Resepi Bubur Puteri Mandi-Mudah-Simple!

Assalamualaikum! 

Lamanyaaa tak masuk sini Ya Allah..
Alhamdulillah masih jumpa 'jalan pulang' oi..

Since cuti ahad lepas niza bertukang kat dapur mengemas apa yang patut.  tetiba terjumpaaa pulak Tepung pulut!
Fikir punya fikir maka niza pun dengan pantasnya p beli santan. dan terhasilll la  bubur ni. 

Dan disebabkan ada juga yang request resepi,  nah niza payung resepi untuk tatapan dan 'pedoman' korang di dapur 😝

**************

Bubur Puteri Mandi
Bahan-Bahan:
- Tepung pulut
- Santan
- Gula
- Garam

Cara-cara:
1. Bancuh tepung pulut,  sedikit garam dengan air sehingga menjadi 'doh'. (Kalau nak ada kaler-kaler,  bole letak pewarna sikitt). Jangan terlalu lembik,  atau terlalu keras.  cukup sekadar bole di gentel-gentel dan tak melekat di tangan.

2. Gentel adunan tepung pulut td sebesar 'guli' atau ikut sukahati korang nak saiz besar mana.  πŸ˜‚

3. Didihkan air atas dapur.  Selpas air dah mendidih,  boleh masukkan tepung pulut yang korang dah gentel td dengan gembiraanya.  Macam mna nak tahu tepung pulut tu dah masak ke belum?
Tepung pulut td akan terapung atas permukaan air..

4. Selepas tepung pulut tadi dah masak,  bole kaut guna penapis ke,  jaring ke,  jala ke sukahati la. Ketepikan.

5. Masak santan + sedikit air + secubit garam (tujuan nak bagi rasa lemak je)  + gula (kalau korang suka,  bole ganti gula putih dengan gula merah.)
Kalau nk guna gula merah,  pastikan gula merah td dimasak/dicairkan asing dan ditapis dulu untuk elak rasa berpasir. Then bole campur dengan santan td.
Kalau nak sedap lagi,  letak daun pandan sikit πŸ˜‰ (Tujuan?  nak bagi wangi je bubur korang nanti.  Niza tak letak sebab ku redah apa yang ada kat dapur je 😜)

6. Kacau sampai masak/mendidih,  kemudian masukkan tepung pulut yang diketepikan tadi. Kacau 2-3minit,  Tutup api.

7. Ambil mangkuk,  cedok 'puteri mandi' korang tu dan bole disantap dengan gembiraaa lagi.  

Tips penting!  jangan lupa baca Bismillah dan doa makan. 

Sekian Resepi yang mudahhhh yang amaattt untuk dicuba. 

Terima Kasih! πŸ˜‰
Versi Gula Merah😜

Versi Gula Putih πŸ˜‰

#MyDreamKitchen
#MyDapurIdaman

Post a Comment

0 Comments