السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saturday, 6 August 2022

Glisemik Indeks : Apa Kaitan dan Pengaruhnya untuk Diet bagi yang ingin Kurus

 DAH MAKAN SIKIT TAPI TAK KURUS JUGAK?


Betul ke makan sikit boleh kurus?


Kenapa makan sikit tak kurus?
Sebab nya, yang sikit tu mungkin makanan yang berminyak, tinggi garam, tinggi gula.

Kenapa makan banyak tak semestinya gemuk?
Boleh jadi sebab yang di makan tu makanan yang rendah glisemik indeks, yang kurang garam, yang tiada gula.

Jadi, hari ni Niza nak story kat korang tentang Glisemik Indeks (GI).

Pernah ambil tahu tak makanan yang kita ambil hari-hari tu tinggi ke rendah GI?

Jujurnya, dulu Niza pun tak pernah ambik tau!

Haha. bila dah komit dengan #ExcellentNewYouChallenge ni baru ambil tau banyak benda.

Glisemik indeks ni mengukur seberapa cepat makanan yang ada glukos kita ambil meningkatkan kadar gula dalam darah.
GI ni dikira dari 1-100

GI yang rendah adalah <55
GI sederhana adalah di antara 56-69
GI tinggi adalah >70

Macam mana GI ni mempengaruhi 'kegemukan' kita?

GI Tinggi : Menyebabkan kadar gula darah meningkat dengan cepat.
Dengan meningkat secara mendadaknya 'serangan' gula dalam darah, maka badan kita akan bagi arahan kepada tentera insulin yang 'ramai' jugak untuk berperang dengan gula tadi. Gula ni akan di angkut ke sel-sel badan dan juga ditukarkan kepada sel lemak.

Hal ini akan menyebabkan gula dalam darah akan drop dengan cepat. Dan sekali lagi badan kita akan bagi signal ke otak yang badan kita memerlukan gula (makanan).

Itu yang jadi baru je lepas sejam dua makan dah rasa laparrr laparrr laparrr tu.

Pastu kita pun cari lagi makanan untuk memenuhi permintaan 'craving' kita tadi tu, sedangkan gula atau tenaga yang ditukar ke sel lemak tadi ada lagi dan belum digunakan pun.

Jadi, bila kita keep on dengan eating habit yang macam ni, cycle yang berulang-ulang ini lah yang menyebabkan sel lemak kita tadi banyak berkumpul.
Sel lemak ni berkumpul di abdomen dan jadi lemak-lemak yang 'menyelimuti' organ-organ kita dan dikenali sebagai "Visceral Fat".

Lemak-lemak ni lah jugak yang menjadikan kita buncit!

Ha.. apa jadi kalau Glisemik Indeks Makanan yang kita ambil sederhana atau rendah?

Nak tau tak?

Bila makanan yang kita ambil tu rendah GI, kadar gula yang dilepaskan ke dalam darah adalah perlahan.

Bila gula dilepaskan perlahan ke dalam darah, still ada insulin yang dirembeskan untuk buat keje-keje dia. Tapi di tak kucar kacir kelam kelibut ajak 'geng' insulin yang banyak untuk tolong buat keje sekali dek banyak nya tetamu bernama glukos tu masuk secara tiba-tiba ke dalam darah.

Jadi bila insulin boleh bekerja secara slow n steady, badan akan reserved more energy untuk dikitar guna semula apabila kadar gula dalam darah tadi dah drop semula.

Berbeza dengan makanan yang tinggi GI. Dah la simpan banyak lemak, pastu asyik laparrrr je manjang.

Tu la kesilapan kita bila kita tak faham how our body works.

So sekarang nak pilih makanan yang tinggi GI ke rendah GI?

Dapat Sesuatu?
Semoga Bermanfaat!

0 comments: