السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, 25 October 2019

Resepi Cucur Jawa - Senang je Rupanya!

Cik R ni sukar dijangka. Kadang datang sendiri tanpa di duga. 

Tapi kalau di cari, tak kunjung tiba.

Jadi, di pagi Jumaat yang indah ni, maka muncul cik R ni menyebabkan terhasilnya cucur jawa ni.
orang Kedah kata 'coq jawa' 😂 atau ada orang gelar cucur topi.

owh Cik R tu = Rajin

Ha sukati la, yang penting benda yang sama.

Cucur Jawa ni memang all time feveret Niza la. Tambah zaman sekaran ni susah beno nak jumpa. Kalau sebelum ni nak makan, memang Niza cari je kalau ada jual. Kalau ada tu, rezeki la. Kalau tak ada, pasrahkan saja.😆

Tak pernah terfikir nak buat pun sebab ingatkan susah bebeno. Ye la, tengok rupa yang complicated tu dah seram nak cuba.


cucur topi


Sampaikan ada sahabat tanya, bentuk dia tu guna acuan karipap ke jadi macam tu?

Tergelak Niza dibuatnya. Kreatif betul soalan.

Ok jadi, itu lah kejadiannya cucur Jawa dari seorang beginner yang baru keluar dari 'gua' ingatkan susah nak buat cucur jawa.

Dah, sebelum Niza merapu lagi panjang, jom tengok resepi senang yakmaaattt yang mana korang pun bole cuba buat kat rumah ok!

BAHAN-BAHAN :
1. 1 Cawan air suam
2. 1 Cawan Gula putih (bole guna 3/4 cawan je kalau nak kurang manis)
3. 1 Cawan Gula merah
4. 2 Cawan Tepung gandum
5. 2 Cawan Tepung beras
6. 1 sudu teh garam


CARA-CARA:
1. Satukan gula putih, gula merah, dengan air suam. Kacau hingga larut gulanya dan tapis.

2. Masukkan tepung gandum, tepung beras, garam ke dalam adunan air gula tadi. Kacau dan pukul sebati. Kalau pekat sangat adunan, boleh lah tambah air suam sikit demi sikit hingga adunan tidak terlalu pekat.

3. Peram adunan sekurang-kurangnya 3 jam. Lebih baik, semalaman. Niza bancuh adunan semalam dan simpan dalam peti sejuk bahagian bawah yang biasa tu. 

Keesokannya dah boleh menggoreng!

Owh ya, kalau dah peram semalaman dalam peti sejuk, biasanya adunan akan jadi kembali pekat. Jadi, sebelum menggoreng, korang boleh lah tambah sikit demi sikit air suam untuk kurangkan kepekatan adunan tu.

4. Untuk menggoreng, gunakan 2-3 senduk minyak je. Asalkan cucur nak di goreng tu sedikit tenggelam dek minyak.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana, bila dah panas boleh perlahankan api. Tuang adunan menggunakan senduk saiz sederhana. Biarkan cucur terbentuk dengan sendirinya sambil tu, boleh kuis minyak di sekeliling cucur ke bahagian atas cucur.

Dah agak-agak masak, bole terbalikkan cucur dan biarkan sekejap untuk masak bahagian bawah. 

6. Dah siap, boleh angkat dan letak atas redai atau lapik tisu untuk serap minyak.

Kemudian, siap di makan! Sambung la menggoreng cucur jawa korang tu sampai puas hati.😋

Disebabkan ini first time buat, maka Niza tak ada gambar atau video yang dirakam semasa proses membuat kuih ni.

InsyaAllah kita cuba lagi lain kali okeh!

Dah cuba jangan lupa komen 😎

Selamat Mencuba!


Khasiat Bawang Putih untuk Kesihatan



GARLIC atau biasa kita kenali sebagai bawang putih 
ternyata membawa banyak manfaat untuk kesihatan.
Bawang putih biasanya jika dikupas dari kulitnya tidak 
mengeluarkan bau. 

Tetapi apabila dipecahkan atau dipotong akan mengakibatkan reaksi Alliin & Alliinese (enzim) yang di gelar – Allicin

Allicin ini lah yang mengeluarkan bau. Allicin ini merupakan komponen aktif dalam bawang putih dan bertindak sebagai agen kuasa terhadap bakteria. Allicin ini juga bersifat penyembuh dalam bidang perubatan dan kesihatan.


Garlic Shaklee



Kebaikan Garlic

1. Melawan bakteria dan semua jenis jangkitan seperti:-

  • Kerongkong & telinga
  • perut memulas
  • Cirit birit
  • Bronkitis
  • Luka-luka
  • Resdung
  • Jangkitan yang berulang-ulang (seandainya di sarankan mengambil antibiotic, segera ambil Garlic kerana merupakan antibiotic semulajadi)
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Meningkatkan pengeluaran Insulin (untuk pesakit Kencing Manis


BAGAIMANA CARA MENGHASILKAN GARLIC

1. Daripada minyak garlic

2. Garlic yang dipecahkan (crushed Garlic)

3. Conventional high Heat (Penggunaan suhu yang sangat tinggi)

4. Freeze Dried Powder (Serbuk kering yang dibekukan)

5. Extract proses yang menghilangkan bau Garlic
* Kesemua proses di atas mempunyai kandungan ALLICIN yang rendah dan mengurangkan keberkesanannya.



Perbezaan Shaklee

1. Menggunakan proses mengawal bau Garlic untuk memelihara komponen semulajadi bawang putih

2. Hanya bawang putih asli dan berkualiti tinggi tanpa pencemaran serangga digunakan bagi Garlic Shaklee

3. Dijamin berkesan.

Punca dan Cara Mengatasi Gout


Apabila sebut pasal sakit Gout ni, mesti kita terbayangkan kaki yang bengkak kebiruan dan tentunya diiring rasa sakit yang ngilu! 

Sebelum kita kupas dalam lagi tentang sakit Gout ini, jom kita ambil tahu sebenar-benarnya sakit Gout tu?


Apa itu GOUT?


1. Satu penyakit yang melibatkan sendi-sendi menjadi
bengkak

2. /keadaan bengkak itu disebabkan oleh ‘Uric Crystal’ 
yang merosakkan tisu-tisu pada sendi-sendi

3. Gout terjadi akibat kegagalan pada sistem tubuh badan 
iaitu gagagl menyingkirkan asid urik dalam tempoh tertentu.



set gout shaklee



Bagaimana GOUT berlaku?


Sel kita sering pecah(burst) dan digantikan semula dengan sel baru (kecuali sel neuron). Setiap kali sel-sel pecah, nucleus sel itu juga akan pecah atau mati.

Sel yang pecah ini akan mengeluarkan hampas dalam bentuk ‘nucleic acid’. Bahan ini akan membentuk ‘uric acid’ yang perlu dikeluarkan dalam bentuk ‘urea’ melalui sistem perkumuhan (Pundi kencing).

Proses ini akan berlaku secara semulajadi jika 
sel-sel mengandungi zat galian dan vitamin yang cukup.

Jika nutrisi ini berkurangan, uric acid tidak dapat diubah  
daripada ‘uric acid’ kepada ‘urea’. Maka ‘uric acid’ ini akan terus mengalir dalam darah.

Apabila ‘uric acid’ mengalir dalam darah, ia akan bergabung dengan magnesium dan seterusnya membentuk ‘uric crystals’.

Uric Crystals inilah yang akan tersekat dan menyumbat di 
sendi-sendi. Ia juga akan mencetuskan alahan yang menyebabkan terkeluarnya bahan radang yang membuat sendi-sendi itu bengkak. Inilah yang membentuk gout dan memberi kesan yang sangat sakit.

Jadi, dah nampak kan sedikit sebanyak penyakit Gout ini berpunca dari Uric Acid yang banyak berkumpul dalam badan.
Jika tak disingkirkan maka ini yang akan mendorong epada penyakit Gout.


Bagaimana Uri Acid boleh bertambah?

1. STRESS

Kajian mendapati bahawa uric acid bertambah sebanyak
18kali atas paras biasa sewaktu stress. 
Hal ini kerana, terlalu banyak enzim, vitamin, zat galian, bahan-bahan minyak dalam kumpulan gamma-linoleneic dan alpha-linolineic-acid habis digunakan dan perlu digantikan.


2. KEGEMUKAN



3. PEMAKANAN

Makanan yang tinggi kandungan purine (meninggalkan 
leaves uric acid sebagai waste product)


4. PENGGUNAAN UBAT /DADAH
Risiko kerosakkan buah pinggang dan menyebabkan tidak mampu menapis uric acid dalam darah.


5. KEKURANGAN VITAMIN B5 (Panthothenic Acid)
Berfungsi untuk menukar Uric Acid kepada Urea.



6. KEKURANGAN VITAMIN E
Membantu menghindarkan pemecahan nucleas


Adakah ubat yang mampu merawat pesakit Gout ini?


set gout


Pengubatan

Berdasarkan bidang perubatan, penyakit Gout tiada ubat 
untuk merawat sepenuhnya penyakit ini. Yang ada Cuma untuk mengurangkan kesan Gout seperti


  • Non-Steroid Inflammation : Mengurangkan bengkak
  • Drug : Mengawal uric acid


Dan ubat-ubatan ini perlu di ambil sepanjang hayat dan berisiko mempunyai kesan sampingan.


Tapi, ketahuilah. kecukupan nutrisi dari pemakanan sihjat dan seimbang mampu membantu dalam pembaikan sel tubuh dan menambah baik kualiti kesihatan kita.

Peranan Nutrisi Tambahan/Suplemen

Fungsi suplemen adal untuk ‘REVERSE THE CAUSE’.

1. B-complex : asid folic yang membantu metabolism, 
meningkatkan Vitamin B5, Sebagai anti-stress.

2. Vitamin C- Meningkatkan sistem ketahanan imun

3. Vitamin E – Sebagai anti-oksidan, membantu buah 
pinggang menapis uric acid

4. ESP – Membina dan membaiki sel yang terjejas

5. Omega Guard (EPA) – Meredakan keradangan sendi-sendi

6. Zinc – Penting dalam metabolism protein dan membaiki 
sel

7. GLA – Penting dalam fungsi enzim-enzim.

8. Garlic – Sebagai antibiotic semulajadi melawan 
kesakitan.

9. Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Membantu mengatasi masalah sakit-sakit tulang


10. Alfalfa – Mengatasi sakit sendi, alergik & buah pinggang.

Tuesday, 22 October 2019

Kepentingan Kalsium untuk Ibu Mengandung

FAKTA

Apabila berbicara tentang Kalsium, satu fakta yang perlu kita ketahui tentang kalsium adalah Kalsium wujud banyak dalam tubuh manusia sehingga merangkumi 2% dari keseluruhan berat badan kita!

Di mana terletaknya kalsium-kalsium yang banyak ni?

98% Kalsium terdapat pada tulang
1% terdapat pada gigi (99% gigi terdiri daripada Kalsium)
1% terdapat dalam darah

FUNGSI KALSIUM

  • Membina & mengekalkan tulang & gigi yang kuat.
  • Mengeluarkan hormon & Enzim badan
  • Mengawal 'muslcle contraction'
  • Menstabilkan dan membantu proses penyerapan oleh sel
  • Membantu pengeluaran tenaga
  • Memungkinkan pembekuan darah.

Bagaimana Badan Mendapatkan Kalsium?

1st  - Melalui darah
2nd - Melalui makanan/diet
3rd - Melalui tulang. Apabila ini berlaku, berkemungkinan Osteoporosis akan bermula.


Kalsium amat penting untuk semua peringkat usia umumnya. Namun, mengapa ianya sangat penting untuk seorang Ibu Hamil untuk mencukupkan keperluan Kalsium harian (50mg-1300mg)? Bayi yang dikandung akan mendapatkan sumber kalsium dari Ibu. Jadi, seorang Ibu yang hamil perlu mencukupkan keperluan kalsium bahkan lebih dari biasa (ketika tidak hamil).


kalsium ostematrix



KEPENTINGAN KALSIUM UNTUK IBU HAMIL

  • Menguatkan tumbesaran bayi.
  • Membantu perkembangan sistem saraf bayi
  • Membantu tumbesaran otot bayi
  • Menguatkan jantung bayi
  • Mengelakkan ibu hamil mengalami sakit belakang
  • Menguatkan tulang ibu

BAGAIMANA UNTUK MENDPATKAN KALSIUM YANG CUKUP SETIAP HARI?

Kalsium boleh didapat melalu pemakan setiap hari. Antara Makan yang boleh di ambil untuk menyerap keperluan kalsium adalah:-
  • Sayuran Hijau seperti Brokoli, bayam
  • Oat
  • Keju
  • Susu
  • Yoghurt
  • Roti
  • Makanan Laut (yang bebas merkuri)
  • Makanan tambahan kalsium (Suplemen)

Perlu diketahui juga Kalsium yang dimakan melalui makan tidak diserap 100% oleh tubuh kita.
Penyerapan Kalsium bagi seorang dewasa hanyalah sekitar 20%-50%, Manakala bagi seorang kanak-kanak hanya 50%-70% .

Namun, Penyerapan kalsium boleh ditingkatkan dengan kewujudan dengan Vitamin D.

Pastikan Tubuh anda juga mempunyai Vitamin D atau ambil makanan tambahan Kalsium yang juga beserta dengan Vitamin D.


Pil Kalsium
Pil Kalsium yang diperkaya juga dengan Vitamin D, Magnesium untuk meningkatkan kadar penyerapan ke dalam tubuh.



Bagi yang sangat susah atau allergik dengan produk tenusu, Boleh cuba amalkan Ostematrix sebagai makanan tambahan kalsium anda. 😊







Monday, 21 October 2019

Set Detox Shaklee

DETOX USUS, HATI, DARAH & TUBUH DENGAN SET DETOX SHAKLEE


Thursday, 17 October 2019

Cara Detox Tubuh Secara Semulajadi

Alhamdulillah, hari ni hari ke16 Niza on going Detox.

Memang best! Sebab badan rasa lebih ringan, mudah bangun pagi berbanding sebelum ni asyik nak 'snooze' je alarm kan..😆 


Awal pagi dah lebih produktif dari sebelum ni lepas pukul9 dah rasa mengantuk balik! haa.. realiti ye.


Berat dah kurang +/- 3kg dan ukur lilit pinggang dah kurang +/-2 inch!


Ni result lepas Detox 14hari dengan menu Relax (konsep sukusukuseparuh & eatclean).


Ha.Tapii.. hari ni Niza bukan nak cerita testimoni sendiri berdetox!😎


Niza nak kongsi CARA DETOX yang korang boleh amalkan secara semulajadi dari rumah je.


Sebelum tu, kena lah faham dulu KENAPA kita perlu DETOX?


Siapa yang fikir Detox tu untuk kurus sebenarnya?
Baik ngaku cepat! haa..

Sebenarnya kurus tu adalah sebahagian dari kesan Detox. Tapi manfaat utama Detox sebenarnya lebih dari itu!



KEPENTINGAN DETOX

Setiap hari toksin masuk ke dalam tubuh kita melalu makanan, udara, minuman dan pelbagai cara tubuh kita yang terdedah kepada persekitaran.
Toksin yang berkumpul dan banyak dalam tubuh kita akan menganggu sistem tubuh kita dari berfungsi secara Optimum.

Bila dah sebut 'sistem tubuh', maka ianya meliputi semua sel, tisu, organ dalam tubuh kita. Dan kekurangan efisyen dalam proses tubuh ini yang akan menterjemahkan kewujudan toksin dalam tubuh dengan pelbagai penyakit dan ke'tidaknormal'an fungsi tubuh kita dari biasa.

Sakit Kepala, Sukar tidur malam, sembelit, mudah dijangkiti selesema, demam, senggugut, haid tidak teratur dan macam-macam lagi la kalau Niza nak sebut satu persatu.

Kenapa ini berlaku? Sebab toksin tadi tu la. Toksin tadi dah menganggu sistem tubuh kita dari berfungsi secara normal dan Efisyen.

Jadi, itu lah sebab perihal pentingnya kita untuk Nyahtoksin dari tubuh kita!

Penting ke penting sangat?

Dah boleh faham kenapa perlu Detox selain untuk kurus?😂

Kalau dah faham kenapa perlunya Detox, baru la boleh proceed seterusnya pada Cara Detox!

So, bagaimana nak Detox secara semulajadi ni?


CARA DETOX

1. Mulakan awal pagi dengan segelas air kosong.

Air kosong dipermulaan hari akan membantu sistem pencernaan untuk menyahtoksin dari sistem perkumuhan.

2. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurang 2-3liter sehari)

Air kosong membantu melancarkan sistem tubuh. Tak perlu risau asyik nak ke tandasss je! Pergi tandas untuk nyahtoksin 😎

3. Kawal pemakanan dari sudut penyediaan makanansumber dan kuantiti.

Kenapa kena jaga seawal penyediaan makanan? Kerana cara anda memasak dan menyediakan makanan akan memberi impak sebanyak mana toksin yang akan masuk semula ke dalam tubuh. Reduce the risk ok!

Sumber pun sama. Adakah sumber pemakanan yang ingin di masak organik? selamat? bebas racun dan seumpamanya?
Mungkin sukar untuk kita kawal ketat semuanya. Namun sekurang-kurangnya, buatlah pilihan bijak!

Kuantiti? Perut rumah penyakit. Makanan yang berlebihan akan menyebabkan kita lemah, lemau dan malas. Apabila badan lemau, kita kuranggg melakukan aktiviti fizikal. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan makanan yang kita makan akan berkumpul menjadi lemak yang menjadi 'tempat simpanan' toksin!


4. Perbanyakkan makanan yang kaya dengan serat, Vitamin dan minerals

Mengapa pentingnya makanan yang kaya dengan serat, vitamin dan minerals?

Makanan yang kaya serat akan membantu penyerapan sekaligus memberi kesan kenyang lebih lama manakala vitamin dan minerals pula penting untuk pembentukan proses dalam tubuh, membantu sel berfungsi dengan lebih baik dan optimum.


5. Kurangkan minyak yang merbahaya dan bertoksik untuk kesihatan dan gantikan dengan minyak yang lebih baik manfaatnya seperti Minyak Zaitun atau Minyak Kelapa.

Bagi mengurangkan risiko toksin menyerap ke dalam tubuh melalui pemakanan, wajiblah kita menjaga setiap apa yang masuk ke dalam tubuh.

6. Kurangkan atau elakkan mengambil gula yang diproses.

Gula proses banyak memberi mudarat kepada kesihatan tubuh. Jika perlu untuk merasakan manisan dalam makanan, boleh gantikan dengan madu atau gula organik yang lebih sedikit risikonya.

7. Detox dengan nutrisi tambahan untuk mencuci Usus, darah, hati dan tubuh.




Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved