السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Friday, 23 August 2019

Resepi Tart Cheese Mudah dan Ringkas

Assalamualaikum & Hi!


Kalau semalam Niza dah share Resepi Tart Shell yang mudah wa senang yakmat untuk korang cuba buat kat rumah, hari ni Niza nak Share Resepi Tart Cheese pulak !


Dah ada Tart Shell, nak buat apa?


Boleh laa buat tart Cheese ke tart Telur ke. Tapi hari ni Niza share version Tart Cheese dulu ye.


ok, jom mula!


Untuk Tart Shell korang bole refer sini resepinya.sekarang jom skip terus untuk buat filling Cheese untuk tart tu. ><



BAHAN-BAHAN:


1. 250gm cream cheese
2. 50gm gula kastor / gula halus
3. 1 biji telur Saiz B
4. ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon


CARA-CARA:

1. Keluarkan cream cheese 20-30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.

2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.

3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.


4. Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Nota kaki :Untuk korang yang suka tart cheese yang versi berperisa blueberry ke, strawberry ke boleh lah piping dulu jem sedikit ke dalam tart sebelum piping Cheese tu ye. 


* Kemudian boleh la korang hiaskan ikut sesedap mata memandang. Kalau hiasan tu berbentuk buah ke, coklat ke, bakar la dulu tart selepas piping Cheese tu.Kemudian baru tempek coklat ke buah-buahan ke ikut sukahati korang.


Kalau sekadar nak loretkan atau lukis menggunakan pewarna, maka bole terus loretkan dan bakar. 😉


5. Bakar pada suhu 160 darjah selama 7-10minit je.

Soo... tadaaaa!


Dah siap pun Tart Cheese..

Senang kan?

Dah cuba jangan lupa tinggalkan feedback ye. 😉
Continue Reading

Thursday, 22 August 2019

Resepi Tart Shell

Teringin nak makan Cheese Tart? Di pasaran dah banyak sangat yang menjual Tart Shell yang dah siap kan? 

Namun, mesti kadang datang keraguan untuk beli. Betul tak? 

Sebabnya kita sendiri tak dapat pastikan apakah kandungan bahan yang digunakan, siap pula pembuatnya dan bagaimana proses pengeluar mengendalikan buatan Tart Shell tersebut dari sudut kebersihan dan seumpamanya.

Jadi, kenapa tidak korang cuba buat sendiri je? mudahhhh yakmat nak buatnya! Perlukan sedikit kerajinan je.😉



So, Jom Niza belanja korang cara nak buat Tart Shell yang mudah simple lagi senang! 




Bahan-bahan
*adunan untuk +/-50pcs Tart Shell saiz kecil

1. 170gm marjerin atau Butter
2. 50gm gula aising
3. 1 biji telur Gred C

4. 290gm tepung gandum

5. 1 sudu kecil esen vanilla

6. acuan tart



Cara-cara

1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan pukul lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. pukul lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

**Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.

**Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. 

Selamat Mencuba! 


So, nah Niza belanje sikit gambar tart shell yang siap dibakar.
Mudah kan?

Dah cuba, jangan lupa tinggalkan feedback 😉

Continue Reading

Friday, 9 August 2019

Lambatkan Penuaan pada Tahap Sellular

Penyelidikan canggih sejagat untuk menentang penuaan sellular dan perkongsian penyelidikan bertahun-tahun dengan saintis terkemuka telah menghasilkan VIVIX yang merupakan penemuan Saintifik yang hebat dari Shaklee.

Hanya VIVIX mengandungi adunan fitonutrien propietri, yang memanfaatkan kuasa Anggur Muscadine yang jarang ditemui dan Polifenol, menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari Resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisme utama penuaan sellular.



4 Mekanisma Penuaan Pada Tahap Sellular


1. Kerosakan DNA

Setiap hari, seriap sel tubuh diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serangan-serangan ini merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan satu 'typo' (kesilapan dari asal) yang akan menganggu fungsi sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sellular DNA.


2. Pengawalan Genetik

Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap sellular.

Dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terbaru menunjukkan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap sellular.


3. Pengeluaran Tenaga yang Kian Merosot oleh Sel-sel

Mitochondria (penjana tenaga) dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun.

Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukkan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.


4. Penimbunan Protein AGE

Penimbunan Protein AGE (Advanced Glycation End products) boleh menyebabkan kerosakkan tahap sellular yang akan menganggu keutuhan sel dan panjang umur.

Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari Resveratrol atau Polifenol (kandungan Unik dalamAnggur Muscadine) untuk melambatkan pembentukan Protin AGE.

Continue Reading

Tuesday, 6 August 2019

Tips Melembap Dan Menyegarkan Kulit Berminyak Secara Semulajadi

Kulit berminyak boleh dikategorikan sebagai kulit yang perlu di jaga dengan rapi seperti kulit sensitif.

Secara ilmiahnya, kaedah terbaik untuk merawat kulit berminyak adalah dengan menggunakan daun Pudina untuk mengatasi masalah ini.


BAHAN-BAHAN :
1. 2 Sudu makan Daun Kari
2. 2 Sudu makan Daun Pudina
3. 3 Cawan air

CARA-CARANYA:
1. Kisarkan daun kari dan daun pudina bersama air dan didihkan.
2. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk.
3. Tapis air tersebut untuk mengambil 'extract'nya sahaja.
4. Simpan dalam botol untuk digunak sebagai 'toner'.
5. Bersihkan wajah dengan air dan tuala bersih selepas memakainya.

Selamat Mencuba!
Continue Reading

Cactus Survivals

Kenapa kaktus berduri banyak?

Uniknya kaktus ni Allah ciptakannya boleh survive walaupun di padang gurun yang panas.

Disebabkan pokok kaktus yang tumbuhnya di kawasan yang kurang air, duri kaktus ni berfungsi untuk mengurangkan kehilangan air. Sekaligus menyekat aliran udara berhampiran.

Jika tumbuhan lain mempunyai liang-liang kecil pada kulit dan daun untuk mengumpul karbon dioksida,dan menjalani fotosintesis di siang hari, kaktus pula terlepas dari proses ini disebabkan liangnya dibuka pada malam hari.

Bukaan liang-liang pada kaktus di malam hari pada suhu yang sejuk, kekurangan matahari dan angin lebih tenang membantu kaktus mengekalkan air untuk keperluannya dalam masa yang panjang.
Duri pada badanya pula membantu melindungi diri kaktus dari haiwan yang dahaga mencari minuman dari tumbuhan.



Jika tumbuhan yang kukuh lagi utuh lain mempunyai akar yang mencengkam ke tanah untuk mencari bekalan air bawah tanah, lain pula kisahnya dengan kaktus!

Kaktus mempunyai akar yang pendek dan mengembang di bawah permukaan tanah. Akar ini lah yang bersedia menyerap sebanyak mungkin air ketika hujan!

Apabila hujan, akar kaktus akan mengeluarkan lebih banyak cabang akar.

Kesimpulannya, tiap apa pun hidupan yang Allah ciptakan pasti ada keistimewaan yang Allah sertakan bersama.

Jadilah kita insan-insan yang bijak mengambil ruang dan peluang di setiap kesempatan mahupan kesempitan hidup.

Terus menjadi survivor!
Continue Reading

Thursday, 1 August 2019

Polifenol Sumber Anti-Oksidan Terbaik!

Resveratrol adalah sejenis Polifenol yang terdapat dalam tumbuhan.


Tapi, apakah pulak Polifenol ni?


Polifenol adalah sejenis fitokimia atau zat kimia yang sangat kaya dengan anti-oksidan.


Polifenol ni biasanya ditemui dalam tumbuhan dan banyak ditemui dalam kulit buah.


Fungsi Polifenol adalah untuk melindungi sel kulit dari serangan radikal bebas.
Disebabkan itulah, orang-orang di Eropah(bukan muslim) sangat gemar meminum Wine Merah kerana Wine Merah mengandungi Polifenol yang sangat tinggi (berasaskan anggur merah).


Di Malaysia pula, jika korang buat carian tentang Polifenol atau Resveratrol, korang akan jumpa produk-produk 'long-life'.


Tak percaya? Cuba lah ><


Mengapa dan apa kaitan Polifenol dengan 'long-life' sebenarnya?


Disebabkan sifat Polifenol yang tinggi anti-oksidan ini, Polifenol berupaya dalam melindungi sel tubuh dari serangan penyakit dan kerosakan akibat radikal bebas.
Jadi, tidak hairanlah makanan yang tinggi anti-oksidan mampu mencegah penyakit seperti kanser, penyakit jantung, diabetes dan seumpamanya.
Antara tumbuhan yang tinggi Polifenol adalah
  •  kekacang
  •  coklat hitam (dark chocolate)
  • buah-buahan berkulit cerah (merah seperti delima dan strawbery)
  • anggur merahsayur-sayuran hijau (bayam, kangkung, brokoli) dll


Muscadine Grape antara yang tinggi kandungan Polifenol.


Polifenol ni dikalsifikasikan kepada 4 kelompok:
  • fenolik asid
  • lignan
  • flavonoid
  • stilben (Resveratrol)
Berbalik pada mukadimah tadi, Polifenol sejenis Resveratrol ni lah yang terdapat dalam Vivix Shaklee!

Continue Reading

Tuesday, 23 July 2019

TESTIMONI OSTEMATRIX

Segala kandungan testimonial atau penulisan dalam laman ini adalah bukan bertujuan untuk merawat,mencegah,mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan untuk dapatkan nasihat pakar kesihatan. 
 Segala bentuk set yang di iklankan adalah set cadangan semata-mata. Cadangan set boleh berubah mengikut kesesuaian pengguna.
















Continue Reading