السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 29 July 2015

My Dapur Idaman : Resipi Cheesekut!

Assalamualaikum wbt,

Alkisah semalam, kanda di rumah minta tolong buatkan cheesekut sebab anakandanya si Umar teringin sangat nak makan. Dah lama agaknya tak jumpa cheesekut ni. Asyik disebut-sebut.

Disebabkan mood tengah rajin nak "masuk dapur", maka jadilah cheesekut ni. jeng jeng jeng!
hihi.


Ini adalah kali keberapa tak ingat saya cuba yang asalnya resipi ni diperturunkan oleh kanda saya. Dari mana kutip pun 'unknown'. hihi..

Disebabkan dah beberapa kali cuba dan ada juga sahabat-sahabat yang kadang bertanyakan resipinya, maka saya pun meringankan tangan untuk memasukkan resipi ni di ruangan My Dapur Idaman ni supaya mudah nak cari semula. >_<

Ok. Jom terjah resipi mudah + sedap dan digemari oleh saya dan anak-anak(sedara) jugak.
hehe.


  • Bahan-bahan
1. Biskut Delux Cracker (saya guna cap hup seng je)
2. Creamcheese(saya guna brand Tatura) 250gm
3. Fresh milk
4. Setengah tin susu pekat manis
5. Bahan-bahan untuk hiasan(biasa saya guna strawberi/anggur/kiwi + badam/serbuk oreo/choc. chip)


  • Cara-cara
1. Mix kan cream cheese + susu pekat manis + 3 sudu besar fresh milk(untuk lembutkan tekstur creamcheese tersebut). Pukul sebati.


2. Tuangkan fresh milk dalam sebuah bekas yang luas dan mudah untuk anda celup biskut di dalamnya.

3. Sediakan bekas untuk anda "menyusun" cheesekut nanti.



4. Sapukan creamcheese tadi tidak terlalu tebal/nipis dalam bekas tersebut menjadikannya lapisan pertama.

5. Celup biskut delux cracker tadi ke dalm fresh milk satu persatu dan susun ke atas lapisan creamcheese td. Cukup sekadar celup untuk melembapkan tekstur biskut. Tidak perlu 'rendam'.




6. Ulang step 4 dan 5 sehingga habis biskut. Lapisan akhir sekali akan di akhiri dengan lapisan creamcheese.



7. Hias permukaan dengan buah-buahan dan bahan hiasan yang di sediakan dan masukkan ke dalam peti ais selama lebih kurang 1jam. Siap untuk di hidang!



Anda suka resipi ini?

Selamat Mencuba!! =)









No comments:

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved