seimbang ini sangat penting untuk mengawal para kolestrol dalam badan yang mampu mendatangkan pelbagai penyakit berbahaya dan berisiko.

Anda di sarankan untuk :
1. Mengurangkan makanan berlemak dan bergoreng
2. Mengambil produk tenusu yang rendah lemak atau tanpa lemak
3. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
4. Elakkan mengambil karbohidrat ringkas dan gula yang diproses secara berlebihan
5. Jadikan makanan tinggi serat sebagai pemakanan harian


CADANGAN SUPLEMEN UNTUK MEMBANTU MASALAH BIJI KOLESTROL



APA KATA PENGGUNA?








BAGAIMANA NAK DAPATKAN PRODUK SHAKLEE?

Hubungi Niza segera!😉







No comments:

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved