Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

Alhamdulillah tsumma Alhamdulillah.

Berbaki 2 hari lagi InsyaAllah menjelang Ramadan.

Bila sebut tentang Ramadan, ramai yang merindui Ramadan kan? Selain dari suasananya, banyak ganjaran dan fadhilat yang Allah kirimkan buat kita dalam bulan Ramadan. Paling utama, tentulah puasa!

 ..dan puasamu itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.-{Al-Baqarah : 184}


Bila sebut tentang puasa, ramai yang tak asing lagi mengamalkan puasa di bulan Ramadan, Puasa sunat, bahkan yang mengamalkan puasa (Intermittent Fasting) untuk menurunkan berat badan.

Ramai di Malaysia yang mengamalkan IF ni termasuklah artis-artis sekalipun untuk merebut Manfaat IF yang sangat banyak untuk tubuh dan kesihatan termasuklah :

Manfaat Intermittent Fasting :

  1. Menurunkan berat badan
  2. Mengurangkan risiko penyakit Diabetes
  3. Menjaga Kesihatan Jantung
  4. Mendapatkan kulit yang cantik dan awet muda
  5. Meningkatkan daya fikir dan fokus
  6. Menurunkan kolestrol dan tekanan darah
Dalam keseronokan kita mengamalakn IF dan 'mengaut' kehebatan dan manfaat darinya, tahukah anda Bagaimana sistem badan kita bertindak semasa kita berpuasa?

1-3 Jam Selepas Makan


Intermittent fasting

Sebaik saja selepas kita makan, gula dan insulin dalam darah kita akan meningkat untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Lebihan tenaga yang tidak digunakan akan disimpan dalam bentuk Glycogen yang disimpan pada hati dan otot dan juga lemak.


4-8 Jam Selepas Makan

Pada waktu ini,  kadar gula dalam darah sudah mula menurun sedangkan sel badan akan terus menggunakan tenaga untuk bekerja.



Intermittent Fasting

9 Jam Selepas Makan

Selepas 9jam, kadar gula dalam darah sudah selesai menjalankan peranannya dalam tubuh dan Insulin tidak lagi dilepaskan, beberapa hormon mula dilepaskan seperti Glucagon, Human Growth Hormone (HGH) dan sistem penghadaman mula berehat dari mencernakan makanan yang kita makan.

Hormon Glucagon akan mengambil peranan untuk membebaskan tenaga dari simpanan (Glycogen) untuk kegunaan sel-sel badan.

11-13 Jam Selepas Makan

Intermittent Fasting

Selepas 11 Jam, Glycogen yang disimpan sementara akan habis digunakan. Pada ketika ini lah Proses Pembakaran lemak akan berlaku untuk membebaskan tenaga yang disimpan sebagai lemak tadi. 

Proses ini memainkan peranan penting buat mereka yang ingin menurunkan berat dan mengurangkan lemak. Proses ini lebih efektif jika kita sertakan dengan senaman untuk pembakaran lemak yang lebih optimum!


14 Jam Selepas Makan


Intermittent Fasting

Selepas 14 jam, Proses Ketosis akan mengambil tempat apabila lemak yang dibakar tadi akan melepas Ketone. Proses Ketosis inilah menjadi 'buruan' buat mereka yang juga mengamalkan Diet Keto. Ternyata banyak manfaat Ketone untuk tubuh badan kita termasuklah meningkat kecerdasan minda dan mengoptimumkan bekalan tenaga kepada organ penting seperti jantung, otak. 

Tidak hairanlah, para Sahabat Nabi saw terdahulu banyakkan berpuasa untuk ketajaman akal dan minda! MasyaAllah hebat kejadian yang Allah ciptakan untuk kita manfaatkan.


18-20 Jam Selepas Makan


Intermittent Fasting


Selepas 18 Jam, Proses Autofagi (Autophagy) akan bermula di mana Autofagi ini memainkan peranan dan fungsi penting untuk pembaharuan sel dan penjanaan sel-sel baru. Mudah faham, Proses Autophagy ni membantu untuk menyingkirkan dan 'makan' sel mati dan membentuk sel baru untuk sistem tubuh. 

Autophagy

Autophagy terdiri dari kata “auto” yang bermaksud “diri” dan “phagy (fagi) yang berarti “makan”. Bila digabung, mekanisme ini berarti memakan diri sendiri.


Menarik kan hikmah di sebalik berpuasa?

Manfaat Autophagy :


Autophagy

1. Mencegah Penuaan
2. Menghindari tubuh dari pertumbuhan sel kanser
3. Menjaga Organ hati (Jurnal Studies : Role Of Autophagy)
4. Mencegah penyakit neurodegeneratif, seperti penyakit Alzheimer
5. Meningkatkan tenaga Sel
6. Mengurankan keradangan
7. Meningkatkan keupyaan otot



Baru-baru ini Niza berpeluang untuk join kelas Nutraceutical yang disampaikan oleh Dr. Redza Benjamin, seorang Saintis lulusan Harvard Medical School yang berkepakaran dalam bidang Nutrigenomics. 

Ianya merupakan satu peluang emas bagi Niza untuk menimba ilmu dari seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini. Dr. Redza juga membentangkan tentang kelebihan berpuasa dalam menurunkan berat badan.

Intermittent Fasting


Melalui kelas ini, banyak sangat ilmu baru yang Niza belajar dan tak dapat dicari hanya dengan carian Internet semata.

Antaranya adalah tentang Keburukan Intermittent Fasting yang ramai dari kita tak tahu pun!
Kita selalu di canang dengan kebaikan Intermittent Fasting. Tapi sebenarnya mengamalkan Intermittent Fasting umpama serampang 2 mata. Ianya punya kebaikan, pada masa yang sama mempunyai keburukan jika tidak di amalkan dengan ilmu yang betul.

Keburukan Intermittent Fasting

Seperti yang Niza terangkan di atas, Intermittent Fasting melibatkan proses Autophagy yang agak kompleks untuk sel. ianya sangat bagus untuk Sel, tapi pada masa yang sama juga mampu menyebabkan :

1. Kemerosotan kolagen dalam Tubuh!






Autophagy

Berdasarkan kajian yang dijalankan pada Tahun 2017, 
Autophagy promotes Collagen Degradation

 

Jadi, apabila mengamalkan IF dalam tempoh yang panjang, sebaiknya di ambil juga Kolagen sebagai Suplemen yang memberi support kepada keperluan tubuh kita yang 90% terdiri daripada Kolagen.


2. Pemakanan yang tidak terkawal

Apabila ber puasa, perut akan terasa lapar kerana tidak mendapat tenaga dari pemakanan dalam tempoh jangka masa panjang. Bagi yang mengamalkan Intermittent Fasting tanpa menggabungkan dengan Cara Diet Pemakanan yang lain, seseorang lebih cenderung untuk makan tanpa had dan tiada pengawalan dari sudut pemakanan. 

Berdasarkan pengalaman, jika kita mengamalkan Intermittent Fasting tapi tidak mengawal makanan yang kita makan, ianya menjurus kepada Kolestrol Tinggi! Menakutkan kan?

3. Kurang Nutrisi

Tidak makan dalam tempoh yang lama menyebabkan badan kekurangan nutrisi untuk proses tubuh. Lebih bahaya adalah apabila dalam tempoh ' meal frame' pula, kita ambil makanan yang tidak melengkapai keperluan nutrisi jugak. Ini yang menyebabkan kita mampu 'kurus', tapi carta kesihatan kita merudum.

4. Mood Swing

Intermittent Fasting sebenar yang mula di anjurkan adalah dengan berpuasa sehingga 72jam untuk mencapai Autophagy yang maksimum. Tidak makan dalam tempoh yang lama akan memberi kesan kepada mood, kesukaran tidur.

Solusi terbaik adalah dengan berpuasa antar 13-16jam sudah memadai seperti di anjurkan Islam di mana kita berpuasa dari Sebelum subuh sehingga tiba waktu maghrib (lebih kurang 13jam)

Tahukah anda, Selain mengamalkan IF proses Autophagy ini boleh juga terjadi dalam tubuh dengan pengambilan makanan dan Suplemen Terbaik seperti :

Autophagy promotes food
Makanan yang menggalakkan Proses Autophagy



Suplemen terbaik
Vivix & Coq-Trol



Selamat Menyambut kedatangan bulan Ramadan buat anda semua.
Jom manfaatkan puasa ini menjadi bulan yang sihat, lagi berkat. 



Shaklee Business Leader
Coach Business of Flourish Legacy





Post a Comment

0 Comments