السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 25 January 2012

Solat ku..

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas dihujung kepala
siapa aku di depan Tuhan ku.

Maghribnya
aku melihat warna hitam
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini.
 
renung2kan dan selamat beramal..
assalamua'laikum.. 

Buat yang bergelar Hati..

Cinta yang mahal x perlu di lafazkan..

Ya Allah, Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai
Agar aku dapat menjaga diri. 
Ya Allah, Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 
Ya Allah, 
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 
Ya Allah, Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, 
Selamatkan kami,
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 
Ya Allah, Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu..

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved