السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Monday, 24 December 2012

Tinta Hati Melakar rasa di Bait Madah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t..


Saat dia tertegun dengan pahitnya tamparan,
lantas di situ hati berbisik seribu hikmah,
"Pemilikmu tdak pernah menganiaya,lantas kamu lah yang  menganiayakan dri"
Allah..



Seringkali kita terpinar dengan kilauan godaan dunia..di situ,Allah tempat b'paut.
Jgn jatuh nisa'! kuatkan dri..
seringkali juga kita tersasar dalam memanah matlamat..di situ,Allah lebih mengetahui..kembali lah nisa'!btulkan langkah..
seringkali kita lemas dengan setiap desakan dan bisikan,mohonlah padaNya seribu kekuatan kerana Dia lah Maha Kuat..

Allah..lemahnya kami ini..lalu hembusknlah kekuatan dlam jiwa2 ini..
Allah..jahilnya kami ini..lalu kurniakan lah kmi kefahaman dalam ilmu2 Mu.
Allah..tegarnya kami ini..lalu pautkan lah kami hanya di jalanMu..
Allah..alpanya kami ini..lalu sebatikan kami dengan hamba2 Mu y sering mengingatkan..

Ujian Allah itu tanda ingtan dan kasih Nya pada hamba..
jgn ada keluh dan kesah.diam dan sabar lah wahai hati!

w'salam..






Tuesday, 13 November 2012

Sustagen! :membina hati..

Assalamualaikum w.b.t

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
ahli keluarga baginda,para sahabat,para syuhada dan sekalian para solihin..


Alhamdulillah setelah sekian lama menyepikan diri dr melakarkan tinta d ruangan ini,sekali lg Allah memberi izn untuk trus m'coretkan sebaris dua kta y mdah2an mjdi tatapan dan titian muhasabah bersama.insyaAllah.moga Allah m'btulkan dan meluruskan niat kita dlm segala urusan hnya untukNya,untuk NabiNya dan agamaNya Islam y fitrah semata. InsyaAllah..

Pelik dgn title? hehe..knpa sustagen? knpa tdak dutch lady? knpa bkan Anlene?knapa bkan  everyday dan sgla bgai jenis lagi? suka hati la.  xde kaitan pn sbnonye..kan sllu iklan "membina tumbesaran" gitu..sengaja..sengaja..dan sengaja lg..memilih title tu..trus ke point: "MEMBINA H.A.T.I"
mgkin y sedang menatap coretan kali ini adalh seorang yg sudah kukuh hatinya dlm meraih redha Ilahi,mungkin juga yg sedang meng'istiqamahkan dri,mgkin jga yang sedang berperang dlm mencari,dan mugkin jga y berperang dgn pasang surut trun naiknya iman..


ameen..


yang sedang melakarkan tinta ini juga bukan lah termasuk dlam kategori "sudah kukuh" hatinya dlam mengejar Cinta y 1 ini..tp,masih m'didik dri,hati,jiwa dan semangat untuk ke arah itu..doakan..insyaAllah sma2 kita ke arah itu.
H.A.T.I. 4 huruf yg mudah nk d tekan d keyboard msing2. m'ukir sebuah perkataan y secara fizikalnya kita x nmpak d mna jasadnya. eh,apakah yang cuba dikatakan?? siapa mengaku hati kita adlah milik kita SENDIRIAN BERHAD?  ada ke?eh2,bkan ke apa y kita ada skrang cma pnjaman semata?
ha, iya la tu.btul la 2..kita pnjam je..Allah pnjamkan kita organ bernama hati atau y kita pggl Heart 2..tp scara rohnya,Allah y pegang hati kita..maka e2 la,sma2 kita doakan hati kita dlm k'adaan sjahtera mnerima cintaNya,ikhlas dlm ibadah dan pelbagai hal y seangkatan dgnnya..

      Berkata Imam Ghazali: “Jika kamu nakkan keikhlasan dalam melakukan sesuatu amalan itu, paksakan diri melakukannya walaupun pada mulanya kamu melakukan dalam keadaan terpaksa, tetapi lama kelamaan ALLAH akan campakkan rasa ikhlas itu dalam hati. Dan apabila ALLAH telah mencampakkan rasa ikhlas itu, maka kamu akan merasa ringan melakukannya”.

jd,jom jd mnager kpd hati kta d mna CEO nya adalh Sang Khaliq.insyaAllah.
nk dkaitkan dgn khidupan seharian..tertarik dgn 1 word ni y d petik dr seorang shabat iaitu :ENGINEER HATI.
memandangkan dri dah terlanjurrrr menceburkan dri dlm bidang y Allah plih istimewa untuk dri ini, jd Benar dan Sahih la apa y d lontarkan oleh sahabat tersebut..ilmu itu perlu d amalkan? Islam kan syumul? Islam tdak rigid.mlah Islam itu mudah,insyaAllah,.
jd,para engineer dan bkal2 engineer d luar sna,apkah susah untuk kita mnyumbangkan sesuatu untuk agama ini? "jgan tnya apa y agama sumbangkan pada kita.tp,tnyalah dri apa yg kita dpat sumbangkan pd agama".modified skit
susahkah andai kita cba aplikasikannya dlm m'urus hati yang satu itu??? (noted to myself)
Engineer hati- binalah hati y kukuh dlam memantapkan iman di dada.. cari la solusi dlm memantapkan umat.m'julang agama.bkan sekadar solusi membina bngunan ceracak mnjulang langit dgn mggadai nilai rohaniah.

jom????




jom sma2 BINA HATI. 
=)

wassalam..

Wednesday, 25 January 2012

Solat ku..

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas dihujung kepala
siapa aku di depan Tuhan ku.

Maghribnya
aku melihat warna hitam
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini.
 
renung2kan dan selamat beramal..
assalamua'laikum.. 

Buat yang bergelar Hati..

Cinta yang mahal x perlu di lafazkan..

Ya Allah, Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai
Agar aku dapat menjaga diri. 
Ya Allah, Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 
Ya Allah, 
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 
Ya Allah, Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, 
Selamatkan kami,
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 
Ya Allah, Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu..

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved