Tips Travel : Persediaan Bercuti ke Luar Negara

Bercuti ke luar negara pasti mengujakan. Selain dapat melawat dan mengenal budaya di tempat orang, kita juga dapat belajar dan pengalaman berharga yang tiada di negara sendiri. Namun, buat mereka yang baru kali pertama atau berjinak-jinak travel ke luar negara, pasti banyak kerisauan yang ada kan?

Jom, Niza kongsikan beberapa Tips Travel sebagai persediaan sebelum anda berangkat bercuti ke luar negara.

Tips Travel


Persediaan Bercuti ke Luar Negara

1. Planning & Bajet

Sebelum anda memulakan percutian, sudah tentu ianya perlu di mulakan dengan Planning dan Penentuan Bajet. Planning yang perlu anda lakukan adalah dengan menentukan ke mana destinasi yang hendak anda tuju dan tempoh masa anda hendak travel ke tempat tersebut. Planning ini termasuklah sekali dengan menentukan tarikh, dengan siapa, kenderaan, penginapan dan bajet yang perlu anda sediakan.

2. Semak Passport & Visa jika perlu

Perkara penting perlu anda semak tentulah tempoh sah Passport. Pastikan tempoh sah passport sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum anda berlepas. Jika Passport anda sah  kurang dari 6 bulan, pastikan anda perbaharui terlebih dahulu. Terdapat juga negara yang memerlukan Visa untuk memasuki negara mereka. Pastikan anda semak terlebih dahulu dokumen Perjalanan yang diperlukan kerana sesetengah dokumen memerlukan masa untuk disiapkan.

3. Tempah Tiket & Penginapan

Jika sudah tetapkan destinasi anda dan kenderaan yang ingin anda naiki, barulah boleh membuat tempahan tiket dan penginapan seperti hotel atau homestay.
Untuk membuat tempahan tiket flight dan penginapan, pastikan anda bandingkan harga terlebih dahulu di beberapa website untuk mendapat harga yang lebih murah.



Sebagai tips tambahan, pastikan anda menggunakan mode 'Incognito Window' semasa melayari website carian tiket flight dan hotel. Ini bagi mengelakkan sesetengah website yang menyimpan tracking jika anda pernah membuat carian yang sama dan menaikkan harganya.

Penempahan tiket flight dan penginapan ini boleh di beli dengan harga yang jauh lebih murah jika anda rajin menyemak laman web tempahan dari awal dan tidak terlepas tempoh promosi.

4. Rancang Perjalanan

Jika anda travel dengan sendirinya tanpa pakej travel, pastikan anda rancang perjalanan anda. Sebaiknya, buat research terlebih dahulu tempat yang hendak di lawati dan sediakan 'plan itinerary' anda sendiri untuk memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa supaya anda tidak terlepas melawat sesuatu tempat.

Setelah rancang perjalan, kaji juga dahulu jarak dari satu tempat ke suatu tempat dan kenderaan apa yang sesuai anda gunakan untuk sampai ke destinasi tersebut jika anda tidak membawa kenderaan sendiri.


5. Sediakan Packing Checklist

Sebelum anda packing barang yang hendak di bawa, sediakan juga Packing Checklist supaya anda tidak tertinggal barang penting yang hendak di bawa. Antara benda penting perlu disediakan seperti Travel Adapter, Ubat-ubatan yang diperlukan.

Untuk memudahkan dan mengurangkan jumlah bagasi yang perlu dibawa, pastikan anda membawa pakaian yang ringan mengikut keperluan sahaja. Dan jang lupa untuk timbang terlebih dahulu bagasi anda supaya ianya tidak melebihi kapasiti muatan yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan anda terpaksa 'buang' barang anda ketika berada di lapangan terbang bagi mengurangkan berat bagasi.

6. Menukar Wang

Tukar wang ke matawang negara yang hendak anda tuju. Elakkan menukar wang di hotel atau lapangan terbang kerana kadar tukaran wang di tempat ini lebih mahal berbanding 'money Changer'  biasa. Sediakan juga akaun 'BigPay' untuk digunakan di tempat yang boleh menggunakan debit card. Tukaran nilai matawang di BigPay jauh lebih murah berbanding kadar tukaran wang semasa di money changer. 

bigpay


7. Bawa Bekal

Jika anda travel dan ingin menjimatkan kos perbelanjaan, sebaiknya sediakan bekal segera yang boleh di bawa seperti nasi, biskut atau roti. Kini sudah banyak nasi dan bekalan makan yang dibungkus untuk memudahkan untuk anda yang ingin travel seperti jenama (Brahim's).


Jika anda menempah homestay, sebaiknya masak sendiri lebih menjimatkan dan meyakinkan apabila berada di negara orang apatah lagi jika anda tidak tahu status halal sesuatu makanan di sana.

8. Beli Simkad atau aktifkan Pakej Roaming

Last but not least, jangan lupa dapatkan simkad atau aktifkan pakej roaming untuk anda dapatkan akses internet. Di zaman teknologi serba canggih, mempunyai data internet sangat penting ketika anda travel kerana ianya akan memudahkan anda untuk membuat carian atau meminta bantuan jika berlaku kecemasan.

Semak lebih awal pakej roaming yang berbaloi atau harga simkad di negara yang hendak anda lawati. Lebih mudah dapatkan simkad yang mempunyai akses 'Global' yang boleh di gunakan walau di mana anda berada. Ianya memudahkan jika anda perlu 'transit' di mana-mana selain negara yang ingin anda tuju, dan memerlukan internet.


Kesimpulan

Travel ke luar negara memang menyeronokkan. Pastikan anda membuat persediaan untuk menghadapi perkara luar jangka seperti flight delay, cuaca buruk dan sebagainya. Setiap persediaan pasti memudahkan anda. Pastikan juga anda sediakan dana kecemasan ketika travel. 

Akhir kata, semoga setiap perjalanan yang kita lakukan dapat membuka mata dan hati kita tentang luasnya dunia dan Kebesaran Maha Pencipta Kita.




#ProjekBlogMega
#NextLevelBlogging
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeThrive2023


Post a Comment

0 Comments