السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tuesday, 29 January 2013

Jangan Kita Lupa!

Bismillahhirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t,



Hai

manusia…
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
Dan hidup ini janganlah dibuang percuma

Jalan yang sempit
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu

Hai manusia
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah untuk sementara waktu
Apa yang ditanam
Itulah nanti yang dipetik
(inteam)


Continue Reading

Simple Thing to say...............

Bismillahirrahmannirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Allahumma solli 'ala Muhammad s.a.w..

Actually nothing such a long story to say..
cuma..lately,bnyak perkara y berlaku kadang menyntuh hati ini..
peristiwa2 d skliling..
hati lantang bersuara.tp,apakan daya!(hanya mmpu berkata dgn suara hati)
tp, ambil pengajaran..

1. Sabarlah dalam mendidik..

most of parents(x semua) today suka (bukan nk cakap suka,tp terikut) untuk mndidik anak seperti             didikan y mereka trima. sedih! dengan situasi ni..

“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada mahu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim.)

maka apa y ingn d smpaikan d sini adalah didiklah dengn kelembutan. kanak-kanak mudah terpengaruh dgn apa y mereka lihat. jika dr awl,d didik dgn kekasaran,perkataan kesat,maka jangan terkejut jika itulah yang mnjadi budaya mereka kelak. nau'zubillah..
didiklah dengan hikmah! lembut asasnya,tegas pd tempatnya,marah betul waktunya. Moga Allah redha. Moga d tanam sifat lemah lembut dlm dri kita seperti akhlak mulia Baginda s.a.w.
(noted to myself kelak y juga berhadapan dengan situasi sama.insyaAllah)



2. Jangan cedok ikut sedap..

Islam is syumul! menyeluruh.. sy lihat. sy perhati. sy fikir. sy renung. sy muhasabah.
Alhamdullillah. ramai y mula menyebarkan kebaikan.. amar makruf..
tp meninggalkan separuh lg. nahi mungkar..

menyeru kpda kebaikan. tp msih "LIAT" nk tgglkan kmungkaran.(moga Allah maafkan kita y jahil).
but at the end of story,mereka sedar such part of thing of haram to do. but it is like..how to say?? apa payah sgt. syg beno nk tggal. hebatnya tipu daya iblis! m'cantikkan maksiat nmpak lbih indah dan mulia. nau'zubillah! May Allah lead our journey on the right path.
ameen..

 "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). "( al-israk:32)

conclusion di sni, tiada istilah "couple islamik".


3. Angkuhnya kita!

“Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (ad-dzariyat :56)

sy seru! sy ajak! sy minta mata hati telinga(untuk y nk terasa,silakan) taked noted ni. "DIRIKANLAH SOLAT."

“Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Ankabut: 45).

fitrah manusia itu, ada Allah di hati mereka kerana kita ada janji dgn Allah sewaktu d alam rahim. bahawa kita akn m'Esakan Dia. m'hambakan dri pd Dia. cuma y non-muslim atau golongan atheist(x pecaya tuhan) itu adalh golongan y ingkar(senang faham,mungkir janji).golongan y menafikan fitrah y hakiki.(moga Allah berikan hidayah).
Jadi,kita y mngaku Islam ni, tp x tnaikan solat tu apa kes? ni golongan apa pulak? (bukan tugas sy untuk m'hukum.malah,fikir2kan dan renung2kan sendri).

sbb tu lah bila d timpa musibah,kita akn kembali, bersimpuh d atas sejadah,sujud dan menadah tangan pd Yang Esa.kerana itulah hakikat nya..Allah dekat, mlah lbih dekat dr urat leher kita. sentiasa ada. sentiasa mendengar. sentiasa memerhati. Yang Maha Mengetahui setiap lintasan hati pun! maka, angkuhnya kita!! mengemis nikmat drNya,tp ingkar pd peintahnya. 


last word ==> sengaja sy tidak detailkan apa motif dan mesej dr catatan kali ini. maka, marilah manfaatkan kurniaan akal y di beri untuk sama2 muhasabah diri dan renungkan apa tugas kita sebagai khalifah d muka bumi ini. kita Islam. maka, tnjukkan ke'ISLAM'an kita. 

Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah dianugerahkan baginya jalan keluar dan dilimpahkan rezki untuknya dari arah yang tidak pernah diperhitungkannya”.
 (Surah At-Tholaq ayat 2-3).


fabiayyi ala irobbikuma tukazziban.(nikmat Allah yg manakah lagi kamu dustakan-surah ar-Rahman)



notakaki: bak kata s'org sahabat: Allah tidak janjikan syurga untuk org Islam.tp,Allah janjikan syurga bt org y b'taqwa. renung2kan. wallahu'alam.

wassalam.





Continue Reading

Tuesday, 22 January 2013

Jalan Ini Untuk Semua..

Assalamualaikum w.b.t
Selawat dan salam ke atas junjungan Baginda Rasulullah s.a.w
Kaum kerabat baginda,Para sahabat,
para solihin dan syuhada..

Allah..
Sekian sekian sekian harinya cuti bt nafas bgaikan tersesak.
Bukan x suka cti.cuma rsa masa terluang,tdak d isi dengan baik.
astaghfirullah..
pg td,join mak tgk ulangan Halaqah d tv9.
title y mmikat hati : "berlarilah anakku"..
MasyaAllah,rasa terputar mmori mengenangkan zaman para anbiya' terdahulu.
betapa efektifnya pengurusan msa mereka. sehiggakan,sebut sja bidang ilmu apa y tdak mereka terokai.
sedang aku? Allahurobbi..
lekanya aku.. bermain dengan anganan y tdak sudah.
terkenang seorang sahabat y baru shja kembali ke rahmatullah(al-fatihah),
berdasarkan coretan dr shabat y lainnya..dia sedih mngenangkan betapa kurangnya dakwah y d lakukannya..itu katanya sedang pjuangannya tak pernah sudah. dia sendri sedih.
sedang aku? Allah..lekanya aku!
memetik kata2 seorang sahabat "Allah ambil nyawa seorang muslimah y bjuang, dan Allah pnjangkan usia seorang hambaNya y leka." modified skit
tdakkah pnah t'pk hakikat itu? satu saat pasti kita akan kembali..
bila? masih mnjadi rahsia Allah.
mungkin 1 saat. 2 saat. 3 saat.

tika dan kala itu,apa lg mmpu aku hadiahkan d jalan ini?

sdang Rasulullah s.a.w bersabda :
"Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

sungguh,Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita sama2 koreksi diri..
"islah nafsuk wad'u ghairak" perbaiki diri kamu dan ajaklah orang lain m'pbaiki diri mereka..

Dakwah itu CINTA.!





Menyebut soal dakwah,ramai org mnyangka "xpyah nk sibuk..2 kje ustz ustzah,alim ulama'.."
Allah..ceteknya pemikiran kita..
 definisi dakwah:
 usaha membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala ketetapannya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran, dan bejihad pada jalan-Nya. (Dr.Yusuf Al-Qaradhawi)

sedangkan bukankah sama kesimpulan definisi tersebut dgn AMAR AMKRUF NAHI MUNGKAR. bukankah ini y Allah seru dlm firmannya 

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(at-Taubah:71)



Sebut soal dakwah, terbayang la d fkiran kita ceramah agama,syarahan ya panjang lebar di masjid,surau..
Allahurabbi..
pegang la satu bnda ni "AMAR MAKRUF,NAHI MUNGKAR".
itu tugas sume umat islam! xpyah guna istilah dakwah klau rsa bnda tu brat sgt bagai tugas ustaz ustzah tu. sekali lagi. jgn sempitkan fikiran. =)

hakikatnya,ramai sebenarnya ingin kembali pada Islam y benar. islam ada y x benar ke?
nauzubillah. bukan itu y ingin d smpaikan..tp,mksudnya di sini adalh kembali m'amalkan ISLAM itu sendri. Moga Allah pelihara kita dr golongan y hanya Islam atas IC..
wallah'alam..

gambar hiasan sematamata=)



Continue Reading

Monday, 24 December 2012

Tinta Hati Melakar rasa di Bait Madah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum w.b.t..


Saat dia tertegun dengan pahitnya tamparan,
lantas di situ hati berbisik seribu hikmah,
"Pemilikmu tdak pernah menganiaya,lantas kamu lah yang  menganiayakan dri"
Allah..



Seringkali kita terpinar dengan kilauan godaan dunia..di situ,Allah tempat b'paut.
Jgn jatuh nisa'! kuatkan dri..
seringkali juga kita tersasar dalam memanah matlamat..di situ,Allah lebih mengetahui..kembali lah nisa'!btulkan langkah..
seringkali kita lemas dengan setiap desakan dan bisikan,mohonlah padaNya seribu kekuatan kerana Dia lah Maha Kuat..

Allah..lemahnya kami ini..lalu hembusknlah kekuatan dlam jiwa2 ini..
Allah..jahilnya kami ini..lalu kurniakan lah kmi kefahaman dalam ilmu2 Mu.
Allah..tegarnya kami ini..lalu pautkan lah kami hanya di jalanMu..
Allah..alpanya kami ini..lalu sebatikan kami dengan hamba2 Mu y sering mengingatkan..

Ujian Allah itu tanda ingtan dan kasih Nya pada hamba..
jgn ada keluh dan kesah.diam dan sabar lah wahai hati!

w'salam..






Continue Reading

Tuesday, 13 November 2012

Sustagen! :membina hati..

Assalamualaikum w.b.t

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w,
ahli keluarga baginda,para sahabat,para syuhada dan sekalian para solihin..


Alhamdulillah setelah sekian lama menyepikan diri dr melakarkan tinta d ruangan ini,sekali lg Allah memberi izn untuk trus m'coretkan sebaris dua kta y mdah2an mjdi tatapan dan titian muhasabah bersama.insyaAllah.moga Allah m'btulkan dan meluruskan niat kita dlm segala urusan hnya untukNya,untuk NabiNya dan agamaNya Islam y fitrah semata. InsyaAllah..

Pelik dgn title? hehe..knpa sustagen? knpa tdak dutch lady? knpa bkan Anlene?knapa bkan  everyday dan sgla bgai jenis lagi? suka hati la.  xde kaitan pn sbnonye..kan sllu iklan "membina tumbesaran" gitu..sengaja..sengaja..dan sengaja lg..memilih title tu..trus ke point: "MEMBINA H.A.T.I"
mgkin y sedang menatap coretan kali ini adalh seorang yg sudah kukuh hatinya dlm meraih redha Ilahi,mungkin juga yg sedang meng'istiqamahkan dri,mgkin jga yang sedang berperang dlm mencari,dan mugkin jga y berperang dgn pasang surut trun naiknya iman..


ameen..


yang sedang melakarkan tinta ini juga bukan lah termasuk dlam kategori "sudah kukuh" hatinya dlam mengejar Cinta y 1 ini..tp,masih m'didik dri,hati,jiwa dan semangat untuk ke arah itu..doakan..insyaAllah sma2 kita ke arah itu.
H.A.T.I. 4 huruf yg mudah nk d tekan d keyboard msing2. m'ukir sebuah perkataan y secara fizikalnya kita x nmpak d mna jasadnya. eh,apakah yang cuba dikatakan?? siapa mengaku hati kita adlah milik kita SENDIRIAN BERHAD?  ada ke?eh2,bkan ke apa y kita ada skrang cma pnjaman semata?
ha, iya la tu.btul la 2..kita pnjam je..Allah pnjamkan kita organ bernama hati atau y kita pggl Heart 2..tp scara rohnya,Allah y pegang hati kita..maka e2 la,sma2 kita doakan hati kita dlm k'adaan sjahtera mnerima cintaNya,ikhlas dlm ibadah dan pelbagai hal y seangkatan dgnnya..

      Berkata Imam Ghazali: “Jika kamu nakkan keikhlasan dalam melakukan sesuatu amalan itu, paksakan diri melakukannya walaupun pada mulanya kamu melakukan dalam keadaan terpaksa, tetapi lama kelamaan ALLAH akan campakkan rasa ikhlas itu dalam hati. Dan apabila ALLAH telah mencampakkan rasa ikhlas itu, maka kamu akan merasa ringan melakukannya”.

jd,jom jd mnager kpd hati kta d mna CEO nya adalh Sang Khaliq.insyaAllah.
nk dkaitkan dgn khidupan seharian..tertarik dgn 1 word ni y d petik dr seorang shabat iaitu :ENGINEER HATI.
memandangkan dri dah terlanjurrrr menceburkan dri dlm bidang y Allah plih istimewa untuk dri ini, jd Benar dan Sahih la apa y d lontarkan oleh sahabat tersebut..ilmu itu perlu d amalkan? Islam kan syumul? Islam tdak rigid.mlah Islam itu mudah,insyaAllah,.
jd,para engineer dan bkal2 engineer d luar sna,apkah susah untuk kita mnyumbangkan sesuatu untuk agama ini? "jgan tnya apa y agama sumbangkan pada kita.tp,tnyalah dri apa yg kita dpat sumbangkan pd agama".modified skit
susahkah andai kita cba aplikasikannya dlm m'urus hati yang satu itu??? (noted to myself)
Engineer hati- binalah hati y kukuh dlam memantapkan iman di dada.. cari la solusi dlm memantapkan umat.m'julang agama.bkan sekadar solusi membina bngunan ceracak mnjulang langit dgn mggadai nilai rohaniah.

jom????




jom sma2 BINA HATI. 
=)

wassalam..
Continue Reading

Wednesday, 25 January 2012

Solat ku..

Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku didepan Tuhan ku.

Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku.

Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas dihujung kepala
siapa aku di depan Tuhan ku.

Maghribnya
aku melihat warna hitam
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan menggangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini.
 
renung2kan dan selamat beramal..
assalamua'laikum.. 
Continue Reading

Buat yang bergelar Hati..

Cinta yang mahal x perlu di lafazkan..

Ya Allah, Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan, 
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan, 
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai
Agar aku dapat menjaga diri. 
Ya Allah, Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya, 
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya, 
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 
Ya Allah, 
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu, 
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga. 
Ya Allah, Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya, 
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia, 
Selamatkan kami,
Jarakkan kami, 
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah, 
Agar kami tak mengundang murka-MU, 
Agar kami dapat lebih menjaga hati, 
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi. 
Ya Allah, Andai dia bukan untuk ku, 
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku, Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu..

Continue Reading