6 Idea Menu Sahur Sihat Dan Sedap Yang Mudah Disediakan

Idea Menu Sahur Sihat

Bila tiba bulan Ramadan, selain pening memikirkan juada berbuka, tak kurang juga yang pening fikirkan menu Sahur. Makanan ketika Sahur sangat penting dalam menentukan tenaga dan produktiviti kita di siang hari ketika berpuasa. Manakan tidak, kita makan waktu sahur untuk tenaga di siang hari. 

Ada golongan yang tidak kisah berpuasa tapi tidak bangun sahur. Hasilnya, asyik melepet di siang hari. Lagi teruk golongan yang bekerja tapi asyik menongkat dagu di pejabat, tersengguk-sengguk di meja tak bertenaga. Disebabkan itu lah kita disarankan untuk bangun bersahur seperti sabda Rasulullah saw, 

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 


Memang banyak cabaran untuk bangun sahur ketika bulan puasa. Apatah lagi perlu bangun awal, menyiapkan makanan. Ada sesetengah golongan tidak suka makan berat di awal pagi. Bersahur tidak semestinya perlu makan nasi dan seumpamanya. Terdapat pelbagai makanan yang lebih baik dan membantu memberi tenaga kepada sepanjang berpuasa. 


Pilihan Makanan Ketika Sahur

Memilih makanan yang tepat sangat penting untuk bekalan tenaga dan untuk kesihatan jangka masa panjang. Makanan yang Rendah Glisemik Indeks akan membantu anda kenyang lebih lama walaupun makan dalam kuantiti yang sedikit. Pilihan makanan yang boleh anda variasikan untuk sahur yang sihat dan bertenaga :

1. Sayur dan Buah

2 Jenis makanan ini sangat penting dalam diet seharian kerana terdapat pelbagai nutrien yang penting dalam sayur dan buah untuk keperluan tubuh badan kita. Memakan sayur dan buah ketika bersahur bukan sahaja membantu tubuh dapat nutrisi penting, tapi jugak 2 jenis makanan ini sangat tinggi serat yang membantu kita kenyang lebih lama dan membantu mengurangkan craving.

2. Protein

Protein yang tinggi sangat bagus untuk membantu badan kenyang lebih lama. Terdapay banyak sumber protein yang boleh kita variasikan menjadi menu sahur yang kenyang, sihat dan sedap. Antaranya :
- Telur
- Ikan
- Ayam
- Daging
- Tauhu
- Tempe 

3. Bijirin Penuh

Makanan dari sumber bijiran penuh (wholemeal) sangat rendah Glisemik Indeks (GI) yang menjadikan kita sentiasa bertenaga dan tidak meningkatkan gula dalam darah secara mendadak. Terdapat banyak makanan sumber Karbohidrat dari Bijirin Penuh seperti 
- Roti
- Beras Perang
- Pasta
- Roti Tortilla

4. Kurma

Selain dari merupakan makanan sunnah, Kurma mempunyai banyak khasiat yang memberi manfaat kepada tubuh. Kurma merupakan makanan yang rendah kalori, tinggi serat dan membantu untuk puasa yang bertenaga jika di ambil ketika sahur.

5. Oat

Oat merupakan makanan sihat yang popular. Bagi yang baru berjinak-jinak menjadikan oat makanan yang rutin, oat kosong mungkin tidak menarik dan membosankan. Tapi sebenarnya oat boleh dipelbagaikan resepinya!

Dalam mengolah kepelbagaian resipi makanan yang sihat dan membantu puasa kita bertenaga jua produktif, penting juga untuk kita menitik beratkan tips-tips pemakanan supaya menu-menu yang kita sajikan kepada diri dan keluarga benar-benar membantu puasa kita. Cara memasak juga sangat mempengaruhi makanan itu sama ada sihat atau tidak. Jom tengok apa Idea Menu Sahur yang sihat dan sedap Niza nak share kan dengan anda.


Idea Menu Sahur Sihat & Sedap

1. Fritata Telur Putih

fritata putih telur
Fritata Putih telur yang lengkap dengan protein dan sayuran


Fritata Putih telur ini sangat mudah, sedap dan mengenyangkan. Ianya sangat sesuai buat anda yang tak suka berlama-lama di dapur menyediakan makanan sahur. Fritata putih telur ni seperti 'murtabak', tapi tidak dicanaikan bersama doh atau tepung. Seperti telur dadar, tapi lebih kaya dengan sayur.


2. Overnight Oat

overnight oat
Overnight oat yang boleh dipelbagaikan dengan variasi buah-buahan


Overnight oat adalah pilihan makanan sahur atau sarapan yang sangat popular dalam kalangan pengamal diet yang sihat. Overnight oat ini sangat mudah di sediakan dan tidak perlu dimasak terlebih dahulu. Ianya boleh disediakan pada waktu malam sebelumnya dengan mencampurkan oat, yogurt asli, susu segar, madu dan buah-buahan kegemaran anda. 


3. Protein Salad


Protein Salad

Salad yang dimakan dengan ayam panggang bersama sos salad


Gabungan salad yang pelbagai, sos salad dan protein seperti grilled chicken, beef atau telur sangat menyelerakan. Sahur ringkas yang sangat kaya nutrisi dan serat penting untuk tubuh dan membantu memberi tenaga dan kenyang lebih lama. 



4. Bubur Oat


Bubur Oat
Bubur Oat yang dimasak dengan Cendawan dan telur

Menu oat kosong mungkin agak membosan kan jika di makan hari-hari buat penggemar Oat. Tahukah anda? Oat juga boleh dijadikan bubur seperti bubur nasi. Namun, bubur oat ini lebih mengenyangkan dan memberikan tenaga lebih lama serta tidak meningkatkan kadar gula dalam darah secara mendadak.
 
Buat anda yang bercita-cita untuk kurus sebelum raya, menu sahur bubur oat ini wajib anda cuba! Ianya boleh dimasak dengan isi ayam, masukkan juga cendawan, carrot atau sayur yang anda suka. Siap untuk dinikmati.


5. Ayam Bakar dengan Kacang 


Ayam Panggang yang dimasak bersama Kacang Pis dan jagung

Bersahur dengan protein sangat membantu memberi tenaga kepada tubuh. Selain itu protein juga membantu memperbaiki sel-sel badan. Kecukupan protein yang di ambil dalam diet sangat penting. Anda juga boleh mencuba idea menu sahur sihat dan sedap ini. 

Pilih dada ayam yang mempunyai kurang lemak. Boleh diperap dengan rempah kesukaan anda semalam sebelum grilled kan ianya atas pan atau dimasukkan ke dalam Air Fryer sahaja. Kacang Pis, jagung, tomato dan sayur juga kekacang pilihan anda boleh dimasak dengan cara stir fry atau dibakar bersama ayam yang diperap.



6. Protein Shake

Protein shake
Protein Shake yang dikisar bersama dengan kurma dan pisang

Sahur mudah dan ringkas tapi mengenyang. Sejak 2014 Niza mula kenal produk Shaklee, setiap kali puasa pasti tak lupa protein shake untuk sahur. Protein Shake Shaklee yang sedap dan rendah Glisemik Indeks sangat membantu kenyang lebih lama dan membantu puasa yang lebih bertenaga sepanjang hari. Paling mudah berpuasa dengan Set Puasa Shaklee yang cepat. 5 minit sahaja dah siap!


Apakata mereka yang berpuasa dengan Set Puasa Shaklee?

Tak rasa lapar sampai ke petang bersahur dengan ESP + Lifeshake


Makin Energetic bersahur dengan ESP + Cinch


Sahur Minum Cinch coklat kenyang sampai berbuka. 


Bagi husband sahur dengan ESP + Cinch, tak lapar dan tak dahaga sepanjang hari


Berpuasa ambil ESP semasa sahur tetap kenyang walaupun menyusu baby.


Kesimpulannya, pengalaman berpuasa dengan Set Puasa Shaklee sepanjang 9 tahun ini memang sangat membantu puasa yang bertenaga. Bagi Niza, cabaran besar semasa berpuasa adalah mudah haus atau dahaga!

Sejak kenal shaklee, Niza mengamalkan Sahur dengan:
1. Protein Shake membantu kenyang lama dan bertenaga
2. Performance Drink (Minuman Elektrolit) yang membantu mengurangakn dahaga semasa berpuasa.
3. Cinch Tea membantu meningkatkan metabolisme badan, mengurangkan rasa mengantuk dan lemau.
4. Air Kosong yang cukup

Dengan asbab bertemu set puasa Shaklee ini, bulan puasa lebih ceria dan produktif! Alhamdulillah.





Shaklee Business Leader
Business Coach of Flourish Legacy

Post a Comment

0 Comments