SIstem Pertahanan Tubuh

Assalamualaikum wbt,

Kebelakangan ni, cuaca tak menentu hujan panas dan ramai juga yang diserang selesema, demam, denggi, hidung berdarah, batuk dan seumpamnya.

Jadi, sesuai sangat la kan Niza nak share hari ni tentang sistem pertahanan tubuh. Bila dah faham macam mana sistem ni berfungsi, maka mudah la kita nak kendalikannya. kan?

fungus


Ngeri tengok gambar ni?😲

Ada manusia yang dilahirkan tanpa sistem pertahanan tubuh dimana tubuh badan mereka tidak boleh menghasilkan sel darah putih .

Gambar yang Niza share tu berkenaan seorang yang diserang fungus dan sistem imun tubuhnya tidak mampu melawan fungus yang masuk ke dalam tubuh beliau.


Bila kita bercakap soal sistem imun atau sistem pertahanan tubuh, harus kita kenali satu makhluk bernama PATOGEN (Pathogen) .


PATHOGEN : Satu makhluk jahat yang tidak perlu di dalam tubh kita. Pathogen ni terdapat dalam bentuk Virus, Bakteria atau Fungus.

Tubuh kita memerlukan sel darah putih sebagai pertahanan dalam menentang serangan Pathogen ni.


Sistem Pertahanan Tubuh kita terbahagi kepada 2 Peringkat:

1. Sistem Pertahanan Peringkat Pertama - Kulit : Kulit merupakan sistem perlindungan kita daripada serangan pelbagai bentuk Pathogen.

Disebabkan ini, virus atau bakteria mudah meresap dan merebak apabila kulit kita terluka.

- Membrane Mukus : Membrane mukus ini yterdapat sistem pernafasan kita. Apabila kita menhirup udara, terdapat membran mukus yang akan menapis pelbagai bakteria yang terdapat pada udara dan sekeliling kita.

- Jus Gastrik : Jus gastrik sangat baik dalam sistem penghadaman kita di mana ia akan menyahkan kuman yang terdapat pada makanan yang kita makan.

- Air Mata, Air Peluh & Air Liur



2. Sistem Pertahanan Peringkat Kedua

- Sel-sel darah putih : Apabila Pathogen berjaya melepasi sistem pertahanan tubuh yang pertama, di sini sel darah putih dalam tubuh kita akan memainkan peranan untuk mempertahankan imunisasi tubuh.

Jadi, apakah sebenarnya faktor yang boleh menyebabkan sistem imun tubuh kita menurun?

1. Pemakanan

- Pemakanan yang tinggi gula sangat mudah untuk mengurangkan keberkesanan sistem imun tubuh.


2. Gaya Hidup

- Gaya hidup yang tidak seimbang sebagai contoh : tidur yang tidak mencukupi akan menganggu sistem imun untuk bekerja lebih efektif.


3. Tekanan/Stress

- Tekanan dalam diri akan mendorong tubuh badan kita menghasilkan radikal bebas.


4. Ubat-ubatan

- Penggunaan ubat-ubatan akan melemahkan sel darah putih sekaligus menganggu gugat sistem pertahanan tubuh kita.


Bagaimana untuk meningkatkan Sistem Pertahanan / Sistem Imun tubuh?

# Inilah fungsinya Interferon dalam tubuh kita. #

- Interferon membantu memberi signal dalam tubuh kita supaya sel darah putih bekerja dengan lebih kuat.

- Interferon boleh dihasilkan dengan 2 cara:

1. Farmaseutikal : Kebiasaanya di hospital, suntikan interferon diberikan kepada pesakit kritikal seperti Kanser, HIV, Hepatitis dan penyakit yang berkaitan dengan sistem Imun.

2. Semulajadi : Penghasilan interferon boleh didapatkan secara semulajadi daripada tumbuhan atau haiwan.

Di SHAKLEE, Interferon dihasilkan semulajadi pada tahun 1954 oleh Pakar Imunologist Dr. Yasuhiko Kojima yang berasal dari Jepun.


imunologist

pakar imun



Kajian selama 40 Tahun menemukan 4 ekstrak terpilih daripada 200 ekstrak tumbuhan yang dijalankan kajian untuk menghasilkan Interferon secara semulajadi. 

Baca lanjut tentang Ekstrak Semulajadi yang mampu menghasilkan Interferon di sini.

Semoga bermanfaat!



Post a Comment

0 Comments