Manfaat & Keistimewaan Vitamin E Shaklee

Manfaat & Keistimewaan Vitamin E Shaklee

Vitamin E memang kebiasaannya sinonim dengan kecantikan. Namun, Vitamin E adalah sebahagian mikronutrien yang sangat penting untuk tubuh badan lain juga. Vitamin E atau nama lainnya Alfa Tokoferol adalah kategori mikronutrien kerana ianya hanya diperlukan dalam jumlah dos yang kecil sahaja setiap hari. 

Walaupun ianya diperlukan dalam jumlah yang kecil sahaja, tapi jangan pandang remeh! Ianya kerana badan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin E dengan sendirinya. Vitamin E ini sangat penting dalam melindungi sel dari serangan radikal bebas.  Kita tetap perlu mengambil sumber Vitamin E dari pemakanan. Kekurangan Vitamin E boleh memberi kesan buruk untuk tubuh.




Vitamin E terdapat dalam banyak makanan seharian kita contohnya:
- Minyak Sayuran
- Avocado
- Bijirin
- Telur
- Tomato
- Brokoli
- Mangga
- Kiwi
dan banyak lagi sumber makanan kita seharian.





KESAN KEKURANGAN VITAMIN E

Sangat sedikit kes kekurang Vitamin E, tetapi disebabkan Vitamin E memerlukan lemak untuk menyerapnya, mereka yang mengalami masalah pencernaan selalu nya tidak dapat apa yang diperlukan.



Kesan kekurangan Vitamin E dapat dilihat dengan masalah-masalah yang biasanya terjadi seperti:

1. Kulit kering dan kasar

Mereka yang selalu mengalami masalah kering, kasar dan mengelupas, perlu menyemak semula pemakanan yang di ambil selain dari kesan skincare, Makanan yang kurang Vitamin E juga boleh menjadi penyebab kepada kekeringan kulit dan kasar.

2. Masalah berkaitan saraf (parkinson, dementia dll)

Vitamin E berfungsi menjalin rantaian dengan sel-sel dalam memenuhi keperluan proses dalam tubuh. Kekurangn Vitamin juga memberi kesan kepada fungsi saraf dan berisiko mendapat penyakit seperti Parkinson, Dementia dan lain-lain.

3. Lemah Otot

Ketika kita bersenam atau melakukan aktiviti fizikal, badan menghasilkan tenaga dan sekaligus radikal bebas. Vitamin E memainkan peranan dalam melindungi otot dan sel dari serangan radikal bebas ini selain membantu mengekalkan jisim otot. 

Selain itu, jantung juga dibentuk dari otot. Kesihatan jantung seringkali di kaitkan dengan Vitamin E. Vitamin E membantu memelihara keanjalan arteri dan saluran darah dari mengeras. Bahaya saluran darah yang mengeras ini boleh memberi risiko kepada pembuluh darah pecah dan serangan jantung. 

4. Gangguan Sistem Imun

Apabila sel-sel tubuh terdedah kepada radikal bebas dan pelbagai bahan toksin yang melepasi tubuh kita, sistem imun akan mudah menurun dan badan mula terdedah kepada pelbagai penyakit. Vitamin E yang tinggi anti-oksidan berfungsi untuk melindungi sel-sel dari serangan radikal bebas ini.

5. Masalah Keradangan 

Kekurangan Vitamin E juga boleh menyebabkan keradangan (inflammation). Keradangan yang berlaku dalam tubuh akan memberi kesan seperti sakit-sakit sendi (radang sendi), batuk, sakit tekak dan jangkitan lainnya.

6. Masalah Kesuburan

Vitamin E berfungsi dalam melindungi sel sperma dan ovum dari kecacatan akibat dari radikal bebas. Kekurangan Vitamin E boleh menyebabkan masalah Kesuburan.


MANFAAT VITAMIN E



1. Mencantikkan Kulit

Jika Vitamin C sinonim dengan pembentukan kolagen untuk kulit yang cantik, Vitamin E juga memainkan peranan penting dalam memelihara kulit yang cantik dengan antioksidan yang tinggi, ia mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis-garis halus, memudarkan parut seperti parut jerawat dan jeragat serta menganjalkan kulit.

2. Meningkatkan Sistem Imun

Beberapa kajian mendapati Vitamin E dapat membantu dalam penghasilan sel darah putih (limfosit) dan membantu dalam meningkat sistem imun badan dalam melawan virus dan bakteria yang menyerang tubuh.


3. Melancarkan Peredaran Darah

Vitamin E membantu menganjalkan saluran darah dan sekaligus melancarkan peredaran darah. Saluran darah yang anjal sangat penting untuk mengelak dari tekanan darah yang tinggi akibat terseumbat dengan lemak dan juga mengelakkan dari serangan jantung.

4. Meningkatkan Kesuburan Suami dan Isteri

Vitamin E yang tinggi antioksidan ini membantu memelihara sel sperma dari segi pergerakan sperma yang betul dan bentuk sperma yang sempurna untuk membantu persenyawaan berlaku. 
Selain itu, untuk isteri pula Vitamin E membantu memelihara sel Ovum dari serangan radikal bebas yang merosakkan sel Ovum dari masalah seperti sel tidak matang dan mudah termusnah.


5. Fungsi Antioksidan yang tinggi

Antioksidan sangat penting untuk tubuh merangkumi kesihatan keseluruhan tubuh kerana antioksidan ini membantu dari peringkat sel dalam memelihara, melindungi sel tubuh untuk berfungsi dengan betul dan sempurna tanpa gangguan kerosakan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif.

6. Memelihara Kesihatan Otak dan Mata

Vitamin E berperanan dalam kesihatan sel saraf yang sangat berhubung kait dengan otak dan mata. Vitamin E juga mampu melindungi sel Otak dan mata dari kerosakan dari serangan radikal bebas seperti penyakit Dementia, katarak mata.


KEISTIMEWAAN VITAMIN E SHAKLEE




TESTIMONI PENGGUNA VITAMIN E SHAKLEE







Dapatkan Vitamin E Shaklee dengan harga promosi hari ini!


#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023

Post a Comment

0 Comments