7 Sebab Air Penting Untuk Tubuh Manusia

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera.

TAHUKAH ANDA?

Badan manusia terdiri daripada 60% cecair! Manakala organ terpenting iaitu OTAK mengandungi 75% air.
MasyaAllah.

Jadi jelaslah air merupakan elemen yang penting untuk tubuh manusia untuk pastikan tubuh manusia mampu bekerja pada tahap maksimum dan minda lebih cergas. 😄

MENGAPA AIR PENTING?

1. Memastikan air dalam tubuh sentiasa mencukupi bagi mengawal suhu badan pada tahap normal.

2. Memastikan organ seperti mulut, mata dan hidung sentiasa lembap dan berfungsi dengan baik.

3. Membantu buah pinggang dan hati menyingkirkan toksin dan bahan kumuhan dengan efisyen.

4. Bertindak sebagai pembawa nutrien dan oksigen ke semua sel dalam badan.

5. Pelincir sendi untuk mengelakkan masalah sakit sendi dalam jangka masa panjang.

6. Melarutkan mineral dan nutrien supaya mudah di serap.

7. Melancarkan sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit. Sebaiknya minum air selepas bangun tidur sebelum memberus gigi.

Kita selalu di fahamkan agar mengambil air sebanyak 8 gelas atau 2liter sehari.

Sebenarnya air yang diperlukan oleh tubuh bergantung pada BERAT Individu.
25kg = 1liter air.

Mari sama-sama mengamalkan jumlah air yang cukup di perlukan bagi memastikan tubuh dan minda yang cergas.

Road to Produktif Mukmin!
with love,
Niza Ahmad.

Sumber : Majalah Gen-Q (isu 39)

Post a Comment

0 Comments