السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saturday, 29 August 2015

Menuju Tahun Akhir : 8 Tips Hadapi Projek Tahun Akhir Dengan Senyuman.

Bismillah..
Assalamualaikum wbt,

Menghabiskan minggu-minggu akhir Latihan Industri sangat mendebarkan. 
*ewah.
kerana berakhirnya Latihan Industri adalah indikator kepada 'Pintu Gerbang' Tahun Akhir sedang melambai sambil tersenyum ngeri. 
** beginikah sikap prejudisnya mahasiswa Gen-Y? heh.

Tahun Akhir adalah satu perkataan yang mampu membuat sesiapa saja bakal mengunjungi nya berbaur dengan segala perasaan. Gembira! Mestilah gembira bagi yang tak sabar nak habiskan zaman kampus. Takut! Saaangaatt menakutkan bagi yang biasa di'momok'kan dengan kisah-kisah ngeri senior dengan pelbagai masalah terutamanya Projek Tahun Akhir (FYP)/ Projek Sarjana Muda (PSM).

Untuk makhluk yang suka mem'positive'kan segala benda disekeliling seperti saya ni, kekadang terfikir bagaimana nak 'turns' ke'ngeri'an tersebut kepada suatu yang memajukan diri dan sesiapa saja yang berjaya mengawal minda dari awalnya.

Jadi, Belum terlambat untuk kita siapkan minda sebelum melangkah ke tahun Akhir. Semoga yang bakal kita hadapi juga seperti yang di bayang dan dirancang dengan bantuan dan izinNya. InsyaAllah.


8 Tips Menghadapi FYP/PSM


1. Bijak memilih Tajuk Projek

Ramai pelajar yang tidak menyukai tajuk projek sendiri atau mudah katanya bosan di pertengahan jalan tentang projek sendiri. Di sebabkan itu anda perlu bijak memilih tajuk yang betul-betul memenuhi minat anda dan anda mampu komited menyiapkan tugasan sehingga akhir.

Tidak di nafikan juga pendapat sesegelintir yang menyatakan memilih pensyarah pembimbing (supervisor = sv) lebih utama kerana sv tersebut yang bakal memberi tunjuk ajar dan markah kepada pelajar. Benar. Jika ini mudah bagi anda untuk memilih sv, maka itu bonus. 

Jika sebaliknya yang tidak berpeluang memilih sv, maka yang terbaik bagi anda adalah memilih tajuk berkenaan bidang yang anda minat dan arif tentangnnya. 


2. Menggunakan masa secara 'flexible'

Pertamanya adalah menjadualkan dan meletakkan target bagi suatu tajuk atau bab untuk di siapkan dalam sekian-sekian tempoh masa.

Kemudian, disiplinlah! Disiplin menyiapkan tugasan mengikut masa yang ada secara fleksible. Manfaatkan masa yang ada mengikut jadual masing-masing. Tahun akhir adalah tahun yang di sibukkan dengan kelas, projek, program dan komitmen lain. Jadi, gunakan masa yang ada dengan sebaiknya! Jangan tunggu hingga saat akhir baru nak siapkan. 

3. Manfaatkan masa yang 'banyak' terluang

FYP/PSM adalah subjek yang jarang atau tak pernah listed dalam jadual kelas. 
Yes. Jadi, pelaksanaannya adalah 'full time'. bila sebut 'full time' atau sepanjang semester, 'banyak' la kenkonon kan masa yang ada. 

Konon. Belum tolak masa nak siapkan tutorial, assignment etc etc..
itu sikit. Masa selebihnya kemana? manage time wisely. haa. gitu.. pesan depan cermin ni.
*tak perlu cliche sangat, budak engine tak lari dari kerja last minit bagai.*

4. Jangan 'mengelat' nak jumpa SV

Tidak kurang juga 'sejarah' mencatatkan yang pelajar gemar mengelat dari berjumpa dengan sv. Kenapa? Antara top alasannya adalah
1. Projek belum ada progress. malu nak jumpa
2. SV selalu sibuk *padahal belum deal meeting pun*
3. Tak tahu nak present/tanya apa pada sv

hah. gitu.. kenapa projek belum ada progress? ada masalah troubleshoot atau apa?
Itu persoalan yang menjadikannya 'alasan' untuk sokmo-sokmo jumpa sv deh..
Show your effort. 

Hakikatnya, sv mempunyai berguni-guni pengalaman sebelum beliau bergelar 'super'visor.
Maka, jangan lepaskan peluang  'ambil kesempatan' untuk up kan diri anda dan timba, baldi, telagakan ilmu dari mereka. hokey?

5. Selesaikan 'bottle neck' secepatnya.

Dalam 'journey' nak menyiapkan projek, anda akan jumpa bermacam-macam masalah versi 'bottle neck' atau 'bump' yang hakikatnya jika tidak diselesaikan segera akan menyebabkan tertundanya tugasan anda! contoh-contoh 'bottle neck' adalah seperti Equation yang tak sesuai, instrument yang gagal di 'connect', atau software yang selalu pulak ERROR!.

Selesaikan segera. Boleh rujuk kepada sv, atau artikel, kajian, sahabat-sahabat dan pelbagai sumber yang boleh dapat 'celah gigi' je zaman sekarang ni. ewah?

6. Jangan lupa mencatat!

Kadang-kadang ramai cenderung untuk menyiapkan projek sepenuhnya sebelum mula menyiapkan report. Menyiapkan projek sepenuhnya baru mula dengan menulis report adalah tergolong dalam kategori LAST MINUTE. Harap Maklum.

Jadi, sementara menunggu progress projek siap, maka silalah ringankan tangan untuk menulis report. Hal ini kerana, penulisan report bahagian teori tidak banyak melibatkan hasil dari projek. Jadi, siapkan yang boleh disiapkan dahulu tanpa bertangguh!

7. Biasakan diri dengan 'repeat action'.

Repeat Action di sini ditujukan khas bagi perkara-perkara yang nampak remeh tapi PENTING! seperti format penulisan report. Kalau boleh, settingkan dari awal penulisan report mengikut format yang di sediakan. Atau biasakan diri dengan Repeat Action.
Check semula format setiap kali habis menulis report.

8. Tips Akhir : Have Faith!

Tips Akhir tapi patut di 'apply' sejak awal. Ini yang cuba saya ingatkan, ajak diri sendiri dan anda untuk sama-sama Yakin! Man jadda wa jada. Siapa berusaha, dia berjaya. 
Kita hidup berTuhan. Maka, letakkan sepenuh harapan dan pergantungan hanya pada Dia yang Maha Pemurah. Memudahkan urusan dan perjalanan kembara kita sebelum, semasa dan selepas alam dunia.

Maka, biasakan diri mengadu kepadaNya, Semoga dengan sifat Ar-Rahim Nya memudahkan urusan khusus Projek Tahun Akhir ini dengan ikhlas, dan kekal dengan senyuman. 

Don't Stress ok! ^^



*Segala perkongsian dalam halaman ini bertujuan sebagai peringatan dan persediaan diri sendiri yang bakal melangkah ke tahun akhir!

** Ambil yang jernih-jernih aje ok. Semoga bermanfaat buat anda pembaca budiman. =)

*** Perkongsian ini juga di adaptasi dari sini mengikut pengalaman setahun jagung saya.

Wallahu'alam.

Kias ...

Bismillah.

Kias Cinta - Suhaimi


Seandainya dunia tiada warna 
tetap kan ku kagumi 
indah maya alam ciptaanNya 
kudratNya ku agungi 

Namun jalin warna zahirlah sang pelangi 
menyisih mendung menambat seri 
terbias semua cahaya 
nyata ilham di alam mimpi 
betapa ku syukuri nikmatNya 
ku pasti 

Begitu kias cinta 
hadir menghuni jiwa 
menyatu sejuta rasa 
kurnia penuh bermakna 

Tika dalam gelita 
atau sepi kembara 
dihadirkan rasa cinta 
sisih segala duka 
anugerah dariNya 

Hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan 
tiada lain yang jadi rayuan 
namun Dia Maha Mengerti 
tak mampu insan bersendiri 
menempuh dugaan yang menguji 
naluri 

Begitu kias cinta 
hadir menghuni jiwa 
menyatu sejuta rasa 
kurnia penuh bermakna 

Tak akan ku persia 
limpah rahmat yang Esa 
bagaikan jalinan warna 
yang menyulam cahaya 
biasan kasihNya 

Moga tak diuji asyik cinta duniawi 
mengharap teduh redha Ilahi 
kerna segala kurnia 
hadirnya hanyalah pinjaman 
sungguh ku syukuri kesempatan 
bahagia



Mengharap teguh Redha Ilahi.
29/8/2015, 11.56 am.

5 Sebab Anda Perlu Ambil Vitamin dari Usia Muda!

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t,

"Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan".

Ha.. Begitulah umpamanya produk-produk suplemen, vitamin, kesihatan dan kecantikan yang ada di pasaran hari ini.

Hal ini membuktikan bahawa manusia kini kian 'terancam' dengan gaya hidup dan tahap kesihatan diri sehingga menyebabkan kita akur dan sedar bahawa kita memerlukan nutrisi/vitamin/suplemen tambahan untuk menampung kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh,

KENAPA anda perlu mengambil Vitamin/suplemen/nutrisi tambahan dari usia muda?

1. Pemakanan seharian yang tidak seimbang dan makan makanan yang terlebih masak. (hilang zat dan nutrien)



- Kecenderungan kita memilih makanan yang hanya 'sedap' pada selera kita tanpa menghiraukan nutrisi yang diperlukan tubuh menjadikan kita mengamalkan pemakanan seharian kita yang tidak seimbang mengikut piramid makanan menjadikan tubuh kekurangan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh,

- Selain itu, makanan yang dimasak terlalu lama di atas dapur juga akan kehilangan zat semasa proses memasak yang disebabkan oleh suhu yang panas.


2. Buah-buahan dan sayuran yang tercemar dengan racun perosak.


"Saya selalu masak di rumah!". "Hari-hari saya pastikan family saya makan sayur-sayuran dan  buah-buahan".. Syabas! Ini menunjukkan anda sangat komited untuk berikan yang terbaik buat keluarga anda. Tapi tahukah anda sejauh mana sayur-sayuran dan buah-buahan kita di pasaran segar dan bebas dari racun dan juga bahan kimia? * thinking :3 *


- Tidak sedikit yang kita tahu petani atau peladang-peladang yang menggunakan racun serangga bagi menjaga 'kebajikan' tanaman mereka dari serangga perosak bukan? melainkan anda menanam sayur-sayuran dan buah-buahan sendiri =)

- Tidak kurang juga yang menggunakan  teknik GMO (Genetically Modified Organism) bagi mempercepatkan 'tumbesaran' tanaman dan haiwan. Ini menghasilkan sayur-sayuran atau buah-buah yang pra-matang. Adakah kita yakin juga tentang zat dan nutrisi yang terkandung di dalamnya??


3. Makanan segera (diproses)


Fast food merupakan makan 'feveret' yang last long bagi setiap lapisan masyarakat khusus di Malaysia. Sebut aje KFC, McD, SubWAY, bla bla bla.. jarang orang tak tahu :3
Tapi sejauh mana kita ambil peduli bagaimana makan tersebut di proses? Sebersih mana makanan tersebut disediakan? Paling utama, sebanyak mana zat dan nutrisi penting di salurkan ke dalam tubuh kita?

- Sesuai nama nya 'fast food' = makanan segera, setiap makanan yang disediakan dengan cara 'mudah' dan 'segera'. Bahan-bahan yang di awet, di 'kitar guna semula'. 

"Kasihani buah pinggang anda"

4. Tekanan stress/ fizikal



- Tekanan / stress sering 'menghantui' sesiapa saja tak kira usia dan bangsa. heh.
Tekanan dengan kerja, belajar, orang sekeliling dan apa jua penyebabnya boleh memberi impak kepada musnahnya vitamin-vitamin penting dalam tubuh seperti B2, B5, B6 dan vit C.

- Jelas lagi nyata tanpa kita sedar zat dan nutrisi yang sambil lewa 'kita jaga' di dalam tubuh mampu termusnah dan merencatkan aktiviti-aktiviti sel dalam tubuh. Kesannya mungkin tak keihatan esok atau lusa. Tapi saat kita tak mampu berbuat apa melainkan menangung akibatnya.


5. Pengambilan ubat-ubatan menganggu penyerapan zat makanan.



- Pengambilan ubat-ubatan seperti painkiller, antibiotik dan seumpamanya mampu menganggu kadar serapan zat dan nutrisi dari makanan. 

- Kenapa ia berlaku? Ini disebabkan ubat-ubatan yang diperbuat dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya walaupun sedikit akan 'kekal' ataupun mengambil masa yang lama untuk disingkirkan dari buah pinggang. Hal ini yang akan menjadikan zat dan nutrisi yang bakal diserap terganggu.


* Tarik nafasssss....hembus! Pejam mata sekejap dan fikir adakah salah satu senarai di atas dalam senarai 'gaya hidup' kita? Bertindak sekarang!

Semoga Bermanfaat buat pembaca budiman. =)










Monday, 3 August 2015

Young Entrepreneur System (YES) : Usahawan Muda Berjaya!

Assalamualaikum wbt,

YES! YES! YES!

Apobondo eh YES ni?

Young Entrepreneur System ini di wujudkan khas untuk belia-belia muda yang ingin menceburkan diri dalam program keusahawanan bersama Shaklee. 

Apakah tawaran menarik dalam program ini?

Program ini menawarkan 5 insentif hebat untuk anda rebut iaitu:

1) Sebotol Vitalea PERCUMA bernilai RM88.75

Rujuk entri saya yang lepas untuk makluman lebih lanjut.

2) Dengan mendaftar 6 orang ahli baru anda layak mendapat bayaran 100% bonus

Hadiah tunai berganda (gandaan 100%) untuk peserta yang memenuhi syarat 100% EMI*. Sebagai contoh melalui EMI anda layak menerima hadiah tunai RM700, tetapi melalui program YES ini Shaklee membayar anda RM700 + 100% iaitu bersamaan RM1400 pada bulan ini.
3) Pendapatan Tunai bulanan EXTRA sebanyak 10% – 50% setiap bulan selama 13 bulan.

 Contohnya bulan Jun anda layak menerima RM1000 tapi melalui YES, Shaklee akan membayar anda sebanyak RM1500 bagi bulan tersebut.


4) Pembelian PAKEJ YES yang lebih murah sebanyak 5% diskaun dengan POINTS yg lebih banyak

Anda layak membeli 4 set produk terHANGAT di Pasaran ini dengan diskaun berganda-ganda!



5.  Hadiah Tunai sehingga RM18000 bagi peserta yang berjaya FOLLOW dan DUPLICATE system YES ni dengan cemerlang*


Amacam?? Ada berani? =) Jom! Mulakan langkah mencapai impian anda hari ini!!

Hubungi saya Rakan Bisnes Anda hari ini. <3


F.O.C Vitalea

Assalamualaikum wbt.


Tengok tajuk entri macam hottt je kan. F.O.C mane tak hot.
Free Of Charge kan! sejak May lagi tawaran hot ni hah.
Tawaran apa ni??

Mai nak habaq..

Sempena ulang tahun yang ke 100 produk hot Vita-Lea ni Shaklee menawarkan produk ini free of charges! dengan setiap pendaftaran sebagai ahli baru dan pembelian apa-apa barangan shaklee! Mudah kan?



Jimat dan berbaloi-baloi!
Daftar segera dengan hanya bayaran keahlian sebanyak RM65.oo dan pembelian minima sebanyak RM30++ dan anda dapat produk hot bernilai Rm80++ dan segala kelebihan sebagai ahli termasuk program 3C.

Apakah 3C?

Sebaik mendaftar sebagai ahli, anda layak untuk dapat 

1. Cash Bonus
2. Car Bonus
3. Convention dalam dan luar negara.

Nak tahu lebih lanjut??
Klik sini dan tanya saya bagaimana ^_^

Cepat rebut adik, kakak, abang rebut peluang sehingga Oktober ini!
Peluang untuk anda side income, main income. Dengan Shaklee, segalanya mungkin.
ha.. gitu.
InsyaAllah =)

Welcoming our new Member Of "Secret Of Jutawan Ummah Empire"




Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved