السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, 10 November 2022

Turunkan Berat Badan dengan Cepat menggunakan Teknik Diet Intermittent Fasting

 

Diet Intermittent Fasting (IF) begitu popular diperkatakan di Malaysia dan menjadi trending hari ini. Tidak kurang jugak ramai individu dan kelompok yang mengamalkan Diet IF secara berkumpulan untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Wah, macam menarik kan? Menjelang awal setiap tahun, ramai yang bercita-cita untuk menurunkan berat badan. Tapi tidak semua yang berjaya merealisasikan azam tersebut.

Sudah  tiba masanya untuk kita semua berganjak dan menapak kehadapan untuk mencapai ‘cita-cita kurus’ tersebut dengan kesedaran untuk menjadi lebih sihat berbanding kurus untuk cantik semata-mata.

Tahukah anda Malaysia merupakan negara di tangga Pertaa mempunyai rakyat paling ramai Obese di Asia?


Malaysia 'menjuarai' carta Negara Obese Asean pada Tahun 2019.

Apa Itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting (IF) merupakan kaedah diet yang berkonse mengatur Pola Waktu Makan berbanding kaedah diet yang lain kebanyakan mengatur  Pola Menu dan Jenis Makanan yang perlu di ambil.

Kaedah Pola Menu dan Jenis  makanan mungkin sedikit rumit dan membebankan bagi sesetengah individu kerana ianya memerlukan ketelitian dan perancangan dalam menyiapkan menu makanan setiap hari.

Sebaliknya Diet IF hanya memerlukan pengaturan tempoh makan yang mana akan di selangkan dengan tempoh berpuasa.



Jenis-Jenis IF


1.      OVERNIGHT FASTING

Kaedah Overnight Fasting lebih mirip seperti yang digunakan orang Muslim Ketika berpuasa di bulan Ramadan.

Kaedah ini memerlukan anda berpuasa sekurang-kurangnya 12jam sehari.

 

Tetapi berbeza dengan puasa Ramadan, tempoh puasa IF ini dilakukan pada waktu malam. Sebagai contoh, anda akan mula berpuasa pada jam 7 petang dan akan mula ‘berbuka’ (Fast Breaking) pada jam 7 Pagi keesokkannya.

 

2.     TIME-RESTRICTED  FASTING

Keadah IF ini lebih kurang sama dengan kaedah yang pertama tadi, Cuma bezanya kaedah ini memerlukan tempoh puasa yang lebih Panjang dari 12 jam sehari. Kebiasaanya, kaedah ini memerlukan sekurang-kurangnya tempoh 14-16 Jam sehari.

Sebagai Contoh, anda mula berpuasa pada jam 5 petang, dan akan berbuka pada jam 9 pagi keesokan hari nya. (16:8) = 16jam berpuasa, 8 jam berbuka.


3.      WHOLE DAY FASTING

Kaedah ini pula memerlukan anda berpuasa selama 24 jam. Sebagai contoh anda mula berpuasa jam 7malam hari ini, anda hanya boleh berbuka pada jam 7malam keesokan harinya. Ia mungkin agak sukar, tapi telah ramai berjaya melakukannya.

 

4.     ALTERNATE DAY FASTING

Kaedah ini pula menjadikan jadual berpuasa dan makan anda selang sehari. Contohnya, hari ini anda berpuasa, esok anda boleh makan seperti biasa. Tetapi makanan yang di ambil hanya lah 500-600 kalori sahaja.

 

5.     SKIPPING MEALS FAST

Skipping meal fast ini mengurangkan kekerapan anda makan dalam sehari. Jika kebiasaanya anda akan makan 5x sehari, mengamalkan kaedah ini mungkin menjadikan kekerapan anda makan sehari hanyan 2-3x sehari.

 

6.     5 : 2 FASTING

5 : 2 Fasting adalah kaedah yang mana anda boleh memilih mana-mana dua hari dalam seminggu untuk berpuasa dan 5 hari anda boleh makan seperti biasa.

Kaedah ini seperti yang biasa di amalkan oleh Muslim yang berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

 

7.      CHOOSE YOUR DAY FAST

Kaedah ini membolehkan anda berpuasa pada hari dan waktu yang anda pilih mengikut kemampuan anda sendiri. Sebagai contoh anda memilih untuk berpuasa pada hari Isnin dan Sabtu setiap minggu. Ianya 100% terpulang kepada anda mengikut kemampuan diri dan tubuh anda.


Intermittent Fasting ini diet yang boleh diikuti oleh semua orang. IF ini mungkin agak sukar bagi sesetengah orang pada permulaannya. Namun, ianya tidak lama kerana setelah badan terbiasa dengan jadual pemakanan yang baru mengikut aturan IF yang kita pilih, badan akan kurang rasa lapar atau ‘craving’ dan lebih mudah mengawal nafsu makan.

Kebiasaanya purata individu hanya mengambil masa 4-5hari minima atau 1-2minggu untuk badan membiasakan diri dengan IF. Namun begitu, sesetengah golongan tidak digalakkan mengamalkan diet yang mengurangkan makan seperti penghidap masalah batu karang, gastrik, ibu hamil dan penghidap diabetes. Siapakah yang sesuai mengamalkan Diet IF?


Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments: