السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 26 July 2016

12 Beza Ubat dan Suplemen Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum wbt


"Banyak nya suplemen kena makan? Tak pe ke makan banyak-banyak ni?"



Selalu saya di tanya soalan ni bila buka lemari suplemen saya. Almaklum di situ la letak 'khazanah' Vit c, Vita-lea, B-complex, GLA, Vit E, ESP dan segala bagai lagi yang jadi 'suppliear tambahan' saya setiap hari. 

Manakan tidak, makan sehari-hari yang saya ambil belum tentu cukup dengan keperluan nutrisi tubuh saya. Jad, bagi membetulkan persepsi dan kefahaman 'ramai orang' tentang beza ubat dan suplemen ni, makanya Speciaaaalll saya tulis entry ni! Semoga membantu ^^





Tahniah sebab berjaya habiskan bacaan! semoga jadi ilmu yang bermanfaat untuk anda =D



Continue Reading

Thursday, 21 July 2016

13 Makanan Tinggi Protein


 Assalamualaikum wbt

Mengapa Protein dikatakan bagus untuk DIET berbanding Karbohidrat?

Protein Berfungsi :


1. Bertindak sebagai sumber tenaga
2. Mengatur keseimbangan kadar asid dalam sel
3. Mampu meningkatkan kadar metabolisme
4. Membentuk dan mempernbaiki otot yang rosak
5. Memperbaiki di peringkat sel
6. Protein juga mampu meransang pengeluaran hormon yang menenggelamkan rasa lapar
7. Tubuh membakar lebih banyak kalori ketika makan makanan yang tinggi PROTEIN                berbanding KARBOHIDRAT


Jenis-jenis Protein:



1. Protein Nabati (Protein berasaskan tumbuhan)
 - cth : Tauhu, tempe, kacang badam dll


2. Protein Hewani (Protein berasakan haiwan)
 - cth : ikan, telur, susu kambing dll




Makanan Mengandungi Tinggi Protein:


1. Dada Ayam (28gm/100gm)
- Dada Ayam mengandungi protein yang tinggi dan rendah lemak berbanding bahagian ayam yang lain.

2. Daging Kambing (24gm/100gm)

3. Daging Lembu (20.3 gm/100gm)

4. Udang (20.3 gm/100gm)

5. Ikan Salmon (20.35gm/100gm)
- Ikan Salmon mengandungi omega-3 yang baik untuk tubuh dan kandungan kalori yang Rendah.

6. Ikan Tuna (29gm/100gm)

7. Telur (12.6gm/100gm)

8. Susu Kambing(3.5gm/100gm)

9. Keju (21gm/100gm)

10. Kacang Soya (36.49gm/100gm)

11. Kacang Badam (21.22gm/100gm)

12. Brokoli (2.82gm/100gm)

13. Bayam (3.6gm/100gm)



Pilihlah makanan yang mengandungi protein tinggi berbanding karbohidrat kerana Protein akan memberi kesan kenyang dalam jangka masa yang panjang.

Semoga entry kali ini bermanfaat! ^^



Continue Reading

Tuesday, 19 July 2016

Body Build dengan Shaklee?

SET BINA BADAN

Assalamualaikum wbt

Set Bina Badan pun hado?
Hadoo.. Jangan risau sebab Shaklee adalah Syarikat Suplemen yang Selamat, Semulajadi dan berkesan. Since ianya adalah suplemen, perlu kita faham dulu apa fungsi suplemen berbanding ubat. ^^ 

Suplemen, bahasa ringkasnya adalah makanan tambahan yang membantu untuk 'support' kekurangan nutrisi dalam badan. Kebiasaanya nutrisi boleh didapatkan daripada makanan yang dimakan seharian. Namun, kekurangan nutrisi bisa terjadi kerana pemakanan yang kurang berkhasiat, tidak seimbang dan tidak asli (GMO-Genetically Modified Organism) yang di ambil kita hari ini. Jadi, setiap permasalahan insyaAllah ada jalannya untuk di ikhtiarkan bersama Shaklee kerana Produk Shaklee melalui ujian klinikal khas oleh pakar-pakar nutrisi.

Untuk Cadangan bagi anda yang ingin bina badan (Body builder), anda di sarankan untuk mengambil :

1.       ESP/Cinch Shake
2.       Mealshake
3.       Ostematrix

·         ESP/Cinch Shake

- Mempunyai GI yang rendah
- Memberi tenaga segera
-Diperkaya dengan Leucine yang membantu memelihara otot semasa menurunkan berat badan (Cinch Shake)
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi

Cinch Shake



·         Mealshake

- Mempunyai nutrisi lengkap (24 jenis vitamin, mineral & zat yang diperlukan)
- Membantu tumbesaran (mengandungi asid folik, biotin, kalsium & magnesium yang diperlukan untuk membina tulang & sel-sel semasa proses tumbesaran
- Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut & usus.

Mealshake



·         Ostematrix

- Memelihara metabolisma kerangka & pertumbuhan otot
- Menguatkan tulang
- Mengaktifkan enzim tubuh & menghasilkan tenaga.


Ostematrix


Dah go through kenapa 3 produk ni sangaatttt best untuk anda yang ingin bina badan?

Nice. 

Jom dapatkan hari ini produk oseemm ni! ^^


Niza Ahmad,
014-5671920

Continue Reading

Friday, 15 July 2016

18 Cara Atasi Gastrik Secara Semulajadi


Assalamualaikum wbt.

Menjadi suatu ‘kesengsaraan’ apabila GASTRIK menyerang kan?
Sepanjang bergelar mahasiswa di universiti, Allah temukan saya dengan ramaiiii sahabat-sahabat yang mengalami masalah Gastrik ni. Lewat makan, masuk angin dan mula lah gastrik menyerang. Sakitnya gastrik tu tak dapat saya bayangkan kerana Alhamdulillah saya bukan salah seorang dari mereka. Jadi, bagi orang-orang yang tergolong dalam kalangan pernah dan selalu mengalami Gastrik, apa yang boleh anda lakukan untuk atasi masalah ni? Semoga 18 Cara Atasi Gastrik ini mampu membantu anda. ^^


Gastrik










1. Jangan tinggal Sarapan!


- Bagi anda yang selalu mengalami Gastrik, biasakan dan amalkan ambil sarapan awal pagi. Jangaaannn tinggal sarapan. Ini kerana, perut yang kosong akan menjadi asid yang dirembeskan dalam perut menjadikan perut pedih dan memberi ruang untuk Gastrik menyerang



2. Elakkan sarapan/makan dengan makanan berasid(masam) atau pedas

- Jika anda seorang penggemar makanan masam/pedas, belajarlah untuk kurang-kurangkan kesukaan anda tu ^^ . Makanan yang masam dan pedas akan meninggalkan kesan ketidakselesaan pada perut.



3. Biasakan makanan yang bersifat alkali

- Makanan yang bersifat alkali sangat membantu untuk meneutralkan asid dalam perut.





Sayur-sayuran bersifat alkali 




4. Makan lebih kerap (dengan kuantiti yang sedikit)


- Makan dengan kadar yang kerap akan mengurangkan keasidan di dalam perut. Asid yang dirembeskan dalam perut dapat digunakan untuk mencerna/memproses makanan yang dimakan.



5. Elakkan makan yang mempunyai bahan pengawet

- Elakkan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makan yang diperap dan dijeruk. Makanan saperti ini mempunyai pH keasidan yang agak tinggi.

- Walaupun mustahil untuk mendapatkan makanan tanpa pengawet pada zaman yang serba ‘mudah’ ini, namun anda punyai pilihan untuk memilih makanan yang KURANG bahan pengawet.



6.Elakkan makan terlalu banyak dalam satu masa


- Makan terlalu banyak pada satu masa akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut seperti sneak,kembung dan seumpamanya.



7. Berhenti mengambil ubat tahan sakit (pain killer)


- Kita selalu dibiasakan dengan ubat tahan sakit. Sakit sikit painkiller yang di cari. Dos ubat tahan sakit yang tidak terkawal akan memberi kesan pada perut disebabkan bahan kimia yang terdapat dalam ubat tahan sakit tersebut.



8. BERHENTI Merokok, minuman beralkohol & minuman bikarbonat


- Buat anda yang biasa dengan rokok atau minuman beralkohol, perlahan-lahan tinggalkan tabiat yang tidak sihat ini! Kandungan rokok dan alcohol sangat memberi kesan yang bahaya pada tubuh anda.
- Minuman bikarbonat atau bergas bersifat tajam dan mampu memberi kesan pada perut.



9. Amalkan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari

- Tubuh kita memerlukan air yang banyak untuk memfungsikan sistem dalam tubuh dengan baik.
- Air yang banyak mampu mengurankan pH asid dalam perut/tubuh



10. Makan/minum air bersumberkan halia

- Halia sangat membantu membuang angina dalam tubuh.



11. Minum Susu

- Susu bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid dalam perut.



12. Makan Bawang putih bakar

- Bawang putih sangat membantu melawas, membuang angina akibat gastrik.
- Cara-caranya, bakal seulas bawang putih selama 1-2 minit, kemudian kupas kulitnya dan basuhkan sedikit bahagian kehitaman akibat dibakar dan kunyah begitu sahaja. Walaupun rasanya kurang enak, namun ianya sangat bagus untuk mengatasi gastrik. ^^



13. Menggigit bunga cengkih

- Dengan menggigit bunga cengkih mampu menghasilkan air liur yang sangat membantu untuk penghadaman.



14. Minum air bersama Habbatus Sauda’

- Habbatus sauda’ merupakan makanan sunnah yang dipercayai mampu mengubati pelbagai penyakit.



15. Amalkan meminum air kelapa dan buah-buahan segar


- Air kelapa dan buah segar seperti pisang mempunyai pH yang tinggi yang mampu menutralkan asid dan melindungi perut dari asid dalam perut.



16. Belajar untuk mengawal tekanan

- Tekanan mampu menganggu hormone dan sistem tubuh. Sistem tubuh yang tidak stabil mampu menjejaskan kesihatan anda.



17. Ambil Vitamin B12, Vitamin E dan Vitamin C

- Semasa gastrik menyerang, vitamin-vitamin akan rosak dan dimusnahkan. Jadi, ambillah makanan yang mempunyai vitamin-vitamin tersebut untuk menggantikannya semula.



18. Lewatkan bersahur

- Bagi anda yang ingin berpuasa, lewatkanlah waktu bersahur sekitar +- 1jam sebelum waktu imsak supaya makanan yang diproses mampu memberi tenaga untuk anda bekerja sepanjang hari.


Kesimpulannya, amalkan lah pemakanan dan gaya hidup sihat untuk hidup yang berkualiti dan produktif! Selamat beramal dan semoga anda dikurniakan kesembuhan dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. ^^

Niza Ahmad,
014-5671920


Continue Reading

Thursday, 14 July 2016

Set Gastrik


Assalamualaikum wbt

ANDA MEMPUNYAI GASTRIK?
PEDIH PERUT SAAT GASTRIK MENYERANG?
--------------------------------------------------------------------------------------------
Pantang lewat makan, pedih perut!
Pantang makan pedas, pedih perut!
Pantang salah makan, pedih perut!
Pantang makan masam, pedih perut!

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan risau, Alhamdulillah ramai yang dah berjaya ikhtiar bersama produk Selamat,Semulajadi dan Berkesan dari syarikat Hijau ni! >_<
Apa yang sesuai di ambil oleh pesakit Gastrik?

1. Energy Soy Protein (ESP)
2. Peppermint-Ginger Plus
3. Alfalfa

Kenapa 3 Produk ni??


ESP

·         ESP
- Pembekal tenaga segera
- Mengandungi Protin : merupakan bahan utama dalam pembentukan tisu > organ > sistem penghadaman
- Mempunyai indeks glisemik yang rendah : melepaskan glukos perlahan-lahan dalam tubuh (memberi efek kenyang dalam jangka masa yang panjang)





Peppermint-Ginger Plus

·         Peppermint-Ginger Plus
- Mencegah masalah gastrik dan masalah penghadaman
- Mencuci usus dan perut
- Membantu penghadaman





Alfalfa

·         Alfalfa
- Membantu dalam perubahan patologi dalam usus & perut
- Membaiki masalah penghadaman

- Bersifat alkali untuk meneutralkan asid dalam perut.



Gabungan ketiga-tiga produk ini mampu membantu mengatasi masalah Gastrik anda! Jom dapatkan segera. ^^


Niza Ahmad,
014-5671920.
Continue Reading

Slimming Set Bajet

Assalamualaikum wbt.

Bersiaran lagi di bulan Syawal 1437H/2016.
Bersempena bulan syawal yang masih berbaki ni, ramai yang pemakanan seimbang dan sihat semasa Ramadhan nya dah kelaut. Eh.

Manakan tidak,
“Ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam kehari~
Wajik dan Dodol jangan lupakan peninggalan nenek zaman berzaman~”
Lalala~

Jadi, marilah bersama kembali ke pangkal jalan. >_<
Jadi, untuk bersama manfaatkan apa yang Syarikat Hijau tawarkan, there is SOMETHING INTEREST dan tak asing lagi ingin saya perkenalkan >> SET KURUS BAJET<<

              Apa yang ada dalam Set Kurus Bajet ni?

1.       Lecithin (Bakar)
2.       Herblax (Buang)

Kurus


Apa yang best dengan 2 produk dalam set ni?

             LECITHIN

-          MEMECAHKAN LEMAK & KOLESTROL
-          Mempercepatkan PEMBAKARAN LEMAK
-          Mengaktifkan metabolism sel & Melambatkan penuaan
-          Mengemulsi lemak, kolestrol & trigliserid

HERB-LAX

-          Membantu masalah SEMBELIT
-          MENGEMPISKAN PERUT
-          Memberi kepejalan kepada perut
-          Mengembalikan proses semulajadi usus
-          Membersihakn najis yang tersekat dalam usus  





Jom terjah produk PANAS sepanjang masa ni.
Semoga terusssss dikurniakan kesihatan untuk terus menunaikan ketaatan. ^^

Niza Ahmad,
014-5671920




Continue Reading

Sunday, 3 July 2016

Kebaikan Nutriferon


Manfaat Utama

journeytoonedestiny.blogspot.my


1.    Mengukuhkan Sistem Imun dalam masa 3hari
Ianya adalah satu-satu interferon semulajadi di dunia. Kajian-kajian telah menunjukkan  bahawa interferon ;
-         Mampu meransang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem imun tubuh dengan mengarahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh ; T-cells, B-cells dan makrofag.


2.    Melawan Kanser dan Tumor
Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang;
-         Meransang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor dan kanser.
-         Mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.


3.    Melindungi dari Influenza
-         Mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara
-         Melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.


4.    Meringankan stress dan kelesuan
-         Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.


5.    Melambatkan penuaan
Formula unik Nutriferon ;
-         Meransang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.
-         Menjadikan sel-sel lebih sihat.


6.    Mengurangkan Infeksi oleh Pesakit Hepatitis B & C
Keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dll kepada pesakit Hepatitis B & C.


7.    Meningkat Menopause
Hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopause akan menjadi lebih baik.


8.    Meningkatkan PMS

Terbukti secara klinikal mengurangkan symptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan  waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.
Continue Reading