6 Punca Anda Perlu Tahu Kenapa Mudah Jatuh Sakit

Assalamualaikum wbt,

Kerap demam, mudah dijangkiti selesema, batuk-batuk selalu.
Memang ada manusia yang mudah jatuh sakit. Sekiranya rutin harian berubah luar dari kebiasaan sikit, mudah betul jatuh sakit.


antibodi



Jadi, entry kali ni Niza nak share 6 Punca yang kita perlu tahu dan 'aware' kenapa kita mudah jatuh sakit.


1. Kerap mengembara (Travel)


Mereka yang kerap travel samada atas urusan kerja atau bercuti antara golongan yang kerap jatuh sakit. Kenapa?

Orang-orang ini mudah terdedah kepada kuman dari jarak yang dekat semasa dalam penerbangan atau seumpamanya dan berada dalm persekitaran tertutup dalam jangka masa yang agak panjang. Hal ini juga menyebabkan mereka bernafas dalam udara yang sama sepanjang perjalanan.

Selain itu, Kesan 'jet lag' dan keletihan dari perjalanan pergi dan balik juga akan menghentikan 'gen' yang berkaitan dengan sistem imun.

Jadi, sistem imun kita akan menjadi 'kurang' efektif dalam melawan sebarang kuman atau virus yang menyerang tubuh.


2. Pesakit Ulser Mulut


Kerap dijangkiti ulser mulut adalah salah satu tanda kekurangan nutrien tertentu yang dapat melemahkan perlindungan imun badan.


3. Bekerja Syif Malam


Bekerja pada syif malam akan menjejaskan jam biologi tubuh kita untuk mengawal tindakbalas imun.

Menurut penyelidikan yang dilakukan di Institut kesihatan mental Douglas university & McGill University ; terdapat gangguan pada jam biologi badan secara tidak langsung akan menyebabkan masalah kesihatan untuk jangka masa yang panjang.


4. Tidur Lewat


Kurang tidur akan menjejaskan  Sistem Imun secara tak langsung.

Tubuh kita akan kurang menghasilkan Sitokin (sejenis protein yang melawan jangkitan kuman) yang hanya dihasil dan dibebaskan semasa tidur.


5. Penggemar makanan manis


Pengambilan gula yang berlebihan akan menghadkan sel-sel imun daripada melawan bakteria.

Paras gula dalam darah yang tinggi akan memberi tekanan kepada badan dan menyebabkan sel-sel imun berada dalam keadaan koma seterusnya tidak mampu bertindakbalas dengan baik.


6. Mereka yang 'berjiwa muda'


Semakin meningkatnya usia, sel-sel imun akan menjadi kurang aktif & bertindak lebih lambat terhadap patogen.

Hal ini akan menyebabkan anda mudah terdedah kepada penyakit dan ia akan mengambil masa yang lama untuk proses penyembuhan.


Post a Comment

0 Comments