السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Thursday, 31 January 2013

Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?

Bismillahirrahmanirrahim..
Asslamualaikum w.b.t
selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad s.a.w
kaum keluarga baginda,para sahabat dan mujahiddin..

Alhamdulillah.
Tiada pujian melainkan Allah.
Syukur.

Janji Allah itu pasti bt mereka y b'usaha.
Sy da buktikan keyakinan sy benar.
Allah idak pernah sia-siakan usaha hmbaNya.
(sebenar nk related dgn peristiwa baru yang melanda. ceh!)


Result oO Result..
hebat perkataan d atas ni. mana x hebatnya. bila sebut result je, berapa rmai y tetiba dup dap dup dap.. kecut kan? haaa.. Tp hakiki, Allah jua Maha Hebat.
"da check result?" kesinambungan mesej dr s'orang sahabat. (dalam hati : what??? result?!)
hm.. perkataan tu agk mgnggu ktenangan d petang hari itu.(apath lg time tu dlm kereta otw pulang ke rumah)
dalm hati terasa debarannya. excited pn ada. tp, dlm  hati,x putus bdoa moga d berikan y terbaik. ameen.

then,smpai rumah,trus on9. hahaha..(nmpak x ke'excited'an nya di situ)
m'gigil juga nk tkan "view".
tp, da bsedia. Allah know the best. Bismillah! jeng jeng jeng..
alhamdulillah.. tiada kata dpt d gambarkan.
betapa aku bersyukur kerana dipilih untuk berada di jalan ini.
keyakinan sy terbukti.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu (surah Muhammad : 7)

JELAS lagi bersuluh!
walaupun mggu terakhir nk exam,mmg d akui,bnyak juga aktiviti dan program y mnuntut d luangkan waktu untuknya. Mungkin klau x yakin dgn JANJI Allah, sy akan plih untuk berada di blik dan hbiskan masa untuk study! STRUGGLE weii..nk exam kottt.
tp alhamdulillah. Allah memilih sy untuk b'sama sahabat fillah sama2 jayakan program.
(sy niatkan dlm hati moga Allah m'beri keberkatan).
jd,stdy week y b'baki bberapa hari tu,sy gunakan sbaiknya. ajak kwan stdy group. bncang apa y patut. dlam hati (walaupun skit, moga Allah berkati usaha ini.)
walaupun memang rsa usaha tu x ckup. tp,tawakkal. apa2 pn spnuh pergantungan sy sandarkan pd Dia.




dan saat view result dlm portal smlam, Alhamdulillah.janji Dia itu Benar. Pasti.
jd,apa lg y kamu, kamu, kamu ragukan??

sy seru. sy ajak. kamu. ya kamu! y tgh baca entry ni.
Yakinlah. 
jangn ragu untk luangkan msa untuk berada d JalanNya. sma2 ttipkan sedikit usaha untk agamaNya. apalah sgt masa y dluangkan tu. dr mngadap facebook,twitter 20/24 jam tu boleh.
#ehh hiperbola plak dia..

ok serius. 
Masa y kita ada ni, Dia y pnjamkan.(so sedar dri skit:noted to myself)
biar masa y tggal untk kita hnya sikit.tp y penting BERKAT.
apa y dkatakan BERKAT tu?
berkat tu bila masa y skit tu kita rsa bnyak bnda y bmnfaat kita dpt lakukan dlm waktu y sgkat tu.
klau study,bnyak y masuk otak. mudah nk faham. bnyak kerja bole siap walaupun skjap.
mudah sgla urusan. Itulah nikmat BERKAT y Allah bg. jd, jgn ragu.!
berbanding dgn masa y tiada keberkatan. even, ada sebulan pn masa untuk ulang kaji,ttp t'stuck kt certain part of topic. xdpt nk move on. jd apa gunanya msa y bnyak tu? anda plih. kuantiti @ kualiti?
sy dah buktikan. seriously, usaha sy x bnyk (nk ckp pasal exam ni). x ckup. x setanding dgn result y sy dapat. tp, Dia Maha Kaya. Dia y bntu. kun fayakun!
alhamdulillah. 
jd. sekali lagi! Jngn ragu wahai sahabat..
jom sama2 trun d ladang dakwah ini.. blajar pn perlu. kerana ilmu tu perlu. jd,niatkanlah apa pn asalkan asasnya untuk Dia. Allahurabbi..
hasilnya,kta tuai d sna ya.
kampung halaman kita y kkal abadi..

wallahua'alam..

wassalam..







Wednesday, 30 January 2013

Yang Dikejar itu Hanya 1 !

Assalamualaikum w.b.t.
Selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w.


Yang d kejar hanya 1! apa kaitan entry kli ni dgn tittle?
Bismillahirrahmanirrahim.,
Content bwah ni sbnarnya bukanlah hasil catatan dri ini.tp untuk tjuan perkongsian,
sy post d sini juga untuk tatapan pembaca setia #ehh perasan plak
.Moga ada mnfaatnya. Moga Allah redha.
Yang dikejar itu 1! Redha Allah.
Allahurrabii..



Saya punya ramai teman,namun saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seorang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.. 

Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.. 

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA.. 

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..tak terasa pun kehilangannya.. 

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk-pujuk...
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama.. 

Bagi diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya.. 

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..mengiginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan? 

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah.. 

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah.. 

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' ..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji tak nak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je.. 

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164: 

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". 

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang yg kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~
Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple.. 

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita.. 

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan tak pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah.. 

Masa terus berlalu... 


Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah.. 

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~ 


Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini.. 

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan dirimu (kewajiban)  sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir? (Al-Baqarah, ayat 44) 

Saya pun terfikir.. 

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?" 

Lepas tu terjumpa pula ayat ini.. 

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu   sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42) 

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan.. 

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.." 

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah? 

Macam-macam yang saya fikir.. 

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap.. 

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.." 


****** 


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham.. 

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
'Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak
buat macam mana? Aku kena clash ke?
Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau
tak buat salah, apa nak ditakutkan?' 


***********

saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?" 

"Em,boleh..duduklah. enta nak tanya apa?" 

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang
kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.." 

"Bercinta ke?" 

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya.. 

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?" 

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." 

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia." 

Saya tak mahu mengalah. 

"Memang betul niat enta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38) 

"Akhi, kalau enta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada enta ialah, setan telah buat enta pandang indah benda buruk yang enta lakukan. Walaupun enta berpandangan tajam, maksudnya enta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat enta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat enta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, enta ingat Allah. Mesti ada masanya enta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?" 

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?" 

"Em, betul, enta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. enta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau enta janji taknak call die pula, enta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap enta tak dapat elak apabila bercouple.." 

"Zina hati?" Saya menduga. 

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. enta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun enta buat, enta tetap tak dapat lari daripada zina hati." 

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.. 

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada enta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada enta." 

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt." 

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb.. 

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta.enta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi." 

Saya trdiam lagi. 

"Pasal die pula, cube enta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan enta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab enta, apa yang enta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri." 

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram. 

"Jadi apa saya nak buat bang?" 

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu." 

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?" 

"Dengan dia ni lain. enta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan enta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu enta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner." 

Tiba-tiba saya terfikir.. 

'Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?' 

Saya cakap.. 

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?" 

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab.. 

"Akhi, enta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.enta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, enta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan." 

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga. 

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup." 

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan." 

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri." 

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.. 

'Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya..' 


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.. 

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.." 

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send]. 

Lepas tu tertera di skrin.. 

[SENDING..] 

[MESSAGE SENT] 

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.. 

"Terima kasih bang.." 

"Takpe, dah tanggungjawab.." 

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216.. 

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 


******* 


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu.. 

Tiba-tiba satu pagi ni, saya dapat MMS daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat.. 



Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir..'Kena tegaskan rasanya'. Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir.. 

''Assalamualaikum..
Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama itu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya.. Saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,  

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan, 
kekecewaan, 
dan tak kekal.. 

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai.. 

-Yang Terakhir- " 

[SEND] 

[SENDING..] 

[MESSAGE SENT] 

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik.. 

Takkan..buat selama-lamanya. . 








Copycat :ukhtie Salimah Hassim

wassalam.
Copyright© -NizaAhmad.com - Pengedar Shaklee Malaysia- All Rights Reserved