السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 8 October 2013

Demi Masa, Sesungguhnya..!

Assalamua'alaikum wbt,
Salam dan selawat bt junjungan mulia Muhammad s.a.w,
Para sahabat, mujahiddin dan sekalian umat manusia..


Tiada kata mampu terlarik melainkan segala puji bagi Allah
Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha segalanya.
Alhamdulillah. 
Dengan izinNya yang menggerak hati hambaNya yang kerdil lgi dhaif ini menarikan tinta d laman ini 
demi satu tjuan. InsyaAllah. mardhatillah.
Walau lama terpisah dek masa, kekangan yang tak pernah putus menjengah. demi menguji 
praktikalnya erti 'Pengorbanan'.
Samapai bersawang, berhabuk laman ini tanpa secebis kata ingatan Cinta dari Nya. Allahu.
Lemah. Lemah. Lemah.
Sungguh lemah hambaMu ini dalam mengejar erti khalifah dalam perjalanan ini.

Masa ini miliknya.
ya. Mungkin ini yang ingin di kongsikan saat ni.
Walaupun diri ini bukan lah insan yang selayaknya bermadah tinta soal ini.
Sedang kan masih banyak kekurangan yang perlu diperbetulkan.
Tapi insyaAllah. mari sama-sama berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.
Bimbang hajat tertunda tak sempat ditunai sehingga Ilahi menjemput pulang.



Masa. Demi Masa.
al maklumlah... student life..

Beberapa persoalan sahabat-sahabat menjengah telinga.
terimbau di ingatan beberapa kali juga menjengah fikiran soalan yang sama pernah d ajukan sahabat yang lain..

A : B, jom malam ni?free tak? ada majlis ilmu di surau. 
B : errr... sory la A.. aku busy laa.. assignment tak siap lagi ni.. lusa dah due date. tutorial lagi nak bincang 
     esk.. bla bla bla bla.. boleh tak lain kali je aku ikut kau? :3

C : B, jom malam ni join aku tengok movie? ngeh ngeh ngeh..
B : movie?? movie apa? jom.. jom.. dah beku otak aku hadap assignment ni. heuheuheu..

begitulah ke lain kalinyaaa seterusnyaa..
________________________________________________________________________________

tinta biasa yang mungkin luar biasa. errkk? =]

inilah hakikat sebuah kehidupan.
Seringkali. 

kita di lema antara dua pilihan. yes, Allah titipkan kita dalam sebuah pilihan.
bukan sebuah. malah the whole of d life kita akan berhadapan dengan pilihan.

Berikutan dialog d atas, apa pandangan kalian?
ok. Saya tidak menidakkan tanggungjawab dan amanah sebagai seorang pelajar.
Tapi di mana letaknya rasa kebertanggunjawaban kita sebagai hamba? hamba.
ya sekali lagi HAMBA.

segalanya. ya segalanya yang menjadi kepunyaan kita saat ini adalah pinjaman. even tenaga, ilmu, kesihatan dan masa. walau sesaat. cuma pinjaman.

“Dua kaki anak Adam tetap (tidak akan bergerak) pada Hari Kiamat di sisi Tuhannya sehinggalah dia ditanya tentang empat perkara; tentang umurnya ke mana dia pergunakan, tentang masa mudanya bagaimana dia menghadapinya, tentang harta dari mana ia memperolehi dan ke mana serta bagaimana dia membelanjakannya, tentang ilmu apakah ia beramal dengannya.” (H.R. Ahmad)


Jadi, terlalu yakinkah kita mampu menjawab segala persoalan-persoalan ni nanti?
Allahu.. T_T


kita sibuk mengurus masa depan, bekal kehidupan di dunia ini kehadapan dan kehadapan..
Tapi kita lupa dalam mengurus bekal kita di dunia hakiki.
dunia yang suka saya kenalkan sebagai "Kampung Halaman".
Destinasi utama kita.

Kadang-kadang, ada di antara kita yang ingin mendapatkan kedua-duanya.
Tapi mungkin tidak berpeluang. Namun, bukan kah setiap permasalahan ada solusinya?
dan bukankah mukmin yang cemerlang adalah yang tersusun dalam urusan.? 
Mungkin. Time management perlu diperkemaskan lagi. Mungkin. 

Apakah ujian dan godaan nafsu + bisikan iblis terlalu kuat ataukah IMAN kita yang terlalu lemah melawannya?
fikirkan.
Apalah erti pengorbanan tanpa buktinya,
masa ini milikNya apakah rugi sehingga blacklist andai d luangkan secebis ruang buat mengisi hati-hati yang tandus dengan siraman bait-bait cintaNya?
apakah berat kaki melangkah bagai mengheret sebuah gunung untuk ke majlis ilmu yang di sertai para malaikatNya,
Wahai.. lemahnya kita!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya Allah,
lemahnya kami dalam kembara ini.
Kurniakan kami secebis kekuatan buat bekalan meneruskan perjalanan hingga tiba dengan selamat ke destinasinya.
Ya Allah,
hinanya kami ini.
muliakan kami denga agama Mu. 
Gelapnya jalan kami. Terangkan dengan sinar taufik dan hidayahMu ya Allah.
Maha Pemilik segala Hati.
Tautkan hati-hati kami atas jalan menuju Mu ya Rabb.
Ameen ya Rabb al-Ameen..

p/s: tulisan ini tidak bertujuan menuding jari kepada sesiapa. malah lebih kepada memuhasabah diri kita terutamanya diri sendiri sebagai hamba & Khalifah.

Wallahu'alam..

No comments:

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved