السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 10 September 2019

Perut Itu Rumah Penyakit!

Assalamualaikum wbt,

" Perut itu rumah penyakit, Diet itu Ubat paling Utama " 

-Sabda Nabi s.a.w : Sahih Muslim


Hidup di dunia ini adalah satu daripada peringkat (makam) perjalanan menuju Allah swt dan badan(jasad) adalah kenderaan bagi perjalanan itu. Oleh itu, perlulah seseorang pengembara itu memelihara badan supaya berkeadaan baik agar badan itu sihat dan selesa.

Pencernaan dan penghadaman adalah proses memakan makanan melalui mulut dan kemudian menghancurkan makanan itu dalam perut. Yang dimaksudkan "Perut itu rumah penyakit" ialah penyakit-penyakit yang timbul apabila proses penghadaman itu menjadi tidak seimbang.

"Diet adalah Ubat utama" bererti kita hendaklah menggunakan makan itu sendiri untuk mengimbangi semula dan membina semula proses penghadaman itu.

Makanan itu digunakan sebagai alat untuk membawa formula penyembuhan yang tertentu pada jasad.

Ada pengecualian pada peraturan umum ini, iaitu apabila badan dan anggotanya telah rosak teruk dan tiada lagi kuasa pemulihan untuk membina semula sesuatu anggota dan sistem badan itu.

Dalam hal demikian pembedahan atau cara-cara lain digunakan untuk merawat penyakit. Tetapi jika prinsip kesihatan dipatuhi sepanjang hayat, tidak perlu khuatir jatuh sakit.

- Kitab Ilmu Perubatan Kesufian 
- Kitab al-Tibb al-Rauhi as-Sufi Shaykh Abu Abdullah Ghulam Moinuddin
- Thinker's Library

No comments:

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved