Hilang 10 kg dengan Set Kurus Shaklee

 Hilang 10 kg dengan Set Kurus Shaklee? Betul ke atau hanya dongeng semata?


Disclaimer : Ini Pengalaman Niza sendiri ya. Tiada yang benar melainkan benar-benar belaka. 😁

Sejak 2020 Niza setia mengamalkan Set Kurus Shaklee. Tiada yang lain bezanya, melainkan teknik diet yang di amalkan. 

Ya, Perlu di ingat bahawa Suplemen Tambahan yang kita ambil bukan pil ajaib yang hari ini ambil esok dah boleh kempis 20kg. Tidak ya. Ini baru dongeng.

Realitinya, Set Kurus Shaklee ini adalah BOOSTER untuk orang yang nak kurus, tapi tak cukup masa nak sediakan makanan Berkhasiat. Badan sangat memerlukan makanan berkhasiat dan kaya nutrisi untuk Support fungsi badan kita sekaligus memabntu penurunan berat badan. Macam mana kita bermimpi untuk kurus jika makanan kita kurang protein, kurang omega3 , kurang sumber detoksifikasi yang bantu menyingkirkan toksin dalam badan?

Toksin dalam badan umpama 'habuk' pada kipas yang tak dicuci. Ia hanya menjadikan fungsi kipas tadi perlahan. Begitu juga badan kita memerlukan penyingkiran toksin tadi supaya badan mampu menyerap maksimum nutrisi yang kita ambil dari pemakanan?

Ya, kerana itulah Niza mengamalkan diet Intermittent Fasting dengan penambahan Set kurus Shaklee yang mengetengahkan Konsep Bakar, Buang dan Bina.

Macam mana konsep BAKAR, BUANG & BINA ni?

Set Kurus Shaklee



BAKAR

Tubuh memerlukan 'sesuatu' untuk trigger pembakaran lemak. Paling mudah, adalah penggunaan tenaga. Saat kita 'berpuasa' semasa mengamalkan intermittent Fasting, tiada tenaga yang dibekalkan melalui pemakanan. Manakal, tubuh masih memerlukan tenaga untuk proses deria tubuh dan memastikan sel dan organ tubuh kita berfungsi dengan baik. 

Saat tiada sumber tenaga dari makanan yang dibekalkan, maka lemak-lemak akan dibakar untuk memastikan tubuh kita masih dapat 'power supply'. Begitulah IF membantu kita untuk mengurangkan lemak dalam tubuh secara efektif.

Untuk mengoptimumkan pembakaran lemak, kerana itulah pakar-pakar mencadangkan senaman sebagai satu aktiviti yang boleh membantu penggunaan tenaga yang lebih sekaligus membakar lemak dengan lebih banyak.

Dalam Set Kurus Shaklee, OMEGA GUARD sangat membantu dalam pembakaran lemak secara efisyen!

Omega set kurus shaklee

Omega Guard juga membantu dalam penghasilan hormon Leptine yang membantu mengurangkan 'Rasa Lapar' atau 'craving'. 


Lecithin Set Kurus Shaklee

Selain Omega Guard, LECITHIN juga membantu dalam memecahkan lemak-lemak untuk dibakr dan ditukarkan jadi tenaga. 

Lecithin adalah peng'emulsi' semulajadi yang juga mempunyai acetylcholine yang sangat bagus untuk otak dan minda.


BUANG

Buang di sini adalah dengan Proses Detoksifikasi secara semulajadi. Set Kurus shaklee membekalkan 'ejen Detox' yang sangat berkesan dalam menyahkumuhkan 'sisa buangan' yang terkumpul dalam usus kita.

Dalam Set Shaklee, Herb-lax adalah ejen detox yang membantu 'mencuci' usus dengan memberi kesan 'lawas'. Kandungan Herba seperti Daun Senna sangat membantu dalam proses Detoksifikasi ini.


herblax Set Kurus Shaklee



BINA

Asas binaan sel adalah Protein. Maka Protein sangat penting untuk memastikan tubuh kekal berfungsi dengan baik dan bertenaga. Dalam Konsep Kurus yang Shaklee tekankan adalah Pembinaan Otot yang membantu kepada penurunan berat dan pengurangan Lemak. 

Tahukah anda? Otot adalah sumber peningkatan metabolisme badan yang sangat penting dalam proses pembakaran lemak.

Set Kurus Shaklee Menawarkan Cinch Shake sebagai sumber Protein yang juga membekalkan Leucine yang membantu dalam memelihara dan membina otot saat kita kehilangan lemak. 

Otot sangat penting untuk mengelak kesan Menggeleber apabila kita kehilangan lemak , air dalam proses penurunan berat badan.

Cinch shake Set kurus Shaklee




VIVIX sebagai Booster

Vivix merupakan Botanical Beverages yang sangat Powerful dalam memelihara kesihatan secara umum dan sangat tinggi kandungan antioksidan dari sumber Polifenol. Manfaat Polifenol ini sangat bagus dalam memelihra sel dari kerosakan Radikal bebas, dan memelihara fungsi organ. Ianya Telah dibuktikan dengan kajian Saintifik.





Pengambilan Vivix dalam Set Kurus Sangat membantu kerana Polifenol yang terdapat dalam Vivix bersifat anti-diabetic yang mana ianya membantu memelihara fungsi Pankreas sekaligus meningkatkan fungsi insulin. 

Kadar Insulin yang sihat dan normal sangat penting dalam penurunan berat badan kerana ianya sangat berkait dengan Peningkatan kadar gula dalam darah semasa mengamalkan diet.

Dengan Mengambil makan tambahan Set Kurus Shaklee, aktiviti dan keperluan nutrisi tubuh lebih terjamin apabila kita mengamalkn diet seperti Intermittent Fasting.


Post a Comment

0 Comments