السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, 28 August 2014

Cara Mengatasi Tekanan Darah Rendah

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah. Hari ini tergerak nak 'mengkaji' tentang Tekanan Darah Rendah. Sepanjang usia di IPTA, ramai jugak sahabat yang pernah berkongsi masalah kesihatan mereka atau lebih tepat berkongsi gejala-gejala yang saya kira boleh di kategorikan di bawah Punca-punca Tekanan Darah Rendah.

Pada paras normal, Tekanan Darah biasanya adalah 120/80 mm Hg. Seandainya tekanan turun mendadak hingga ke paras 90/60 mm Hg, ianya di kategorikan sebagai Tekanan Darah Rendah.

Apakah yang anda faham tentang Tekanan Darah Rendah (Hipotensi)?




Tekanan Darah Rendah ini di sebabkan oleh kurangnya darah yang di pam ke jantung. Tubuh kita memerlukan oksigen yang cukup untuk mengerjakan fungsi organ dan sel tubuh. Darah merupakan agen utama yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh kita. Kekurangan atau Kurangnya tekanan darah yang di pam ke jantung akan menyebabkan beberapa gejala seperti berikut:

Gejala-gejala TEKANAN DARAH RENDAH

  • Cepat Lelah
  • Mudah pening kepala/dizzy
  • Mata berkunang-kunang
  • Pernafazan cepat dan pendek
  • Berpeluh dan sejuk
  • Sukar untuk konsentrasi
  • Pitam

Cara MENGATASI Tekanan Darah Rendah

  • Perbanyakkan makanan bersumberkan kalsium untuk mengawal selia darah. 
  • Perbanyakkan minum air (8-10gelas sehari) untuk mengelakkan dehidrasi
  • Perbanyakkan sumber vitamin b
  • Tingkatkan pengambilan Garam. (Ramai orang yang mengelak untuk mengambil garam yang tinggi untuk menghindarkan Tekan Darah Tinggi. Tapi sebaliknya mengalami Tekanan Darah Rendah. Makanya, tingkatkan pengambilan garam untuk tingkatkan tekanan darah. Tetapi, masih dalam kuantiti yang terkawal ya.)
  • Mengehadkan pengambilan makanan bertepung seperti kentang, pasta, item panggang, dll.
  • Makan Kismis dan Badam.
  • Tingkatkan pengambilan sereal.
  • Makan Daging
  • Kurangkan Gula
  • Memakai Stokin.(Pemakaian stokin yang elastik mampu membantu meningkatkan tekanan darah dan mencegah pengumpulan darah di bahagian kaki atau bahagian bawah sekaligus meningkatkan peredaran darah dalam tubuh) 
  • Makan makanan berasaskan kekacang & yang mengandungi Vitamin D .(Cth : Kacang hijau, sayur bayam.)
  • Perbanyakkan bersenam. (Senaman yang kerap boleh meningkatkan kadar degupan jantung sekaligus mempercepatkan aliran darah ke seluruh tubuh)

Saranan Produk SHAKLEE yang dapat MEMBANTU



Set tekanan darah rendah

1. Vitalea 
  • Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah yang sihat.
  • Zat besi merupakan sebahagian daripada struktur haemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tubuh
2. Vita-C 
  • Membantu penyerapan bitamin b12 (yang terkandung dalam B-Complex) dan zat besi.
  • Membantu pengeluaran haemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan (sistem imun)

3. B-Complex

  • Meningkatkan sel darah merah dan haemoglobin.
  • Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk B12 dan asid folik (folat).





Tambahan info:
Health Valley
http://arhamvhy.blogspot.com
http://www.utusan.com.my
DrZubaidiHjAhmad
Dr.Rozmey Group



Untuk pertanyaan lanjut:
Niza Ahmad
SID : 911685

Monday, 11 August 2014

Shaklee Sokong Israel??!

Assalamualaikum wth dan salam sejahtera.

Menjadi Hot Isu Boikot barangan Israel kebelakangan ini berikutan kekejaman Zionis yang menyerang suadara-saudara Islam kita di Gaza sana.
Ya. InsyaAllah boikot mereka! #boikotsampaiguling apa-apa sahaja yang menyumbang kepada ekonomi mereka. Itu merupakan jihad kecil kita. InsyaAllah. Tapi Wajib di ingat, boikot ini BUKAN BERMUSIM.

Sampai ada segelintir dari kita bila di sebut,boikot McD! ok. jom boikot. boikot Nestle! ok. jom boikot. Ikut-ikutan..
connntohhh... Perlulah kita ambil tahu. CAKNA KENAPA perlu boikot.

ok lah, tak nak saya panjang-panjangkan perkara ini.
Berbalik kepada title.

Beberapa hari lepas, panas jugak d FB, d whatsapp dan laman sosial lain yang menimbulkan isu bahawa SHAKLEE MENYOKONG ISRAEL. *tarik nafas
Sebagai seorang distributor Shaklee, saya rasa menjadi kewajipan saya untuk ambil tahu dan selidik perkara ini. Mananya tidak, SEANDAINYA benar perkara tersebut, masakan saya hanya boleh goyang kaki tengok saja sedangkan saudara seakidah saya terus di tindas?

Alkisahnya kenyataan dari Laman FaceBook UZAR beberapa hari lalu sedikit mencetus kepanasan isu Boikot Shaklee bagi segelintir insan yang tidak sempat menghadam persoalan yang ditimbulkan pada link yang di share oleh UZAR.

bagi saya, ianya merupakan PERSOALAN. Bukan lah sebuah PENYATAAN.




tak dapat saya pautkan link ke fb beliau berikutan link yang d share telah di lupuskan dari page tersebut.

Hal ini agak menimbulkan kontroversi dalam kalangan manusia-manusia yang pro-anti SHAKLEE ini. pesan pada diri, JANGAN CEPAT MELATAH.
andai dapat sesuatu berita, selidik, selidik, dan selidik lah sehingga dapat bukti yang benar. dan kemudian terserah untuk memegang hujah tersebut atau sebaliknya.
Seperti yang di petik juga dari blok UZAR. *sejujurnya UZAR merupakan tokoh yang saya hormati dalam bidang ilmu Muamalat beliau.



Kenyataan dan hujah beliau ini boleh di baca melalui blog beliau UZAR.

Jelas. Perlu ada bukti untuk MENUDUH sesebuah agensi/syarikat itu menjadi funder kepada israel atau sebaliknya.

 Untuk menuduh CEO Shaklee ; Mr. Roger Barnett sebagai penyokong israel pun tiadalah BUKTI yang nyata hanya di sebabkan Mr. Roger Barnett merupakan anggota dalam pertubuhan The Ellie Wessel Foundation For Humanity yang membuat tuduhan buruk terhadap hamas. Hal ini andai di fikirkan secara logiknya, MUNGKIN LOGIK Pertubuhan The Ellie Wessel Foundation For Humanity ini menyokong Israel. Mungkin. saya ulang, MUNGKIN.

Dan satu lagi kenyataan yang perlu di hadam adalah, Mr. Roger Barnett merupakan seorang tokoh yang  berjaya dan di segani oleh kaum bangsa beliau. Bahkan, beliau bukan sekadar CEO Shaklee, anggota pertubuhan The Ellie Wessel Foundation For Humanity, tapi merupakan anggota atau chairman bagi banyaaakkk lagi company dan pertubuhan kemanusiaan (baca: humanity). Jadi ini adalah inisiatif individu Mr. Roger Barnett sendiri, adakah fakta ini layak dan sepatutnya di sandarkan kepada Shaklee ? *ini merupakan soalan. bukan kenyataan.


Walaubagaimanapun putar belit yang MUNGKIN di buat oleh SEGELINTIR insan yang MUNGKIN ANTI Shaklee, merujuk kepada kenyataan UZAR dlm link yang saya pautkan di atas, "HARUS jual beli...........selagi mana ; d) tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi....*bole rujuk link/foto di atas


Maka dengan itu, saya sebagai pengedar rasmi Shaklee, ingin HEBAHkan  PENYATAAN dari Pihak Shaklee sendiri.


sekian sekadar Berkongsi/ SHARE hebahan dari Shaklee sendiri.

*PERLU anda CAKNA di sini adalah; SHAKLEE merupakan sebuah SYARIKAT. Bukan individu.



p/s: segala tulisan di dalam entri ini merupakan pendapat peribadi saya sendiri dan saya tidak bertanggungjawab ke atas sebarang KECEDERAAN yang berlaku semasa atau selepas  menjelajah entri ini. sekian terima kasih. :)

wallahua'lam.

NizaAhmad


Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved