السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 24 September 2013

Musafir di Bumi ILahi.

Assalamualaikum wbt..
Salam kasih Ilahi buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Keluarga Baginda, Para sahabat, mujahiddin dan seluruh ummatnya 
hingga akhirzaman.

Kembara sebgai hamba.
Kembara sebgai khalifah.
Bergelar anak, pelajar,masyarakat dan pelbagai tanggunjawab bukan amanah yang mudah hendak di galas.
Dalam usaha mematangkan diri menelusuri tarbiyyah diri,
memajukan diri di pentas ini. lelah kadang terasa.
Namun tekad terus gah berdiri.
Bukankah rehat yang hakiki hanya ada d dunia abadi?

wahhaaaiii..

Bermadah berhelah la pulak.
Alhamdulillah.
Sesak jugak rasanya dada kala ini.
Mengenangkan betapa Rasul mulia lebih lagi tanggunjawab dan amanah di pikulnya.
Namun, x lupa dirinya ada hak untuk ummat.
Sedang aku?
Alhamdulillah kerana Allah msih lagi melimpahkan rahmat dan Kasihnya untuk kita bertemu lgi di ruangan ini.
Berkongsi suka dan duka.. cehhh -_-

“Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(AlQamar :49)


Alkisah 3 hari berlalu dengan penuh dasyatnya. *hiperbola
Perjalanan merentas laut, membuat ku terfikir. betapa hebat.gah.besar. nya kuasa Dia.
Sedang langit dan bumi yang terhampar luas tidak satu pun terlepas dari pengetahuanNya.

lalu.. Nikmat Tuhan Yang Mana lagi Kamu dustakan?
Syahdu rasa memandang ke bawah. laut dan daratan.
Kecilnya kita ini sebagai hamba. seringkali ingkar,
Cuai menunaikan amanah dan tanggungjawab.
Muhasabah ini melebar lagi..
Melihat gunung, kembali terkenang

“Sesungguhnya Kami telah tawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu sangat zalim lagi bodoh. " (Al-Ahzab: 72 )

Ya. Manusia itu zalim. Zalim kerana mengikat janji sudahnya memungkiri.
Namun, Allah mengingatkan semula 
bahawa manusia makhluk paling mulia berbanding makhluk yang lain di atas muka bumi ni. tapi, dengan syaratnya yang menunaikan janji denganNya untuk Mengabdikan diri padaNya dan menjadi Khalifah yang memakmurkan bumiNya.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (Surah At-Tin :4)



Sungguh. terkesan. mentadabbur alam punya kuasa yang hebat bagi yang mahu berfikir.
Jadilah Hamba, Khalifah, Ummat, Anak, masyarakat yang hebat. 
Yang bersegera berusaha menuju kejayaan.

"Beza Manusia dan makhluk lain adalah kurniaan Akal. Maka gunakanlah pada tempatnya."
Moga terhindar dari golongan yang di perkatakan Allah. Zalim  & Bodoh. Nau'zubillahi min zalik.


wallahu'alam.

wasslam wth.

Tuesday, 17 September 2013

Kebaikan ESP Shaklee

Assalamua'laikum wbt..

 ESP = Energy Soy Protein.

Untuk apa?

meh baca ni..

KEPENTINGAN PROTEIN


Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, Setiap organ kita memerlukan protein .

AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN


Kekurangan protein menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan , masalah penghadaman , masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


Protein boleh di dapati dalam pemakan seharian kita seperti ikan, bijirin, daging bla bla bla..
tapi, persoalannya apakah hidangan harian kita mengandungi protein (terutama pada yang tidak menitik beratkan khasiat dalam makanan). ok, kalau ada bagus. alhamdulillah. tapi, persoalan lagi apakah kuantitinya cukup untuk di 'consume' kan ke seluruh badan kita.

Jadi, di sini fungsi suplemen tambahan.






MANFAAT UTAMA YANG ANDA DAPAT DARI ESP.


1. Awet Muda 

- Asid Amino penting untuk membina otot ,kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dll.. Pengambilan yang kerap adalah KUNCI kepada AWET MUDA. InsyaAllah. ^^


2. Baik untuk Hormon 

- Kacang Soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita . Ia membantu merendahlan paras kolestrol, mencegah risiko Osteoporosis dan Sakit Jantung.


3. Baik untuk Prostat

 - Geinstein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser . Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menularkan sel DNA kepada sel kanser . Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Kulit Remaja

 - Meransang pembentukan semula kulit dan otot , mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot , percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal Tenaga

 - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, makan ia baik untuk kekal bertenaga, MENCEGAH MIGRAIN, INSOMNIA dan TEKANAN.


6. Membaiki Pigmentasi 

- Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.


7. Membaiki Memori 

- Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.



:: Produk Shaklee berasaskan sumber semulajadi. :: 



Berminat?

Niza : 0145671920
         : https://www.facebook.com/nnizaahmad (PM)
         : nizaahmad192@gmail.com (email)



w'salam.

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved