السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Wednesday, 29 July 2015

My Dapur Idaman : Resipi Sushi

Assalamualaikum wbt.

Beberapa hari lepas, teringin sangat nak makan sushi sampai termimpi-mimpi..
kronik betul. Sudahnya, saya pun men'google' resipi sushi yang mudah + simple,

Alkisahnya, terjumpa la resipi dari blog kanda Namee Roslan.

Disebabkan saya ni jenis tak suka ikut resipi sebiji-biji dan suka sangat modified ikut sedap tangan,
Maka terhasil lah resipi Sushi sukahati ni. ^^

Untuk adik kakak abang yang teringin nak cuba buat sushi kat rumah tu, bole cuba resipi ni ya! 

  • Bahan-bahan:
-Beras (saya guna beras kanji biasa aje)
-Timun (timun jepun asalnya. Tapi sebab tak sempat pegi jepun,timun malaysia saje hado)
-Crab stick (rendam dengan air panas 2-3minit) dan di toskan
-Tuna
-2biji telur ( di goreng dadar & potong jd macam fillet)
-Seaweed
-Setengah cawan cuka
-3 sudu besar gula
-1 susu kecil garam


  • Cara-cara
1. Masak nasi seperti biasa.Cuma lebihkan air supaya nasi lembik sedikit dan melekat
2. Sebatikan gula + garam dalam air cuka.
3. Bahan (2) dituang sedikit demi sedikit ke dalam nasi dan digaul sebati. Sebatian bahan(2) tidak semesti di gunakan semuanya. Cukup sekadar sesedap rasa dan tekstur mengikut kuantiti nasi.
4. Timun di belah dua,dibuang bijinya dan di potong memanjang.(rujuk gambar)
5. Step untuk menggulung sushi
- lapikkan seaweed di atas permukaan plastik (plastik bungkusan nasi lemak biasanya. Tak tahu nama apa :3)
-ratakan nasi di atas permukaan seaweed dan mampatkan
-letakkan crab stick, fillet telur dadar, timun dan tuna
-gulung perlahan-lahan dengan santunnya supaya seaweed tu tak terkoyak.
-kemudian potong ala 'lemang' dengan menggunakan pisau yang tajam.
-siap untuk dihidang. 😉




*Disebabkan ini adalah percubaan pertama saya, dan asalnya tak berniat untuk meng'arkib'kan resipi ini di sini, maka tak banyak gambar yang boleh saya semadikan di ruangan ini. 

Selamat Mecuba! =)
🎉

No comments:

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved