السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, 15 July 2016

18 Cara Atasi Gastrik Secara Semulajadi


Assalamualaikum wbt.

Menjadi suatu ‘kesengsaraan’ apabila GASTRIK menyerang kan?
Sepanjang bergelar mahasiswa di universiti, Allah temukan saya dengan ramaiiii sahabat-sahabat yang mengalami masalah Gastrik ni. Lewat makan, masuk angin dan mula lah gastrik menyerang. Sakitnya gastrik tu tak dapat saya bayangkan kerana Alhamdulillah saya bukan salah seorang dari mereka. Jadi, bagi orang-orang yang tergolong dalam kalangan pernah dan selalu mengalami Gastrik, apa yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah ni? Semoga 18 Cara Atasi Gastrik ini mampu membantu anda. ^^


Gastrik










1. Jangan tinggal Sarapan!


- Bagi anda yang selalu mengalami Gastrik, biasakan dan amalkan ambil sarapan awal pagi. Jangaaannn tinggal sarapan. Ini kerana, perut yang kosong akan menjadi asid yang dirembeskan dalam perut menjadikan perut pedih dan memberi ruang untuk Gastrik menyerang



2. Elakkan sarapan/makan dengan makanan berasid(masam) atau pedas

- Jika anda seorang penggemar makanan masam/pedas, belajarlah untuk kurang-kurangkan kesukaan anda tu ^^ . Makanan yang masam dan pedas akan meninggalkan kesan ketidakselesaan pada perut.



3. Biasakan makanan yang bersifat alkali

- Makanan yang bersifat alkali sangat membantu untuk meneutralkan asid dalam perut.





Sayur-sayuran bersifat alkali 




4. Makan lebih kerap (dengan kuantiti yang sedikit)


- Makan dengan kadar yang kerap akan mengurangkan keasidan di dalam perut. Asid yang dirembeskan dalam perut dapat digunakan untuk mencerna/memproses makanan yang dimakan.



5. Elakkan makan yang mempunyai bahan pengawet

- Elakkan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makan yang diperap dan dijeruk. Makanan saperti ini mempunyai pH keasidan yang agak tinggi.

- Walaupun mustahil untuk mendapatkan makanan tanpa pengawet pada zaman yang serba ‘mudah’ ini, namun anda punyai pilihan untuk memilih makanan yang KURANG bahan pengawet.



6.Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa


- Makan terlalu banyak pada satu masa akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut seperti sneak,kembung dan seumpamanya.



7. Berhenti mengambil ubat tahan sakit (pain killer)


- Kita selalu dibiasakan dengan ubat tahan sakit. Sakit sikit painkiller yang di cari. Dos ubat tahan sakit yang tidak terkawal akan memberi kesan pada perut disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam ubat tahan sakit tersebut.



8. BERHENTI Merokok, minuman beralkohol & minuman bikarbonat


- Buat anda yang biasa dengan rokok atau minuman beralkohol, perlahan-lahan tinggalkan tabiat yang tidak sihat ini! Kandungan rokok dan alcohol sangat memberi kesan yang bahaya pada tubuh anda.
- Minuman bikarbonat atau bergas bersifat tajam dan mampu memberi kesan pada perut.



9. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari

- Tubuh kita memerlukan air yang banyak untuk memfungsikan sistem dalam tubuh dengan baik.
- Air yang banyak mampu mengurankan pH asid dalam perut/tubuh



10. Makan/minum air bersumberkan halia

- Halia sangat membantu membuang angina dalam tubuh.



11. Minum Susu

- Susu bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid dalam perut.



12. Makan Bawang putih bakar

- Bawang putih sangat membantu melawas, membuang angina akibat gastrik.
- Cara-caranya, bakal seulas bawang putih selama 1-2 minit, kemudian kupas kulitnya dan basuhkan sedikit bahagian kehitaman akibat dibakar dan kunyah begitu sahaja. Walaupun rasanya kurang enak, namun ianya sangat bagus untuk mengatasi gastrik. ^^



13. Menggigit bunga cengkih

- Dengan menggigit bunga cengkih mampu menghasilkan air liur yang sangat membantu untuk penghadaman.



14. Minum air bersama Habbatus Sauda’

- Habbatus sauda’ merupakan makanan sunnah yang dipercayai mampu mengubati pelbagai penyakit.



15. Amalkan meminum air kelapa dan buah-buahan segar


- Air kelapa dan buah segar seperti pisang mempunyai pH yang tinggi yang mampu menutralkan asid dan melindungi perut dari asid dalam perut.



16. Belajar untuk mengawal tekanan

- Tekanan mampu menganggu hormone dan sistem tubuh. Sistem tubuh yang tidak stabil mampu menjejaskan kesihatan anda.



17. Ambil Vitamin B12, Vitamin E dan Vitamin C

- Semasa gastrik menyerang, vitamin-vitamin akan rosak dan dimusnahkan. Jadi, ambillah makanan yang mempunyai vitamin-vitamin tersebut untuk menggantikannya semula.



18. Lewatkan bersahur

- Bagi anda yang ingin berpuasa, lewatkanlah waktu bersahur sekitar +- 1jam sebelum waktu imsak supaya makanan yang diproses mampu memberi tenaga untuk anda bekerja sepanjang hari.


Kesimpulannya, amalkan lah pemakanan dan gaya hidup sihat untuk hidup yang berkualiti dan produktif! Selamat beramal dan semoga anda dikurniakan kesembuhan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. ^^

Niza Ahmad,
014-5671920


Continue Reading

Thursday, 14 July 2016

Set Gastrik


Assalamualaikum wbt

ANDA MEMPUNYAI GASTRIK?
PEDIH PERUT SAAT GASTRIK MENYERANG?
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pantang lewat makan, pedih perut!
Pantang makan pedas, pedih perut!
Pantang salah makan, pedih perut!
Pantang makan masam, pedih perut!

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan risau, Alhamdulillah ramai yang dah berjaya ikhtiar bersama produk Selamat,Semulajadi dan Berkesan dari syarikat Hijau ni! >_<
Apa yang sesuai di ambil oleh pesakit Gastrik?

1. Energy Soy Protein (ESP)
2. Peppermint-Ginger Plus
3. Alfalfa

Kenapa 3 Produk ni??


ESP

·         ESP
- Pembekal tenaga segera
- Mengandungi Protin : merupakan bahan utama dalam pembentukan tisu > organ > sistem penghadaman
- Mempunyai indeks glisemik yang rendah : melepaskan glukos perlahan-lahan dalam tubuh (memberi efek kenyang dalam jangka masa yang panjang)





Peppermint-Ginger Plus

·         Peppermint-Ginger Plus
- Mencegah masalah gastrik dan masalah penghadaman
- Mencuci usus dan perut
- Membantu penghadaman





Alfalfa

·         Alfalfa
- Membantu dalam perubahan patologi dalam usus & perut
- Membaiki masalah penghadaman

- Bersifat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut.



Gabungan ketiga-tiga produk ini mampu membantu mengatasi masalah Gastrik anda! Jom dapatkan segera. ^^


Niza Ahmad,
014-5671920.
Continue Reading

Slimming Set Bajet

Assalamualaikum wbt.

Bersiaran lagi di bulan Syawal 1437H/2016.
Bersempena bulan syawal yang masih berbaki ni, ramai yang pemakanan seimbang dan sihat semasa Ramadhan nya dah kelaut. Eh.

Manakan tidak,
“Ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam kehari~
Wajik dan Dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman~”
Lalala~

Jadi, marilah bersama kembali ke pangkal jalan. >_<
Jadi, untuk bersama manfaatkan apa yang Syarikat Hijau tawarkan, there is SOMETHING INTEREST dan tak asing lagi ingin saya perkenalkan >> SET KURUS BAJET<<

              Apa yang ada dalam Set Kurus Bajet ni?

1.       Lecithin (Bakar)
2.       Herblax (Buang)

Kurus


Apa yang best dengan 2 produk dalam set ni?

             LECITHIN

-          MEMECAHKAN LEMAK & KOLESTROL
-          Mempercepatkan PEMBAKARAN LEMAK
-          Mengaktifkan metabolism sel & Melambatkan penuaan
-          Mengemulsi lemak, kolestrol & trigliserid

HERB-LAX

-          Membantu masalah SEMBELIT
-          MENGEMPISKAN PERUT
-          Memberi kepejalan kepada perut
-          Mengembalikan proses semulajadi usus
-          Membersihakn najis yang tersekat dalam usus  





Jom terjah produk PANAS sepanjang masa ni.
Semoga terusssss dikurniakan kesihatan untuk terus menunaikan ketaatan. ^^

Niza Ahmad,
014-5671920




Continue Reading

Sunday, 3 July 2016

Kebaikan Nutriferon


Manfaat Utama

journeytoonedestiny.blogspot.my


1.    Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3hari
Ianya adalah satu-satu interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan  bahawa interferon ;
-         Mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem imun tubuh dengan mengarahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh ; T-cells, B-cells dan makrofag.


2.    Melawan Kanser dan Tumor
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang;
-         Meransang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser.
-         Mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.


3.    Melindungi dari Influenza
-         Mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara
-         Melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.


4.    Meringankan stress dan kelesuan
-         Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.


5.    Melambatkan penuaan
Formula unik Nutriferon ;
-         Meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
-         Menjadikan sel-sel lebih sihat.


6.    Mengurangkan Infeksi oleh Pesakit Hepatitis B & C
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit Hepatitis B & C.


7.    Meningkat Menopause
Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopause akan menjadi lebih baik.


8.    Meningkatkan PMS

Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan  waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.
Continue Reading

DTX Complex


Kenapa Shaklee?
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX Complex ; Ekstrak biji benih pokok susu tisel : menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati. DTX Complex mengandungi  bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik ; ekstrak daripada Schizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

DTX complex


Formulasi yang dipaten di dalam Shaklee DTX Complex



1.    Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Milk)  
-          Proses ekstrak ini mendapatkan 80 % silymarin yang kaya dengan bahan anti-oksida. Melindungi hati daripda toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia.
-          Merawat masalah hati seperti HEPATITIS dan SIROSIS.
-          Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alcohol.
-          Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang.
-          Membantu masalah kulit seperti PRORIASIS dan ECZEMA


Milk Thistle Seed




2.    Articok (Artichoke)
-          Membina semula sel-sel hati.
-          Meransang pengaliran hempedu.


Artichoke





3.    Dandelion
-           Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakan hati (HEPATITIS dan JAUNDIS)
-          Membantu penghadaman dengan meransang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang.
-          Membantu merawat ENDOMETRIOSIS .
-          Bertindak sebagai ‘julap lembut’ untk masalah SEMBELIT.
-          Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi-melawan ANEMIA.
-          Melawan TUMOR dan KANSER.
-          Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air.


Dandelion




4.    Kunyit (Tumeric)
-          Mengandungi curcumin ; bahan anti-oksida
-          Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
-          Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV.


Turmeric




5.    Reishi Mushroom (LingZhi)
-          Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat KANSER.
-          Mengurangkan masalah BRONKITIS dan SINUSITIS.
-          Merawat sindrom KELETHAN yang kronik
-          Membantu mencegah penyakit jantung.

Reishi Mushroom




6.    Schizandra
Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida. Ia juga berkait dalam;
-          Meransang sintesis protein
-          Meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan DETOKSIFIKASI.

-          Memperlahankan pembentukan toksin.

Schizandra

Continue Reading

Friday, 1 July 2016

Tinta Ramadhan 26

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Sekian lama menahan jari jemari dari menari di tinta ini, Alhamdulillah! 
Masih diberi kesempatan.

Its 26 Ramadhan 1437H. 

sudah. already. 26 hari berlalu..

Tanpa kita sedar ia semakin berlalu.. semakin pergi..

dia yang kita kobarkan Rindu sebelum hadirnya, 
sudahkah kita manfaatkan waktu bersamanya?

Tepuk dada tanyalah hati yang palingg dalam.
Semoga di situ letak kejujuran.

Secangkir madah mudah untuk di ukir, tapi tidak secubit rasa untuk singgah di hati.
Semoga Allah masih mengurniakan hati yang 'sihat' dan 'segar' untuk terus memburu cintaNya di kesempatan yang masih berbaki..



Mari menjadi hamba!

NA.
Continue Reading

Fungsi Hati

Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alcohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikal untuk membaiki dan merawat.


1. Rembesan Hempedu

- Cecair rembesan ini disimpan didalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). 
- Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak (A, D, E, K) dan membantu mengasimilasikan kalsium. 
- Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A.

 2. Bertindak sebagai Detoksifikasi

- Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang di detoksifikasi oleh hati. Hati mengawal metabolism protein.
- Untuk detoksifikasi ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolic, sisa racun serangga, dadah, alcohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahanlain yang kurang toksik. 
- Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. 
- Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul! =)



Fungsi Hati


 3. Mengawal paras gula dalam darah

- Dengan menukarkan tiroksina – hormone tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif.
- Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme.
- Hati mewujudkan GTF (factor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. 
- GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. 
-Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen , dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. 
- Hati juga memecahkan hormone seperti estrogen, adrenalin dan insulin.


4. Penting dalam Metabolisme Lemak


- Hati penting dalam sistesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. 
- Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.

Continue Reading