السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, 25 October 2019

Resepi Cucur Jawa - Senang je Rupanya!

Cik R ni sukar dijangka. Kadang datang sendiri tanpa di duga. 

Tapi kalau di cari, tak kunjung tiba.

Jadi, di pagi Jumaat yang indah ni, maka muncul cik R ni menyebabkan terhasilnya cucur jawa ni.
orang Kedah kata 'coq jawa' 😂 atau ada orang gelar cucur topi.

owh Cik R tu = Rajin

Ha sukati la, yang penting benda yang sama.

Cucur Jawa ni memang all time feveret Niza la. Tambah zaman sekaran ni susah beno nak jumpa. Kalau sebelum ni nak makan, memang Niza cari je kalau ada jual. Kalau ada tu, rezeki la. Kalau tak ada, pasrahkan saja.😆

Tak pernah terfikir nak buat pun sebab ingatkan susah bebeno. Ye la, tengok rupa yang complicated tu dah seram nak cuba.


cucur topi


Sampaikan ada sahabat tanya, bentuk dia tu guna acuan karipap ke jadi macam tu?

Tergelak Niza dibuatnya. Kreatif betul soalan.

Ok jadi, itu lah kejadiannya cucur Jawa dari seorang beginner yang baru keluar dari 'gua' ingatkan susah nak buat cucur jawa.

Dah, sebelum Niza merapu lagi panjang, jom tengok resepi senang yakmaaattt yang mana korang pun bole cuba buat kat rumah ok!

BAHAN-BAHAN :
1. 1 Cawan air suam
2. 1 Cawan Gula putih (bole guna 3/4 cawan je kalau nak kurang manis)
3. 1 Cawan Gula merah
4. 2 Cawan Tepung gandum
5. 2 Cawan Tepung beras
6. 1 sudu teh garam


CARA-CARA:
1. Satukan gula putih, gula merah, dengan air suam. Kacau hingga larut gulanya dan tapis.

2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam ke dalam adunan air gula tadi. Kacau dan pukul sebati. Kalau pekat sangat adunan, boleh lah tambah air suam sikit demi sikit hingga adunan tidak terlalu pekat.

3. Peram adunan sekurang-kurangnya 3 jam. Lebih baik, semalaman. Niza bancuh adunan semalam dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah yang biasa tu. 

Keesokannya dah boleh menggoreng!

Owh ya, kalau dah peram semalaman dalam peti sejuk, biasanya adunan akan jadi kembali pekat. Jadi, sebelum menggoreng, korang boleh lah tambah sikit demi sikit air suam untuk kurangkan kepekatan adunan tu.

4. Untuk menggoreng, gunakan 2-3 senduk minyak je. Asalkan cucur nak di goreng tu sedikit tenggelam dek minyak.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana, bila dah panas boleh perlahankan api. Tuang adunan menggunakan senduk saiz sederhana. Biarkan cucur terbentuk dengan sendirinya sambil tu, boleh kuis minyak di sekeliling cucur ke bahagian atas cucur.

Dah agak-agak masak, bole terbalikkan cucur dan biarkan sekejap untuk masak bahagian bawah. 

6. Dah siap, boleh angkat dan letak atas redai atau lapik tisu untuk serap minyak.

Kemudian, siap di makan! Sambung la menggoreng cucur jawa korang tu sampai puas hati.😋

Disebabkan ini first time buat, maka Niza tak ada gambar atau video yang dirakam semasa proses membuat kuih ni.

InsyaAllah kita cuba lagi lain kali okeh!

Dah cuba jangan lupa komen 😎

Selamat Mencuba!


No comments:

Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved