Kelebihan dan Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Kelebihan dan Keistimewaan Vitamin C Shaklee berbanding jenama lain



Vitamin C merupakan salah satu nutrien penting dalam pemakanan harian kita. Ia memainkan peranan utama dalam menjaga kesihatan kulit, sistem imun, dan banyak lagi. 

Tahukah anda? 
Vitamin C tidak dapat dihasilkan sendiri di dalam tubuh manusia. Jadi, kita harus mengambil Vitamin C dari pemakanan.

Vitamin C boleh diperolehi daripada sumber semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini bermaksud ia adalah produk semula jadi yang tidak mengandungi bahan kimia tambahan yang berbahaya. Pengguna boleh yakin bahawa mereka mendapatkan nutrien semula jadi. 

Namun begitu, jumlah Vitamin C yang terdapat dalam makanan sangat terhad. Sebagai contoh, untuk mendapat 500mg Vitamin C, kita harus mengambil lebih kurang 7biji oren atau 119 biji carrot. Vitamin C juga mudah termusnah oleh racun perosak, teroksidasi sepanjang proses penuaian dan sebagainya sebelum ianya dapat diserap oleh tubuh kita.

Tubuh kita memerlukan sejumlah Vitamin C berbeza berdasarkan usia, dan jantina seperti :

Lelaki
- Dewasa lelaki biasanya disarankan untuk mengambil kira-kira 90 hingga 100 mg Vitamin C setiap hari.
- Bagi lelaki yang aktif secara fizikal atau merokok, mereka mungkin memerlukan lebih banyak Vitamin C, kira-kira 100 hingga 120 mg sehari.


Perempuan
- Dewasa perempuan biasanya disarankan untuk mengambil kira-kira 75 hingga 90 mg Vitamin C setiap hari.
- Perempuan hamil atau menyusu mungkin memerlukan lebih banyak Vitamin C, bergantung kepada nasihat doktor.


Kanak-kanak
-Kanak-kanak memerlukan jumlah yang lebih rendah berbanding dewasa.
Biasanya, kanak-kanak berumur 1-3 tahun boleh memerlukan sekitar 15-30 mg sehari.
- Kanak-kanak berumur 4-8 tahun biasanya memerlukan sekitar 25-50 mg sehari.
- Kanak-kanak berumur 9-13 tahun biasanya memerlukan sekitar 45-85 mg sehari.


Warga Emas
Warga emas mungkin memerlukan lebih sedikit Vitamin C berbanding orang dewasa yang lebih muda.
- Sejumlah kira-kira 70 hingga 90 mg sehari mungkin mencukupi untuk warga emas yang sihat.

Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu atau mengambil ubat-ubatan tertentu mungkin memerlukan penyesuaian dalam pengambilan Vitamin C mereka, dan sebaiknya mereka mendapat nasihat daripada doktor.

Dos Maksimum Vitamin C yang boleh di ambil sehari adalah 2000mg.

Di pasaran, terdapat pelbagai jenama vitamin C yang ditawarkan kepada pengguna. Namun, dalam artikel ini, kita akan meneliti kelebihan dan keistimewaan vitamin C Shaklee berbanding dengan jenama lain. 

Kelebihan Vitamin C Shaklee



1. Sumber Semulajadi

Memilih makanan tambahan kesihatan sangat penting untuk kita pilih dari sumber semulajadi. Hal ini kerana makanan tambahan hari ini boleh dihasilkan dari sumber Sintetik, Organik atau Semulajadi

Vitamin C Shaklee adalah dari sumber semulajadi yang di ekstrak dari Jagung. Ini menjadikan Vitamin C Shaklee juga selamat di ambil oleh orang yang mempunyai gastrik.

2. Mengandungi Bioflavonoid

Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Ia bekerja secara gabungan dengan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. 

Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. 
Berdasarkan kajian, Bioflavonoid juga mempunyai banyak manfaat untuk Kesihatan :
  1. Menurunkan kadar kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.
  2. Membantu menurunkan risiko kanker
  3. Dapat bantu memperlancar aliran darah ke otak.
  4. Membantu meningkatkan fungsi sel-sel darah dan sirkulasi darah. Hal ini dapat bantu menurunkan risiko penyakit jantung.
  5. Membantu menekan pembentukan radikal bebas
  6. Membasmi zat radikal bebas sebelum merusak tubuh.
  7. Membantu mengurangi gejala alergi dan peradangan seperti pada asma.
  8. Melindungi sel-sel saraf dari kerusakan dan membantu dalam regenerasi sel-sel saraf di luar otak dan sumsum tulang.
Shaklee menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus sekaligus memberi kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.


3. Pelepasan Berperingkat (Sustained Released)

Vitamin C Shaklee dirumus khas untuk memenuhi keperluan pengambilan harian yang disyorkan oleh pakar pemakanan. Ini memastikan anda mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menjaga kesihatan anda.

Badan manusia hanya mampu menyerap sejumlah 100mg Vitamin C setiap jam. Bagi memastikan setiap mg Vitamin C yang di ambil di serap dengan efisyen oleh tubuh, Shaklee menggunakan teknologi Pelepasan berperingkat. Satu tablet Vitamin C Shaklee mengandungi 500mg Vitamin C yang dilepaskan secara berperingkat selama 5 jam.

Penting untuk anda pilih Vitamin C yang mempunyai teknologi sustained release ni tau. Ini bagi mengelakkan pembaziran. Vitamin C yang tidak diserap tubuh hanya akan dibuang melalui air kencing. Membazir lah kan?

4. Mesra Poket

Selain kualiti, ya! Ramai pengguna juga menitik beratkan tentang harga sesuatu produk. Dengan Shaklee, kita hanya perlu melabur sekitar 60 sen sehari untuk melengkapkan keperluan Vitamin C.

Manfaat Vitamin C Shaklee


  1. Mengurangkan batuk, selesema dan risiko jangkitan
  2. Membantu menguatkan gusi
  3. Membantu mengurangakan kedutan dan tanda penuaan
  4. Membantu pembentukan kolagen
  5. Mengurangkan rasa mual ketika hamil
  6. Mengurangkan kadar asid urik dan mengurangkan serangan gout
  7. Meningkatn sistem imun
  8. Mengurangkan masalah sunburn dan jerawat
  9. Membentu mencerahkan kulit dan tona kulit yang sekata dan berseri
  10. Mengurangkan masalah resdung
  11. Memperceptakan sembuh luka

Kesimpulan

Vitamin C Shaklee adalah pilihan yang unggul berbanding dengan jenama lain.
Dengan kualiti yang konsisten, penyerapan yang baik, dan penekanan pada bahan semula jadi, pengguna boleh yakin mereka mendapatkan manfaat yang terbaik untuk kesihatan mereka. Jadi, jangan ragu untuk mencuba vitamin C Shaklee untuk meningkatkan kesihatan anda.

Apa Kata Pengguna?











Dapatkan Vitamin C Shaklee anda hari ini!







Post a Comment

0 Comments