السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 17 August 2022

Jenis-jenis Makanan Tambahan Anda Perlu Tahu

 

Perbezaan Jenis Makan Tambahan

Sejak beberapa tahun kebelakang ini banyak jenama-jenama baru yang tumbuh dalam industri makanan tambahan. 

Banyak jugak yang menyatakan produk mereka adalah berasaskan semulajadi.

Tapi sebagai pengguna, yang mana harus kita pilih untuk memastikan ketulenan semulajadi yang sebenar?

Makanan tambahan yang di ekstrak dari sumber semulajadi (cth : Vitamin c yang di ambil dari sumber buah citrus) tetapi diproses dengan tekanan tinggi, bahan kimia, pengawet dan pemanis tiruan juga menyatakan nutriri yang dihasilkan dari sumber semulajadi. 

Adakah ianya penipuan?

Bagi mencapai tujuan itu, sebagai pengguna bijak, perlu kita tahu bahawa dalam pasaran hari ini terdapat 3 Jenis Makanan Tambahan.




 

Nutrien Semulajadi : 

Nutrien pekat yang diperoleh dari sumber semulajadi yang berkualiti tinggi.

Matlamatnya ialah bagi penyimpanan bahan semulajadi yang maksimum. Tidak menggunakan pewarna tiruan,pemanis tiruan atau bahan pengawet.

Sesuatu sumber semulajadi akan mengandungi ko-faktor yang biasa terdapat Bersama nutrient tersebut dalam bentuk semulajadinya.

Cthnya : Vitamin C dari sumber aslinya mempunyai pelbagai Bioflavonoid.

Walaupun pelbagai teknologi canggih digunakan,usaha-usaha juga turut perlu diambil untuk menjamin penghasilan makanan tambahan dari sumber semulajadi itu masih kekal berharmoni dengan alam semulajadi.

Nutrien Tiruan / Sintetik:

Nutrien yang diperbuat/dihasilkan oleh struktur kimia. Kebanyakan nutrient ini dihasilkan dalam persekitaran makmal bersumberkan tar arang batu. Tiada mengandungi ko-faktor.

Pemencil Organik : 

Nutrien khusus dipencilkan dari suatu sumber semulajadi. Ia biasanya dihasilkan menggunakan haba , tekanan tinggi dan pelarut kimia yang kuat. Ko-faktor ada pada nutrient semulajadi terhapus ataupun rosak tanpa diganti.


Setelah mengetahui ciri-ciri 3 jenis Makanan Tambahan ini, wajarlah kita memilih jenama yang benar-benar menghasilkan makanan tambahan yang 100% semulajadi tanpa terjejas kandungan asal sumber nutrisi tersebut. 


Manfaat/ Ciri-ciri Makan Tambahan Semulajdi Berbanding Pemencil Organik atau Tiruan:

  1. Tidak dicampurkan bahan kimia
  2. Penyerapan oleh badan secara optimum dan tidak terganggu oleh bahan pengikat dan bahan pengisi.
  3. Tidak menggunakan pemanasan berlebihan, tekanan atau pelarut toksik
  4. Terdapat banyak ko-faktor
  5. Penyalut tablet bersumberkan bahan semulajadi untuk penggunaan yang baik. Cth, Spirulina semulajadi yang menyalut vitamin/mineral berganda (Vita-Lea)
  6. Tablet tidak disalut dengan bahan gula atau bahan kimia.
  7. Nutrien tersedia dari sumber bahan mentah yang berkualiti tinggi.

Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments: